31-03-15
PRM Bantah Tahan tanpa
Bicara Undang-undang
Pencegahan Keganasan 2015 (Pota)
Parti Rakyat Malaysia
(PRM) membantah penghidupan peruntukan tahan tanpa bicara berterusan
di bawah Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, dan keputusan
yang dibuat Lembaga Pencegahan Keganasan tidak boleh dicabar di mahkamah yang
dibentangkan kerajaan Barisan Nasional.
Kerajaan BN memberikan
alasan penggubalan POTA perlu kerana ada rakyat Malaysia menyertai
kegiatan ganas Negara Islam (IS),Perkembangan keadaan yang membimbangkan
dan mengancam ini disebut untuk menghidupkan
kembali undang-undang tahan tanpa bicara ISA ( Akta
Keselamatan
Dalam Negeri 1960)
yang telah dimansuhkan.
Apabila ISA
dibentangkan di Parlimen pada 1960, wakil rakyat PRM telah dengan kerasnya
menolak ISA kerana perkara tahan tanpa bicara. Tahan tanpa bicara
bukan sahaja bercanggah dengan semangat demokrasi
tetapi juga mencabul hak rakyat.
Kerana tiada
peruntukan check dan balance di bawah ISA, wakil rakyat PRM meragui matlamat
ISA, seterusnya menyatakan ISA boleh disalahguna oleh pihak berkuasa
untuk menahan aktivis parti politik pembangkang dan pengkritik lain yang
tidak sehaluan pendapat dengan pihak pemerintah, walaupun menteri-menteri
Perikatan yang kemudian diluaskan menjadi BN berkali-kali memberikan
jaminan bahawa ISA tidak disalahguna untuk menganiaya mereka, ISA hanya diguna
untuk melawan “anasir ganas yang mengancam keselamatan Negara”.
Tetapi hakikat
pelaksanaannya sehingga ISA dimansuhkan jelas menunjukkan realiti sebaliknya.
Setelah ISA dikuatkuasakan, perkara tahan tanpa bicara diguna menindas ahli
parti pembangkang dan pengkritik lain.
Presiden PRM Sdr
Boestamam merupakan wakil rakyat yang pertama ditahan di bawah ISA pada 1963
selain anggota dan pemimpin PRM dan Barisan Sosialis banyak ditahan di bawah
ISA. Pada mulanya, aktivis parti khususnya parti kiri ditahan dua tahun,
disambung lagi dua tahun dan seterusnya di bawah ISA atas alasan
mengancam keselamatan negara.
Tetapi, lama kelamaan
pemimpin parti pembangkang yang menyokong ISA turut ditahan di bawah ISA
seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Mat Sabu dari PAS. PAS dan DAP sokong
ISA dengan harapan ISA hanya diguna untuk melawan anasir pengganas.
Selepas pertengahan 1970an, pemimpin parti pemerintah termasuk menteri dan
elemen jenayah seperti pembuat pasport dan kad pengenalan palsu juga ditahan
dengan ISA.
Kuasa tidak ada check
and balance
Walaupun Akta
Pencegahan Keganasan baru ini mempunyai perkara menyatakan bahawa Akta tidak
boleh diguna terhadap parti politik lawan, perintah penahanan diputuskan oleh
Lembaga Pencegahan Keganasan, pegawai penyiasat dilantik oleh
menteri, dan menteri juga memberikan jaminan bahawa POTA untuk menangani
ancaman anasir IS, tetapi prosedur penahanan guna POTA tidak wujud
mekanisme check and balance, keputusan tidak boleh dicabar di mahkamah
dan habeas korpus tidak dibenarkan, keputusan bukan ditentukan mahkamah,
serupanya kesemua isi POTA dengan ISA.
Oleh itu, pada
pandangan PRM, POTA boleh disalahguna, seperti kita saksikan, Akta
Hasutan hanya diguna terhadap pengkritik kerajaan BN, individu pro-BN nampaknya
terlepas dan terus bebas bersuara.
Bukan sahaja pemimpin
parti pembangkang, aktivis sosial dan hak asasi manusia, ahli akademik
dikenakan Akta Hasutan, muktahir ini 5 orang pemberita dan penerbit akhbar
Malaysian Insider dikenakan dengan Akta Hasutan. Keadaan dan tindakan
pemerintah jelasnya berat sebelah. POTA sama juga boleh disalahguna seperti ISA
dan Akta Hasutan.
PRM hendak tanya,
selain peruntukan tahan tanpa bicara atau penahanan secara pencegahan,
pasukan polis tidak ada keupayaan untuk menangani gejala kegiatan IS khususnya
dunia yang makin rumit dan kompleks?
Menurut laporan
berita, ada tahanan ISA menyertai IS setelah dibebas. Ini bermakna tahan
tanpa bicara tidak dapat memulihkan individu pro-IS, keadaan dan wujudnya
IS merupakan perkembangan dan fenomena baru, cara operasi dan fikirannya
di luar amalan yang biasa diterima dan diamal dunia umum. Pendekatan
berkesan dan baru perlu difikirkan.
Akhirnya, PRM juga
hendak tanya , sekiranya seseorang warga dituduh di bawah POTA atas tuduhan
“menyokong” kegiatan keganasan IS Negara Khalifa, atau hanya menyokong
“kegiatan keganasan”, dia tidak dibenarkan mencabar keputusan Lembaga di
mahkamah kecuali mencabar prosedur penahanan tidak diikuti, di mana letak
peluang untuk dia mendapatkan pembelaan adil?
Naib Presiden PRM
Koh Swe Yong
0122766551
No comments:
Post a Comment