12-01-15
PRM:
Akta Hasutan dan Akta Tahan Tanpa
Bicara dapat Banteras Pengganas?
Parti Rakyat
Malaysia (PRM) membantah pengekalan Akta
Hasutan dan cadangan menggubal semula Akta Tahan Tanpa Bicara.
Kenyataan
Ketua
Polis Negara Khalid bahawa peristiwa pembunuhan 12 orang di pejabat
majalah Charlie Bebdo di Paris
Perancis baru-baru ini adalah contoh yang
baik Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan, menunjukkan beliau
berfikiran tegar dan kekal, tidak boleh ubah dan tidak idea baru unuk
menghadapi perkembangan pesat dan baru dalam negeri dan di dunia .
PRM juga membantah cadangan dan pertimbangan Peguam
Negara serta pihak tertentu mengambil keadaan baru untuk menggubal dan
melaksanakan semula akta tahan tanpa bicara (detention without trial) atau memasukkan unsur tahan tanpa bicara
dalam mana-mana Akta sedia ada.
Dapatkah Akta Hasutan atau tahan tanpa bicara mencegah
perbuatan ganas dan jenayah? Siapakah sebenarnya akta-akta tersebut hendak melindungi ? Rakyat atau elit berkuasa?
Pengalaman
pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan dan
dilaksanakan selama lebih 50 tahun, pendakwaan dengan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang serta aktivis NGO
dan sosial adalah bukti nyata matlamat pelaksanaan ISA dan Akta Hasutan
adalah untuk UMNO—BN menyekat dan menekan kebebasan hak rakyat bersuara dan
melindungi kepentingan golongan elit berkuasa.
Hidup rakyat
kian susah. Rakyat makin tidak berpuas hati dengan dasar UMNO—BN dan bangkit
membantah dan hendak mengubah pemerintah. Sekarang ISA tidak ada lagi, pihak
berkuasa mengguna Akta Hasutan dan
mahkamah untuk menutup mulut rakyat, supaya pemerintahan UMNO—BN dapat
dipanjangkan.
Perbuatan sedemikian
bertentangan amalan demokrasi walaupun
PM Najib sedar dan bersetuju memansuhkan Akta Hasutan dua tahun yang
lalu, tetapi membuat pusingan-U dan
hendak mengekalkannya pula.
Masalah
negara banyak. Masalah rasuah,
segelintir elit berkuasa monopoli sumber dan kekayaan negara, jurang antara kaya dan miskin makin luas,
harga barangan melambung naik, keruntuhan nilai sosial, pendidikan dan keselamatan, pejenayah
dan penyalahgunaan dadah melanda, alam
persekitaran dicemar dan dieksploitasi sewenang-wenang, daya persaingan negara
jatuh, banjir, kemarau dan catuan air kerap berlaku lagi genting. Kesemua
masalah sedang menunggu penyelesaian
yang berkesan oleh pihak pemerintah.
Tetapi pihak
elit bukan sahaja tidak menyelesaikan
masalah dan kesempitan hidup rakyat yang dicipta-buat oleh mereka, selain
memecah perintah rakyat dengan isu-isu perkauman dan agama, mulut rakyat juga
ditutup dengan mengguna Akta Hasutan dan mahkamah, pandangan mereka tidak
didengar, ketidakpuasan rakyat ditekan, serta seribu satu daya dicari untuk
mengekalkan kuasa kongkongan elit politik.
Negara ini perlu berubah. Akta-akta seperti Akta
Hasutan dan tahan tanpa bicara tidak dapat membanteras kegiatan ganas dan jenayah. Jalan progresif
dan adil ialah jawapan.
Naib
Presiden Parti Rakyat Malaysia
Koh Swe Yong
012-2766551
No comments:
Post a Comment