02-11-2014
Rakyat Malaysia kurang pentingkan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) akibat dasar Dr Mahathir
Parti Rakyat
Malaysia (PRM) berpendapat bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) tidak
dipentingkan ekoran daripada dasar Dr Mahathir setelah dikuasai selama 22 tahun oleh Dr Mahathir. Beliau
harus bertanggungjawab terhadap keadaan ini.
Menurut
laporan berita, bekas perdana menteri Dr Mahathir mengkritik, penyelidikan dan
pembangunan negara tertinggal di belakang negara lain, oleh itu Malaysia
mungkin tidak akan mencapai wawasan
negara maju pada 2020, kerana walaupun pendapatan warganegara telah
meningkat bersama dengan negara maju,
tetapi daya produktiviti rakyat masih rendah dan tidak meningkat selari, negara
kita masih tidak termasuk dalam golongan
negara maju. Contohnya Brunai, negara itu bergantung pada pengeluaran minyak
mentah, pendapatan rakyat setanding dengan negara maju , tetapi oleh sebab
R&D bidang sains dan teknologi jauh di belakang, negara itu masih bukan
negara maju.
Setelah Dr
Mahathir berundur, perdana menteri yang menggantinya, iaitu Abdullah Badawi dan
Najib Razak, hanya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme dan penswataan Dr
Mahathir. Walaupun beberapa rancangan raksasa dikemukakan seperti Kawasan
Iskandar di Johor, Koridor Utara dan
Timor . Rancangan tersebut serupa dengan
pemikiran Dr Mahathir, hanya tumpu pada aktiviti membina struktur
fizikal kemudahan asas seperti membina lebuh raya. Matlamatnya untuk
merangsangkan keperluan pasaran dalaman, menjaga pendapatan segelintir korporat
besar kroni, mengekalkan pertumbuhan lahiriah, dan tidak membantu dalam
meningkatkan daya produktiviti rakyat,
pendapatan orang ramai juga tidak banyak meningkat, bahkan mengakibatkan
penambahan pendapatan terbantut, harga barang melambung naik.
Permainkan catur kuasa manipulasi
sentimen perkauman menjaga kepentingan kroni
Di samping
itu, untuk mengekalkan dan mengukuhkan pautan pada kuasa supaya pemerintahannya
tidak tercabar, sepanjang 22 tahun di tampuk kuasa, beliau sentiasa permainkan
catur kuasa, mengubah peraturan dan undang-undang untuk merealisasi
kehendaknya, melaksanakan dasar perkauman serta kronisme, menyebabkan
penghijrahan tenaga mahir dan cerdik ke luar negara. Pada masa yang sama,
beliau mengimport berjuta-juta tenaga pekerja asing yang buta huruf untuk
menyambung dasar buruh murah di sektor industri berburuh intensif, dan penggantinya
sentiasa menyerap tenaga muda ke perkhidmatan awam membanykkan peluang pekerjaan , demi menyelesaikan
masalah pengangguran di kalangan muda-mudi lepasan institusi pengajian,sampai
80% daripada bajet 2015 dibelanjakan untuk bidang pentadbiran dan tertinggal
20% untuk tujuan pembangunan.
Oleh itu,
negara kita tidak bersungguh-sungguh menjalankan R&D. Pada masa dahulu, pendapatan
Korea lebih rendah berbanding dengan Malaysia, tetapi kerajaannya
mengambil-berat terhadap R&D sains dan teknologi, sekarang telefon bimbit
Samsung dapat bersaing dengan i-phone Amerika Syarikat(AS), kereta Korea
berupaya eksport ke pasaran antarabangsa. Bagaimana dengan Proton, kereta
nasional negara, hanya bergantung pada lindungan kerajaan dan dijual dalam
pasaran dalaman.
Kita dapati, R&D getah asli Malaysia yang terkenalpun,
tanah untuk penyelidikan RRI (Institut Penyelidikan Getah Malaysia) di Sungai
Buloh juga diambil alih oleh kumpulan berkuasa yang tamak untuk dijadikan alat
cepat datang untung membina bangunan
fizikal dan kegiatan biznes. Korporat Korea menentang kerajaannya menyertai
TPPA (transpacific partnership agreement) kerana mereka ada menjalankan R&D
sendiri, dan tidak mahu tunduk kepada korporat
besar Amerika Syarikat serta dikongkong
oleh mereka.
Adalah
dimaklum, daya produktiviti manusia meningkat dengan perkembangan sains dan
teknologi, dan daya ini amat diperlukan
memajukan keadaan kehidupan kebendaan kita. Ekonomi AS dapat mendahulukan
negara lain, berada di barisan hadapan, semata-mata bergantung pada pelaburan
besar di bidang R&D sains dan teknologi. Bagi Jepun, walaupun untuk
seketika mempunyai pencapaian yang mengagumkan, tetapi kerana tidak melabur
besar dalam R&D, akhirnya daya saingan tidak kekal, sudah lebih 20 tahun ekonominya
terjunam ke gaung kemelesetan ekonomi , sehingga kini masih bergelut untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Oleh sebab
perdana menteri Najib mengikut jejak langkah ekonomi Dr Mahahir, sudah pasti dasarnya tidak
memperuntukkan dan menggalakkan perbelanjaan banyak untuk R&D, kecuali PM
Najib mengambil ikhtiar untuk mengubah
arah ekonomi, menitikberatkan usaha meningkatkan daya produktiviti tenaga kerja
Malaysia. Apabila sumber asli Malaysia habis diguna dan dieksploitasi, masa
depan negara ini muram.
Naib
Presiden PRM
Koh Swe Yong
012-2766551
No comments:
Post a Comment