13-10-14
PRM: Kerajaan Selangor harus Tangani Punca
Pencemaran Bekalan Air
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendesak kerajaan negeri
Selangor mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk selama-lamanya menyelesaikan
pencemaran bekalan air yang dari semasa ke semasa dilakukan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Pencemaran air
menyebabkan pemutusan bekalan air kepada khalayak ramai . Akibatnya orang
ramai, peniaga dan pihak industri mengalami kesusahan dan kerugian ekonomi.
PRM bertanya, “Mengapakah punca air negeri Selangor seperti
Sungai Selangor dan Sungai Langat berkali-kali dicemari sisa buangan industri macam
minyak diesel dan cair ammonia, terpaksa bekalan air tiba-tiba diputus,
menyebabkan kehidupan orang ramai terganggu, selalu
dihantui masalah tiba-tiba keputusan bekalan air, dan rakyat jelata, pihak peniaga dan industri menghadapi kerugian
pengeluaran yang besar? ”
Walaupun tindakan diambil oleh kerajaan negeri Selangor
untuk merampas tanah pihak yang tidak bertanggungjawab dan mereka dihadap ke mahkamah selepas
pencemaran air berlaku, langkah dan tindakan seumpama itu tidak mencukupi untuk
menangani masalah pencemaran air selama-lamanya. Kerajaan negeri Selangor harus
mengkaji dan mengambil langkah untuk menangani punca asas pencemaran air ini.
“PRM bercadang,
kerajaan negeri Selangor menubuhkan satu
jawatankuasa khas untuk mengkaji masalah
pencemaran air secara menyeluruh, bagaimana kegiatan operator industri
mencemarkan air? Adakah kilang lain berpotensi mencemarkan air pada masa
hadapan? Bagaimana hendak merancang langkah dan pendekatan supaya menghalang kegiatan
industri yang akan mencemarkan tadahan air ? "
Dengan perbuatan demikian, pencemaran air
sungai dapat dihentikan selama-lamanya demi kebajikan dan kemajuan masa depan negeri
Selangor.”
Koh Swe Yong
Naib Presiden,
Parti Rakyat Malaysia
[No. Tal: 012-2766551]
No comments:
Post a Comment