Sunday, May 3, 2015

PRM: Let Ptmg Pauh be third force in Parliament

PRM: Let Ptmg Pauh be third force in Parliament

The Parti Rakyat Malaysia (PRM) candidate for Permatang Pauh by-election hopes that the voters will give him and the party a chance to be the 'third force' in the Parliament.

The 50 year-old businessman Azman Shah Othman said, Malaysians could be in dire need of a representative that could act as the 'check and balance' to both BN and Pakatan Rakyat, an aspiration that he was keen to achieve.


"BN is a federal government while DAP is a component of the opposition pact that is the Penang state government... here PRM wants to play a role.


"We want to have a check and balance. And if there is something that is not right or not beneficial (their policies or programmes), we will come forward," he told a press conference in Permatang Pauh today.


When asked on his plan for the Permatang Pauh should he wins the four-cornered fight, Azman Shah said, his promises among others, were to ensure the welfare of the lower and middle-income groups were well taken care of, spend all his allowances as a member of parliament for the needy, and to work with the authorities to reduce the crime rates.

 
Azman Shah also pledged to oppose the Sedition Act to ensure the freedom of speech, to fight against corruption, to ensure the abolishment of Goods and Services Tax (GST), as well as to solve local problems such as health, waste and drainage.

 
However, the little-known Azman Shah, admitted that he had just joined PRM barely a month ago, and his candidacy was approved by the party's central leadership based on his 'overwhelming' support towards the party's ideology.

 
Doing surveys
 
Asked about his slow pace even though the campaign had entered the second week, Azman Shah said, it was because he and the machinery were busy doing surveys, asking the constituents what they wanted and their needs, as well as their expectation for the constituency.

 
"We are not slow... firstly we let other candidates campaign first. Let them campaign and finish their campaign then we will come to bring our ideas to them," he said.

 
The Permatang Pauh by-election on May 7 sees a four-cornered fight between Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah from PRM and Salleh Isahak (Independent).

 
The by-election is being held following the rejection by the Pardons Board of Anwar Ibrahim's petition, made through his family, for a royal pardon over his sodomy conviction, causing him to be disqualified as Permatang Pauh MP.

 
Anwar is now serving a five-year jail term for committing the offence.

 
- Bernama
Also carried in Malaysian Digest

Tuesday, April 28, 2015

Permatang Pauh polls: PRM confirms Azman is their candidate

Kenyataan akhbar Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Percepat Perubahan Bersama Perjuangan PRM
Azman Shah Othman Sah Calon PRM di Permatang Pauh

1)                  Parti  Rakyat Malaysia hendak menyatakan bahawa Azman Shah Othman, calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh P044 ialah calon PRM yang direstui oleh Parti Rakyat Malaysia.

2)                  Kecalonan Azman Shah Othman dicadangkan dan disokong PRM Zon Utara. Oleh sebab kesuntukan masa dan sangat dekat hari pencalonan, setelah PRM berbincang dengan  Azman Shah Othman dan wakil-wakil  Zon Utara di pejabat Pusat Parti, keputusan dibuat untuk menerima  Azman Shah Othman sebagai calon PRM di PRK Permatang Pauh.

3)                  Gary Nair yang mengeluarkan kenyataan atas nama  Ketua PRM negeri Pulau Pinang “menafikan Azman Shah Othman  ahli PRM” dan “PRM Pulau Pinang mendesak calon itu menarik balik pencalonnya”  dari   PRK Permatang Pauh adalah tidak tepat sama sekali.

4)                  Kongres Nasional PRM ke-46 yang diadakan pada 8 November 2014 telah memutuskan untuk mengadakan penstrukturan Parti    kepada  zon untuk memusatkan  keahlian, oleh itu negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis digolongkan dalam Zon Utara, dan jawatan ketua negeri tidak wujud lagi.  

5)                  Gary Nair hadir dalam Kongres Nasional PRM ke-46 dan turut terlibat dalam perbahasan dan pengundian usul penstrukturan Parti yang diluluskan. 

6)                  Gary Nair bukan lagi Ketua PRM negeri Pulau Pinang dan telah letak jawatan  sebagai Ahli Jawatankuasa  Ranting PRM di Pulau Pinang pada November 2014. Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan Gary Nair hanya merupakan pandangan seorang anggota biasa PRM dan bukan pandangan dan pendirian PRM.

7)                  Bagi PRM perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Setelah keputusan dibuat, semua ahli dan anggota PRM Zon Utara dan di seluruh negara perlu menggembleng tenaga untuk menjayakan calon PRM di PRK Permatang Pauh. 

8)                  Akhirnya, PRM menyeru pengundi-pengundi di Permatang Pauh menyokong dan mengundi Azman Shah Othman, calon PRM, supaya hasrat rakyat untuk ubah keadaan negara dan masyarakat kita dapat dipercepatkan  bersama-sama dengan perjuangan PRM. 


Dikeluarkan oleh,

(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung PRM
012-278861

7D Jln PJS 1/48 Taman Petaling Utama 46150 Petaling Jaya Selangor





28/04/2015 08:00 AM
Permatang Pauh polls: PRM confirms Azman is their candidate
Party secretary-general clarifies that Azman is contesting in Permatang Pauh parliamentary by-election as an official PRM candidate.
Ikhwan Zulkaflee

KUALA LUMPUR: Permatang Pauh’s parliamentary by-election candidate Azman Shah Othman is Parti Rakyat Malaysia’s (PRM) candidate after all.

When contacted by Berita Daily today, Azman insisted that he was contesting in the by-election under the order of his party.

Azman made headlines recently after PRM Penang chairman Gary Nair denied Azman’s link with the party, branding him as a joke who dared to use PRM’s banner and party’s name to contest.

Gary even asked the Registrar of Society (RoS) to investigate Azman PRM appointment letter submitted to the Election Commission (EC) on Permatang Pauh by-election nomination day on April 24.

But Azman was unperturbed by Gary's complaints.

“Let him (Gary) say whatever he wants to say, that is his right. PRM central committee is the one calling the shot and I am standing in Permatang Pauh officially as the party’s candidate. I am in the right,” stressed Azman.

He added that more information will be shared with the media in a press conference soon.

Meanwhile, PRM secretary-general Koh Swe Yong also confirmed that Azman was a candidate installed by PRM.

When asked why to PRM Penang has denied the matter, Koh explained that the state’s PRM consisted of old members who were close with Pakatan Rakyat (PR).

“Azman can be considered as a new member. They (Penang PRM) are not aware that the party is expanding.

“Many of our party members think that the only PRM’s members are the old ones. This is where the problem arises,” Koh said.

Koh added that PRM Penang always had different views with the party central committee member.

“Some of these Penang members are very close to PR. Since they are close with PR, they are against the idea of us contesting in this by-election or in fact any elections.

“This (reaction) is expected from Penang PRM,” Koh said.

Koh said PRM was aiming to be the third choice in Permatang Pauh to demonstrate their capability as a political party.

“There are problems brewing in both Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) alike. The people want changes and a new hope that they can rely on.

“It is going to be hard (for PRM) in Permatang Pauh, but I think there is a chance,” he said when asked to rate PRM’s chances to win the parliamentary by-election.

Permatang Pauh by-election, set on May 7, will see a four-cornered contest involving PKR’s Dr Wan Azizah Wan Ismail, BN’s Suhaimi Sabudin, independent candidate Salleh Isahak and Azman for PRM.

The EC is expecting a 80% turnout from 71,890 registered voters in the constituency. The result is expected to be known as early as 9pm. - Berita Daily



Saturday, April 4, 2015

PRM Bantah Tahan tanpa Bicara Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota)

31-03-15

PRM Bantah Tahan tanpa Bicara  Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota)

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah penghidupan peruntukan  tahan tanpa bicara berterusan  di bawah Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, dan keputusan yang dibuat Lembaga Pencegahan Keganasan tidak boleh dicabar di mahkamah yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan BN memberikan alasan penggubalan POTA perlu kerana ada  rakyat Malaysia menyertai kegiatan ganas Negara Islam (IS),Perkembangan keadaan yang  membimbangkan dan   mengancam  ini disebut untuk  menghidupkan kembali  undang-undang  tahan tanpa bicara   ISA ( Akta Keselamatan 
Dalam Negeri 1960) yang telah dimansuhkan.

Apabila ISA dibentangkan di Parlimen pada 1960, wakil rakyat PRM telah dengan kerasnya menolak ISA  kerana perkara tahan tanpa bicara. Tahan tanpa bicara  bukan sahaja  bercanggah dengan  semangat demokrasi  tetapi juga mencabul hak  rakyat.

Kerana tiada peruntukan check dan balance di bawah ISA, wakil rakyat PRM meragui matlamat ISA, seterusnya menyatakan ISA boleh  disalahguna oleh pihak berkuasa untuk menahan aktivis parti politik pembangkang dan  pengkritik lain yang tidak sehaluan pendapat dengan pihak pemerintah, walaupun menteri-menteri Perikatan yang kemudian diluaskan menjadi BN  berkali-kali memberikan jaminan bahawa ISA tidak disalahguna untuk menganiaya mereka, ISA hanya diguna untuk melawan “anasir ganas yang mengancam keselamatan Negara”.

Tetapi hakikat pelaksanaannya sehingga ISA dimansuhkan jelas menunjukkan realiti sebaliknya. Setelah ISA dikuatkuasakan, perkara tahan tanpa bicara diguna menindas ahli parti pembangkang dan pengkritik lain.

 Presiden PRM Sdr Boestamam merupakan wakil rakyat yang pertama ditahan di bawah ISA pada 1963 selain anggota dan pemimpin PRM dan Barisan Sosialis banyak ditahan di bawah ISA. Pada mulanya, aktivis parti khususnya parti kiri ditahan dua tahun, disambung lagi dua tahun  dan seterusnya di bawah ISA atas alasan mengancam keselamatan negara.

Tetapi, lama kelamaan pemimpin parti pembangkang yang menyokong ISA turut ditahan di bawah ISA seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Mat Sabu  dari PAS. PAS dan DAP sokong  ISA dengan harapan ISA hanya diguna untuk melawan anasir pengganas. Selepas pertengahan 1970an, pemimpin parti pemerintah termasuk menteri dan elemen jenayah seperti pembuat pasport dan kad pengenalan palsu juga ditahan dengan ISA.

Kuasa tidak ada check and balance

Walaupun Akta Pencegahan Keganasan baru ini mempunyai perkara menyatakan bahawa Akta tidak boleh diguna terhadap parti politik lawan, perintah penahanan diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, pegawai penyiasat  dilantik  oleh menteri, dan menteri juga memberikan jaminan bahawa POTA untuk menangani ancaman anasir IS, tetapi  prosedur penahanan guna POTA tidak wujud mekanisme check and balance, keputusan  tidak boleh dicabar di mahkamah dan habeas korpus tidak dibenarkan, keputusan bukan ditentukan mahkamah, serupanya kesemua isi POTA dengan ISA.

Oleh itu, pada pandangan PRM,  POTA boleh disalahguna, seperti kita saksikan, Akta Hasutan hanya diguna terhadap pengkritik kerajaan BN, individu pro-BN nampaknya terlepas dan terus bebas bersuara.

Bukan sahaja pemimpin parti pembangkang, aktivis sosial dan hak asasi manusia, ahli akademik dikenakan Akta Hasutan, muktahir ini 5 orang pemberita dan penerbit akhbar Malaysian Insider dikenakan dengan Akta Hasutan.  Keadaan dan tindakan pemerintah jelasnya berat sebelah. POTA sama juga boleh disalahguna seperti ISA dan Akta Hasutan.

PRM hendak tanya, selain peruntukan tahan tanpa bicara atau  penahanan secara pencegahan, pasukan polis tidak ada keupayaan untuk menangani gejala kegiatan IS khususnya dunia yang makin rumit dan kompleks?

Menurut laporan berita, ada tahanan ISA menyertai  IS setelah dibebas. Ini bermakna tahan  tanpa bicara tidak dapat memulihkan individu pro-IS,  keadaan dan wujudnya IS merupakan perkembangan dan fenomena baru, cara operasi dan fikirannya  di luar  amalan yang biasa diterima dan diamal dunia umum. Pendekatan berkesan dan baru perlu difikirkan.

Akhirnya, PRM juga hendak tanya , sekiranya seseorang warga dituduh di bawah POTA atas tuduhan  “menyokong” kegiatan keganasan IS Negara Khalifa, atau hanya menyokong “kegiatan keganasan”, dia tidak dibenarkan mencabar keputusan Lembaga di  mahkamah kecuali mencabar prosedur penahanan tidak diikuti, di mana letak peluang untuk dia mendapatkan pembelaan adil?

Naib Presiden PRM


Koh Swe Yong
0122766551

Monday, January 12, 2015

PRM: Akta Hasutan dan Akta Tahan Tanpa Bicara dapat Banteras Pengganas?


12-01-15

PRM:  Akta Hasutan  dan Akta Tahan Tanpa Bicara dapat Banteras Pengganas?

Parti Rakyat Malaysia (PRM)  membantah pengekalan Akta Hasutan dan cadangan menggubal semula Akta Tahan Tanpa Bicara.

Kenyataan Ketua Polis Negara Khalid bahawa peristiwa pembunuhan 12 orang  di pejabat majalah Charlie Bebdo di Paris Perancis baru-baru ini adalah  contoh yang baik   Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan,  menunjukkan beliau berfikiran  tegar dan kekal, tidak  boleh ubah dan tidak idea baru unuk menghadapi perkembangan pesat dan baru dalam negeri dan di dunia .

 PRM juga  membantah cadangan dan pertimbangan Peguam Negara serta  pihak tertentu  mengambil keadaan baru untuk menggubal dan melaksanakan semula akta tahan tanpa bicara (detention without trial)   atau memasukkan unsur tahan tanpa bicara dalam mana-mana Akta sedia ada.

Dapatkah  Akta Hasutan atau tahan tanpa bicara mencegah perbuatan ganas dan jenayah? Siapakah sebenarnya akta-akta  tersebut hendak melindungi ? Rakyat  atau elit berkuasa?
Pengalaman pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan dan dilaksanakan selama lebih 50 tahun, pendakwaan dengan Akta Hasutan  terhadap pemimpin pembangkang serta aktivis NGO dan sosial adalah   bukti nyata   matlamat pelaksanaan ISA dan Akta Hasutan adalah untuk UMNO—BN menyekat dan menekan kebebasan hak rakyat bersuara dan melindungi kepentingan golongan elit berkuasa.

Hidup rakyat kian susah. Rakyat makin tidak berpuas hati dengan dasar UMNO—BN dan bangkit membantah dan hendak mengubah pemerintah. Sekarang ISA tidak ada lagi, pihak berkuasa  mengguna Akta Hasutan dan mahkamah untuk menutup mulut rakyat, supaya pemerintahan UMNO—BN dapat dipanjangkan.

Perbuatan sedemikian bertentangan amalan demokrasi walaupun  PM Najib sedar dan bersetuju memansuhkan Akta Hasutan dua tahun yang lalu, tetapi   membuat pusingan-U dan hendak mengekalkannya pula.

Masalah negara banyak. Masalah  rasuah, segelintir elit berkuasa monopoli sumber dan kekayaan negara,  jurang antara kaya dan miskin makin luas, harga barangan melambung naik, keruntuhan nilai  sosial, pendidikan dan keselamatan, pejenayah dan penyalahgunaan dadah  melanda, alam persekitaran dicemar dan dieksploitasi sewenang-wenang, daya persaingan negara jatuh, banjir, kemarau dan catuan air kerap berlaku lagi genting. Kesemua masalah  sedang menunggu penyelesaian yang  berkesan oleh pihak pemerintah.

Tetapi pihak elit  bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah dan kesempitan hidup rakyat yang dicipta-buat oleh mereka, selain memecah perintah rakyat dengan isu-isu perkauman dan agama, mulut rakyat juga ditutup dengan mengguna Akta Hasutan dan mahkamah, pandangan mereka tidak didengar, ketidakpuasan rakyat ditekan, serta seribu satu daya dicari untuk mengekalkan kuasa kongkongan elit politik.

Negara  ini perlu berubah. Akta-akta seperti Akta Hasutan dan tahan tanpa bicara tidak dapat membanteras  kegiatan ganas dan jenayah. Jalan progresif dan adil ialah jawapan.

Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia

Koh Swe Yong
012-2766551

Sunday, November 2, 2014

PRM :- Rakyat Malaysia kurang pentingkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) akibat dasar Dr Mahathir



02-11-2014


Rakyat Malaysia kurang pentingkan   penyelidikan dan pembangunan (R&D) akibat dasar Dr Mahathir



Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) tidak dipentingkan ekoran daripada dasar Dr Mahathir setelah dikuasai  selama 22 tahun oleh Dr Mahathir. Beliau harus bertanggungjawab terhadap keadaan ini.


Menurut laporan berita, bekas perdana menteri Dr Mahathir mengkritik, penyelidikan dan pembangunan negara tertinggal di belakang negara lain, oleh itu Malaysia mungkin tidak akan mencapai  wawasan negara maju pada 2020, kerana walaupun pendapatan warganegara telah meningkat  bersama dengan negara maju, tetapi daya produktiviti rakyat masih rendah dan tidak meningkat selari, negara kita masih tidak termasuk dalam  golongan negara maju. Contohnya Brunai, negara itu bergantung pada pengeluaran minyak mentah, pendapatan rakyat setanding dengan negara maju , tetapi oleh sebab R&D bidang sains dan teknologi jauh di belakang, negara itu masih bukan negara maju.


Setelah Dr Mahathir berundur, perdana menteri yang menggantinya, iaitu Abdullah Badawi dan Najib Razak, hanya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme dan penswataan Dr Mahathir. Walaupun beberapa rancangan raksasa dikemukakan seperti Kawasan Iskandar di Johor, Koridor Utara  dan Timor . Rancangan tersebut serupa dengan  pemikiran Dr Mahathir, hanya tumpu pada aktiviti membina struktur fizikal kemudahan asas seperti membina lebuh raya. Matlamatnya untuk merangsangkan keperluan pasaran dalaman, menjaga pendapatan segelintir korporat besar kroni, mengekalkan pertumbuhan lahiriah, dan tidak membantu dalam meningkatkan daya produktiviti  rakyat, pendapatan orang ramai juga tidak banyak meningkat, bahkan mengakibatkan penambahan pendapatan terbantut, harga barang melambung naik.  


Permainkan catur kuasa manipulasi sentimen perkauman menjaga kepentingan kroni


Di samping itu, untuk mengekalkan dan mengukuhkan pautan pada kuasa supaya pemerintahannya tidak tercabar, sepanjang 22 tahun di tampuk kuasa, beliau sentiasa permainkan catur kuasa, mengubah peraturan dan undang-undang untuk merealisasi kehendaknya, melaksanakan dasar perkauman serta kronisme, menyebabkan penghijrahan tenaga mahir dan cerdik ke luar negara. Pada masa yang sama, beliau mengimport berjuta-juta tenaga pekerja asing yang buta huruf untuk menyambung dasar buruh murah di sektor industri berburuh intensif, dan penggantinya sentiasa menyerap tenaga muda ke perkhidmatan awam  membanykkan peluang pekerjaan , demi menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan muda-mudi lepasan institusi pengajian,sampai 80% daripada bajet 2015 dibelanjakan untuk bidang pentadbiran dan tertinggal 20% untuk tujuan pembangunan.


Oleh itu, negara kita tidak bersungguh-sungguh menjalankan R&D. Pada masa dahulu, pendapatan Korea lebih rendah berbanding dengan Malaysia, tetapi kerajaannya mengambil-berat terhadap R&D sains dan teknologi, sekarang telefon bimbit Samsung dapat bersaing dengan i-phone Amerika Syarikat(AS), kereta Korea berupaya eksport ke pasaran antarabangsa. Bagaimana dengan Proton, kereta nasional negara, hanya bergantung pada lindungan kerajaan dan dijual dalam pasaran dalaman. 

Kita dapati, R&D getah asli Malaysia yang terkenalpun, tanah untuk penyelidikan RRI (Institut Penyelidikan Getah Malaysia) di Sungai Buloh juga diambil alih oleh kumpulan berkuasa yang tamak untuk dijadikan alat cepat datang untung  membina bangunan fizikal dan kegiatan biznes. Korporat Korea menentang kerajaannya menyertai TPPA (transpacific partnership agreement) kerana mereka ada menjalankan R&D sendiri,  dan tidak mahu tunduk kepada korporat besar Amerika Syarikat  serta dikongkong oleh mereka.


Adalah dimaklum, daya produktiviti manusia meningkat dengan perkembangan sains dan teknologi, dan  daya ini amat diperlukan memajukan keadaan kehidupan kebendaan kita. Ekonomi AS dapat mendahulukan negara lain, berada di barisan hadapan, semata-mata bergantung pada pelaburan besar di bidang R&D sains dan teknologi. Bagi Jepun, walaupun untuk seketika mempunyai pencapaian yang mengagumkan, tetapi kerana tidak melabur besar dalam R&D, akhirnya daya saingan tidak kekal, sudah lebih 20 tahun ekonominya terjunam ke gaung kemelesetan ekonomi , sehingga kini masih bergelut untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.


Oleh sebab perdana menteri Najib mengikut jejak langkah  ekonomi Dr Mahahir, sudah pasti dasarnya tidak memperuntukkan dan menggalakkan perbelanjaan banyak untuk R&D, kecuali PM Najib mengambil ikhtiar  untuk mengubah arah ekonomi, menitikberatkan usaha meningkatkan daya produktiviti tenaga kerja Malaysia. Apabila sumber asli Malaysia habis diguna dan dieksploitasi, masa depan negara ini muram.

Naib Presiden PRM



Koh Swe Yong

012-2766551

Sunday, October 12, 2014

PRM: Kerajaan Selangor harus Tangani Punca Pencemaran Bekalan Air

13-10-14




PRM: Kerajaan Selangor harus Tangani Punca Pencemaran Bekalan Air  


Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendesak kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk selama-lamanya menyelesaikan pencemaran bekalan air yang dari semasa ke semasa dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran  air menyebabkan pemutusan bekalan air kepada khalayak ramai . Akibatnya orang ramai, peniaga dan pihak industri mengalami  kesusahan dan kerugian ekonomi.


PRM bertanya, “Mengapakah punca air negeri Selangor seperti Sungai Selangor dan Sungai Langat berkali-kali dicemari sisa buangan industri macam minyak diesel dan cair ammonia, terpaksa bekalan air tiba-tiba diputus, menyebabkan kehidupan orang ramai terganggu,   selalu dihantui masalah tiba-tiba keputusan bekalan air, dan rakyat jelata,  pihak peniaga dan industri menghadapi kerugian pengeluaran yang besar?   ”


Walaupun tindakan diambil oleh kerajaan negeri Selangor untuk merampas tanah pihak yang tidak bertanggungjawab  dan mereka dihadap ke mahkamah selepas pencemaran air berlaku, langkah dan tindakan seumpama itu tidak mencukupi untuk menangani masalah pencemaran air selama-lamanya. Kerajaan negeri Selangor harus mengkaji dan mengambil langkah untuk menangani punca asas pencemaran air ini.


 “PRM bercadang, kerajaan negeri Selangor  menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji  masalah pencemaran air secara menyeluruh, bagaimana kegiatan operator industri mencemarkan air? Adakah kilang lain berpotensi mencemarkan air pada masa hadapan? Bagaimana hendak merancang langkah dan pendekatan supaya menghalang kegiatan industri yang akan mencemarkan tadahan air  ? "

Dengan perbuatan demikian, pencemaran air sungai dapat dihentikan selama-lamanya demi kebajikan dan kemajuan masa depan negeri Selangor.”    







Koh Swe Yong
Naib Presiden, 
Parti Rakyat Malaysia

[No. Tal: 012-2766551]

Friday, October 10, 2014

The ‘black bull’ that was (Star - 4/10/2014)

Updated: Saturday October 4, 2014 MYT 8:47:17 PM

The ‘black bull’ that was


MY childhood memories of general elections in Malaysia are vague to say the least, and all I seem to recall are random images of party flags hanging everywhere across town.

However, this one incident has stayed fresh in my mind, and somewhat oddly so as there was nothing significant about it per se. 

I believe it was during the 1999 general election, and my father was driving the family through town when we stopped at a traffic light, where I spotted several flags depicting a black bull on a red background hanging under some street lamps.

I remember thinking that was one scary yet brave-looking bull, and thought people would probably vote for that party because it had a “cool” logo. What did you expect? I was 10, and had no interest whatsoever in the election process or its outcome. 

All I knew was that in the next general election five years later, that black bull, set against a red field, was gone and has rarely been seen since. 

As it turned out, the party the bull belonged to, Parti Rakyat Malaysia (PRM) merged with Parti Keadilan Nasional to form Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Founded in 1955 as a socialist party, the PRM of today - comprising members who chose not to be part of the merger with Keadilan in 2004 - faces an uphill battle to remain relevant in a democratic system that seems to favour coalitional and right wing politics.

Much of its struggle stems from a lack of financial resources, with the party having to rely on personal contributions from a shrinking member base, most of whom belong to the lower-income group. 

Just walk into the party’s headquarters located on the fourth floor of a shoplot in Petaling Jaya, and you’ll know what I mean.

The merger to form PKR also left many supporters wondering if the black bull was truly on its last legs.

There were, however, a handful of leaders who chose to remain behind as they were committed to keeping the leftist agenda alive, with Keadilan being perceived as too centrist.

“Most of our members joined the merger, while those who chose to stay behind were the old leaders, who had become disillusioned because they think the party sold them out,” said PRM’s current president Dr Rohanna Ariffin (pic), when I interviewed her recently.

It is a tricky situation that the party finds itself in, which is why it is now shifting its focus to the youth as part of a rebuilding exercise. 

With current membership only in the hundreds, PRM has launched the “Sekolah Rakyat” programme in a bid to educate the public, primarily the youth, on socialism and leftist policies.

“We feel the youth, especially the urban generation, have become disillusioned with both sides of the political divide. Our aim is to raise awareness on an alternative option for the people, show them that they have a third choice,” says Rohana. 

The party is already working to strengthen the socialist movement in the country by collaborating with Parti Sosialis Malaysia (PSM) and several other NGOs to form the “Left Coalition”.

However, it may be a tad optimistic to expect the Left Coalition to become a genuine political force to be reckoned with anytime soon.

For one, the coalition is still in its infancy and the degree of cooperation between the member parties have yet to be determined, although a collective agenda has already been drafted by Rohana and several others. 

The prospect does seem exciting. Some glaring shortcomings of both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat in recent years have increased the need for a genuine “third force” to champion the people while serving as a balancing agent for its dominant political counterparts.

However, I have reservations as to whether socialism would be a workable model for Malaysia today, given that the majority of Malaysians subscribe to right wing views. It will be a monumental task for parties like PSM and PRM to convince the public to go the other way.

Rohana acknowledges the challenge ahead, especially in navigating negative perceptions that socialists are pro-communism, too liberal and anti-religion. 

“We are running against the tide of societal mindset. Even opposition parties like PAS think socialist parties are irreligious. This makes the need to educate the youth via the Internet and Sekolah Rakyat even more pressing,” she adds. 

Ten years ago, many had written off its ability to remain relevant, but PRM is still standing. My visit to the party’s headquarters gave me the feeling that the few progressive individuals left in the party, including Rohana, remain dedicated to rekindling the fighting spirit of its founding fathers. 

As the Malay proverb goes: Diam-diam ubi berisi. Given the time and support (more so financially) from its existing members, as well as its pro-active efforts to attract newer and younger faces, I reckon that the black bull I remember seeing lining the streets as a child could yet make a comeback to the political arena.

> The views expressed are entirely the writer’s own.   - Star, 4/10/2014, The ‘black bull’ that was