Wednesday, January 27, 2016

马来西亚人民党反对签署跨太平洋伙伴协议(TPPA)

致新闻采访主任:


文告: 27/1/2016

马来西亚人民党反对签署跨太平洋伙伴协议(TPPA)

马来西亚人民党总秘书辜瑞荣今天发表文告,马来西亚人民党坚决反对跨太平洋伙伴协议。

辜瑞荣文告指出,TPPA2005年由美国总统布斯开始推动,在约500位全世界最大的跨国公司“顾问”黑箱神秘草拟和谈判下进行。
人民党从各方对协议的好处和坏处分析,认为协议对某方面有益,明显的对更多方面带来坏处。

据一位增经任美国克林顿总统劳工部长的美国经济政治学教授批评,在协议的29章节里,只有5个章节触及贸易事项,其他章节关于限制签署国,降低环境素质,降低食物和个人安全水平,不然涉及金融、能源、气候、劳工等的政策和条规。TPPA给与跨国公司新的和更大的权力。这些跨国公司控制这世界上的资源,赋予他们权力来决定我们生存。

人民党反对TPPA,也因为协议有关解决国家和外国公司之间的投资纷争机制(‘Investor State Dispute Settlement’ (ISDS)),赋予外国公司投资和盈利,新的赔偿法律以及扩大的和特别保护,且冲裁法庭设在国外,不是由马来西亚的法庭审判。有关外国公司可以挑战马来西亚政府为了保护国人健康和福利及环境的新政策和法律条规,如果他们认为该政策和法律侵蚀他们公司的营业利润。

另一方面,上述权利只限外国公司拥有,马来西亚公司和人民不能享有这个权利。这是明显歧视协议。马来西亚公司和人民只能在马来西亚法庭挑战马来西亚政府。这是不公正的。外国公司寻求赔偿也必须在马来西亚法庭进行,而不是在国外的冲裁庭。

在这条文下,马来西亚政府可以被起诉,是不能被接受的。我们将看到巨大冲击,而马来西亚政府到时要赔偿千万亿万令吉,也将使到我国政府害怕,不敢制定有利人民福利的新政策和法律。

一些已签署含有上述条文的自由贸易协定国家正面对这样的诉讼。埃及、加拿大、澳洲、美国、阿根廷、萨尔瓦多和委地马拉等政府因香烟、农业种子基因、石岩天然气和汽油开采政策,影响外国公司的投资利润,被要求数以千万亿万计赔偿。这已不是学术性或假设性的问题,而是真正已经发生的事情。

马来西亚这之前已经跟一些国家签署了自由贸易协议,也必须遵守。许多专家指出,TPPA将危害到国家和人民的消费、健康和医药、教育、生活权利、工人权利、保护环境政策权利、享有居住、食物、水和产品安全权利、知识产权、弱势和少数群体和少数族群权利如儿童和原住民。

马来西亚人民党认为,马来西亚政府必须以照顾多元民族多元宗教的国人和马来西亚本土公司利益为先,而不是外国跨国财团,某些国内公司或者某个阶层如官营和关联公司,或朋党公司。人民党因此反对TPPA.

马来西亚人民党总秘书


辜瑞荣
012-2766551

Lihat Kenyataan Penuh:- 

PRM Menolak TPPA



Kenyataan Media – 27/1/2016

PRM Menolak TPPA

Parti Rakyat Malaysia(PRM)  dengan  tegasnya   menolak TPPA.

TPPA mula  dirangka dan dirunding dalam kotak hitam oleh 500 “penasihat” syarikat   multinasional terbesar dunia pada 2005 di bawah inisiatif pentadbiran  Presiden Bush.

PRM telah mengambil kira teks Perjanjian, dan  hujahan mengenai kebaikan TPPA dan  keburukan TPPA. Walaupun ada perkara yang mungkin baik bagi sesetengah pihak, nyata juga terkandung banyak aspek yang akan membawa kesan negative kepada banyak pihak lain.

Menurut seorang professor  political economist Amerika yang pernah menjadi Menteri Buruh di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton Robert Reich, antara 29 bab TPPA, hanya 5 bab menyentuh perdagangan, selebihnya meletak had-had (restrictions) pada kerajaan anggota TPPA, menyusutkan kualiti persekitaran, merendahkan standard keselamatan makanan dan orang-perseorangan atau berkenaan polisi dan peraturan kewangan, tenaga, cuaca dan sebagainya. Dengan TPPA, kuasa baru akan diberikan dan dipertingkatkan kepada syarikat multinasional yang kawal semua sumber di dunia.

Justeru, demi menerima apa yang baik, PRM tidak boleh bersetuju kepada perkara yang tidak baik yang akan memberikan implikasi buruk kepada rakyat Malaysia keseluruhannya pada masa akan datang. Oleh sebab itu, PRM menolak TPPA.

TPPA ada  peruntukan mengenai pelaburan dan mekanisme penguatkuasaannya, iaitu klausa Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (‘Investor State Dispute Settlement’ (ISDS)).

Klausa ini memberikan pelabur asing di Malaysia satu kaedah tuntutan gantirugi undang-undang yang baru, dan  hak perlindungan luar biasa dan tambahan berkenaan pelaburan dan keuntungan mereka iaitu satu  tribunal yang akan mendengar tuntutan mereka. Tribunal ini bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Mereka boleh mencabar polisi dan undang-undang baru Malaysia yang dilaksanakan untuk melindungi kesihatan dan kebajikan rakyat dan alam sekitar yang  akan  menyekat  keuntungan mereka.

Hak  untuk ambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia di tribunal luar negara ini tidak  diberikan kepada pelabur, syarikat dan perniagaan milik rakyat Malaysia. Ini adalah diskriminasi terhadap rakyat Malaysia yang hanya boleh ambil tindakan di Mahkamah  Malaysia terhadap kerajaan Malaysia. Ini tidak adil. Apa-apa tuntutan terhadap kerajaan Malaysia oleh syarikat asing harus di buat  Mahkamah Malaysia.

Oemberiah hak ini kepada pelabur asing serta risiko bahawa Malaysia  akan disaman di tribunal luar negara jika Malaysia melalui undang-undang atau polisi melindungi  rakyat  dan pekerja tidak boleh diterima langsung. PRM, setelah melihat impak peruntukan ISDS yang terkandung dalam perjanjian lain yang telah dikuatkuasakan yang  akan menyebabkan negara takut membawa polisi dan undang-undang baru  menjaga kebajikan rakyat dan negara.

Contohnya, jika Malaysia cuba menaikkan gaji minima pekerja selepas menandatangani TPPA,  Malaysia boleh disaman berjuta-juta atau berbillion ringgit oleh syarikat asing kerana menghakis keuntungsn mereka. 

Risiko klausa ISDS bukan lagi teori atau kemungkinan sahaja, kerana sudahpun berlaku di negara Mesir yang disaman syarikat Peranchis berasaskan  klausa ISDS. Kerajaan  Kanada , Amerika Syarikat, Argentina, Australia, El Salvador  atau Guatemala disaman oleh syarikat multinasional kerana melaksanakan undang-undang atau polisi yang dikatakan menghakis  keuntungannya.

Perjanjian TPPA dikatakan akan menyebabkan barangan, produk dan perkhidmatan luar negara lebih mudah masuk ke dalam pasaran Malaysia, lalu membawa kesan positif, dan mungkin rakyat akan dapat lebih akses kepada  lebih banyak pilihan dan juga lebih murah. Menurut laporan berita,  sebanyak 30% peniaga dan syarikat Malaysia terpaksa tutup kedai. Petani juga akan terjejas sekiranya hasil tanaman mereka tidak dapat bersaing  dengan produk sama yang datang dari luar negara. Justeru, TPPA harus ditolak demi kepentingan rakyat Malaysia.

PRM mahu rakyat Malaysia diutamakan dalam  perniagaan, bukan sekadar  menjadi pekerja, ataupun hanya menjalankan perniagaan francais,  dan sebenarnya syarikat memberikan francais mmilikan luar negara. KFC dan 7 Eleven  adalah contoh syarikat Amerika Syarikat.

Pelabur atau syarikat asing  biasanya hanya mencari keuntungan dan tidak tetap di Malaysia. Justeru, ini memberikan impak serius kepada pekerja yang tidak ada mempunyai jaminan kerja dan pendapatan, serta juga syarikat tempatan yang memberikan khidmat kepada syarikat asing ini kerana bila-bila sahaja mereka boleh berpindah ke negara lain..

PRM juga ingin menyatakan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani  kerajaan BN Malaysia sudah memberikan kesan negative. Kini perniagaan asing boleh membawa masuk semua pekerja utama mereka dari luar. Ini bermakna tiada pemindahan  teknologi dan kemahiran kepada rakyat Malaysia.

Perjanjian dahulu juga sudah menamatkan kewajiban bagi pelabur asing  gunakan peratusan tertentu ‘bahan tempatan atau local content’. Kini  kesan TPPA akan lebih teruk daripada kesan perjanjian yang ditandatangani kerajaan BN Malaysia.

Banyak pakar juga telah meluahkan kebimbangan akan kesan kemudaratan TPPA terhadap hak kesihatan dan hak kehidupan pengguna, terutamanya  kesusahan akses kepada ubat-ubatan  pada kadar yang munasabah atau produk yang selamat; hak bekerja dan hak di tempat kerja; hak untuk menikmati taraf hidup yang memadai, termasuk akses kepada tempat tinggal, makanan dan air yang selamat; hak terhadap harta intelek; hak kumpulan minoriti tertentu dan kewajipan negara untuk melindungi mereka contohnya kanak-kanak, terutamanya yang miskin, dan juga Orang Asli.

PRM juga ingin menyatakan bahawa kerajaan Malaysia dalam hal perkara TPPA harus menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan hanya kepentingan syarikat dan golongan tertentu sahaja seperti syarikat milik kerajaan dan GLC. Adalah kewajiban kerajaan negara menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dan syarikat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Justeru, setelah PRM tetap dengan pendirian membantah Malaysia menandatangani TPPA, dan seterusnya meratifikasi TPPA.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551

Tuesday, January 5, 2016

人民党促请当局立刻行动停止关丹铝矿开采

05-01-16

致新闻采访主任:

人民党促请当局立刻行动停止关丹铝矿开采

马来西亚人民党总秘书辜瑞荣今天发表文告指出,中央和州政府必须立刻行动,接受公众和专家科学家的意见建议,停止关丹区的无节制的开采铝土矿活动,何必要再开任何会议来讨论鉴定,该铝矿开采活动对大众健康、公共实施、公路安全、水源、食物链、渔民生计和环境所造成的巨大破坏和危害。

“这个事件已经拖了一年,几经人们强烈抗议,呼吁当局关注和行动,提出种种实列证据,关丹地区,一片红彤彤的铝土尘埃覆盖,海水成红海,还有专家和科学家的调查研究报告,经说明铝矿开采引起的巨大负面问题和不良影响,要求当局即刻停止该开采活动,并提出建议补救,严厉管制,要求业者遵循公认准则,有序进行采矿保安全,以免危害居民和破坏环境。”

人民党感到惊奇,为何当局一面鼓吹绿色工艺,大谈环保,一面又对破坏和危害大众和环境的经济活动如关丹铝矿开采和莱纳斯希土厂视若无睹,完全忽视公众的反对意见,完全不予民为先,往往都是抱着否认的态度面对之。如果当局仍然不改变这个思维,如何能实现先进社会的宏愿?

马来西亚人民党坚决认为,作为执政者,有关方面必须先知先觉,以民为先,在不损害人民和环境的大前提下,让业者按照世界公认的安全规则作业,听取大众声音,严格监督,开采铝矿。否则,必须完全禁止开采。人们和环境的健康比金钱更加重要。

马来西亚人民党总秘书

辜瑞荣
012-2766551



PRM hendak pihak berkuasa segera hentikan perlombongan bauxite



Kenyataan Media - 5/1/2016
 
PRM hendak pihak berkuasa segera hentikan perlombongan bauxite 

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hendak kerajaan Pusat dan Negeri Pahang  bertindak dengan segera , menerima pendapat, hasil kajian  dan cadangan orang ramai, pakar dan ahli sains , menghentikan aktiviti perlombongan bauxite  yang beroperasi tanpa kawalan di kawasan Kuantan Pahang.  

Menurut laparan berita, apa perlunya menteri pusat dan mentri besar bermesyuarat untuk membincangkan dan menilai  kesan kerosakan dan kebahayaan yang buruk dan serius perlombongan tersebut terhadap kesihatan  orang ramai, kerosakan dan  keselamatan jalan, sumber air, rantai makanan, kehidupan nelayan dan alam sekitar?

Masalah perlombongan bauxite  ini telah lama timbul dan menghantui selama setahun. Banyak pihak termasuk penduduk dan orang ramai  yang dikacau-ganggu oleh kesan buruk,  serta pertubuhan dan media ,  telah bersuara menarik perhatian dan  membantah kepada pihak berkuasa dan bertanggungjawap, menyeru pihak berkenaan mengambil-berat serta bertindak.

 Bukti dan gambar tentang kawasan Kuantan dan tapak pelabuhannya yang bertukar wajah menjadi muka merah, air sungai dan laut juga merah dipapar, dan terbaharu ada pakar dan saintis telah menjalankan kajian dan sediakan laporan untuk pihak berkuasa, menjelaskan masalah dan kesan buruk dan negatif yang dibawa oleh perlombongan bauxite, meminta tindakan segera diambil menghentikan aktiviti perlombongan, disertakan cadangan untuk mebaiki keadaan dan  mengawal operasi, menuntut pengusaha mematuhi peraturan yang sedia ada supaya melombong bauxite dijalankan secara teratur,  keselamatan dan kesihatan dijaga, supaya tidak membahayakan penduduk dan merosakkan alam sekitar. 

PRM amat hairan, kenapa pada ketika pihak berkuasa menggalakkan teknologi hijau, melindungi alam sekitar, pada masa yang sama tidak nampak akan  kegiatan ekonomi yang merosakkan dan membahayakan kehidupan penduduk dan alam sekitarnya, seperti perlombongan bauxite di Bukit Goh Kuantan  dan membenarkan pembukaan Syarikat Lynas, tidak menghiraukan pendapat umum, dan kebajikan rakyat tidak didahulukan, sentiasa bersikap menafikan wujudnya kesan buruk, Jika pihak berkuasa masih tidak mentransformasi sikap dan fikiran ini, sampai bilakah  negara dan masyarakat ini mencapai wawasan?

PRM hendak tegaskan, sebagai pihak diamanahkan untuk memerintah negara, harus peka pihak ini akan isu-isu berkait rapat dengan kehidupan rakyat, rakyat harus didahulukan,   dan berdasarkan prinsip tidak merosakkan dan merugikan rakyat dan alam sekitar, membenarkan pengusaha beroperasi secara terkawal dan dengan cara yang selamat yang diamalkan di merata dunia, menerima suara umum, dan mengawasi kerja melombong dengan tegas. Jika tidak, perlombongan tersebut harus dihentikan terus. 

Bagi PRM, Kesihatan dan kebajikan orang ramai dan alam sekitar adalah lebih penting daripada wang.


Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551