Thursday, October 29, 2015

Pekerja Swasta Dan Awam Harus Menerima Gaji Minima Sama

Kenyataan Media PRM – 29/10/2015

Pekerja Swasta Dan Awam Harus Menerima Gaji Minima Sama

Parti Rakyat Malaysia(PRM) membantah tindakan kerajaan Malaysia yang tidak prihatin kepada pekerja sektor swasta di mana gaji minima hanya akan dinaikkan kepada RM1,000(untuk Semenanjung Malaysia) dan RM920(untuk Sabah dan Sarawak), sementara pekerja sektor kerajaan (atau penjawat awam) gaji minima telah dinaikkan kepada RM1,200. Harus tidak dilupakan bahawa semua pekerja, sama ada swasta atau kerajaan, menyumbangkan tenaga kepada perjalanan dan pembangunan negara.

PRM berpendapat bahawa semua pekerja, tidak kira sama ada mereka bekerja di sektor swasta atau kerajaan, harus mendapat layanan sama dan gaji minima sama.

Ingin juga dinyatakan bahawa pekerja kerajaan kini menikmati bukan sahaja kestabilan kerja yang lebih, tetapi juga menerima bantuan beraneka jenis termasuk COLA(Cost of Living Allowance), tetapi  semua ini tidak dinikmati pekerja swasta. 

Justeru, secara lojik boleh dikatakan bahawa jika pun ada kadar gaji minima berbeda, secara adil gaji minima pekerja swasta sepatutnya lebih tinggi daripada pekerja kerajaan. Kerajaan harus memerlukan majikan swasta  menyediakan skim saperti COLA untuk  membantu pekerja swasta.

Secara tambahan, adalah tidak munasabah mengapa pekerja di Sabah dan Sarawak ditetapkan gaji minima yang kurang berbanding dengan gaji minima pekerja di Semenanjung Malaysia. Ingin dinyatakan, bahawa kos sara hidup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Ini bererti pekerja Sabah dan Sarawak seharusnya menikmati gaji minima sama, kalau tidak  lebih tinggi. Nyatanya kerajaan BN lebih mengutamakan perniagaan dan majikan daripada  pekerja.

Gaji Minima RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak, telah mula dinikmati pekerja mulai tahun 2013, berasaskan Perintah Gaji Minima 2012 yang dikeluarkan pada 16 Julai 2012. Mengikut Akta berkenaan, gaji minima sepatutnya dikaji semula sekurang-kurangnya dua tahun sekali, bererti sepatutnya gaji minima paling lewat sepatutnya bertambah mulai 1 Januari 2015 tetapi kerajaan BN yang tidak prihatin gagal menambahkan kadar gaji minima awal tahun 2015 walaupun kos sara hidup jelas telah bertambah, antara lain kerana tindakan kerajaan BN mengurangkan subsidi, pelaksanaan GST dan kenaikan harga barangan.

PRM juga menuntut agar kerajaan, khususnya Kementerian Kebajikan, menyediakan bantuan kewangan untuk mereka yang kehilangan kerja dan sedang mencari pekerjaan.  Bantuan kewangan ini harus terus disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga mereka dapat kerja baru atau untuk jangka masa sekurang-kurangnya 6 bulan, Bukti usaha mencari kerja wajib untuk melayakkan pekerja mendapatkan bantuan kehidupan ini.  Jumlah bantuan ini harus sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.

Kerajaan yang bertanggungjawab harus memastikan bahawa semua pekerja Malaysia ada mempunyai pekerjaan tetap dan stabil, dan sehingga seseorang pekerja kehilangan kerja berjaya mendapat pekerjaan baru, ianya adalah tanggungjawab kerajaan memastikan bantuan kehidupan diberikan kepada pekerja sekeluarga.

Majikan perniagaan sangat kecil saperti kedai-kedai runcit, restoran dan warong makan, gerai pasar dan pasar tani, kontraktor binaan kecil dan kedai mekanik kereta dan motorsikal  khususnya di bandar dan kampung harus diberikan kelonggaran jika mereka memilih opsyen membayar 50-75% daripada gaji minima, dengan syarat ada skim perkongsian pendapatan/keuntungan perniagaan dengan pekerja, di mana peratusan keuntungan yang harus dikongsi dengan pekerja adalah tidak kurang daripada 40% keuntungan bulanan. Ini adalah kerana kini banyak peniaga kecil tidak mempunyai pendapatan tetap, dan tidak mampu memberi komitmen akan membayar gaji minima pun – tetapi sanggup berkongsi keuntungan dengan pekerja. Niat utama skim sebegini adalah untuk memastikan seberapa boleh pekerja dapat menerima gaji adil, dan majikan perniagaan kecil tidak disusah-bebankan.

PRM berpendirian gaji minima yang wajar harus tidak kurang daripada RM1,500, dan harus dikaji semula dan ditingkatkan setiap tahun. Tindakan menaikkan gaji minima sebanyak RM100 selepas tiga setengah tahun adalah tidak rasional dan 
munasabah.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tel: 012-2766551)

Wednesday, October 14, 2015

人民党:运用政府权力修改过路费合约



14-10-15

人民党:运用政府权力修改过路费合约  

马来西亚人民党总秘书辜瑞荣今天发表文告,强烈反对当局允许大道特许经营公司,提高过路费。

当局完全没有以民为先,协助减轻人民困苦生活,反而采取步骤不断陷人民于更加困苦生活境地,提高过路费达200 仙,给与的理由牵强,无法令人信服,也非常不负责任。

何况用大道的车辆年年都在增加,即使降低过路费,大道公司还是有利可图。

工程部长法迪拉把过路费涨价责任,推给前任政府的做法,就是一个推卸责任的诡辩,极度不负责任。他在辩说,大道涨价与现任政府无关,要怪别怪本政府,骂前任政府吧。

虽然和今天的大道公司签约的是前任政府,但是大家都知道,政府的决定是具体负责的,只要有一个部长反对,任何决定就不能通过,除非不同意者自己辞职或被逼离职,离开内阁。

这个决定才能通过。

现任首相和一些部长也在前任政府当部长,竟然他们有份通过大道私营化政策,难道他们没有责任共同承担这个责任?

权力在政府手里,如果大道私营化合约实施起来对人民大众不利,政府政策以民为先,照顾人民利益,那么可以利用手中权力,修改不利人民条文。如果可以,废除大道收费。

马来西亚人民党相信,国阵政府如果提出检讨并进行修改大道合约,减轻人民负担,必能够在国会获得压倒性支持,也能赢得人民衷心支持。

问题就在于,执政当局能把人民利益摆在第一位?

马来西亚人民党总秘书

辜瑞荣
012-2766551


PRM : Pinda Perjanjian Dengan Syarikat Konsesi Tol Demi Kepentingan Rakyat



Kenyataan Media 14-10-15



PRM : Pinda Perjanjian Dengan Syarikat Konsesi Tol Demi Kepentingan Rakyat


Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat pihak berkuasa tidak harus membenarkan syarikat konsesi tol menaikkan tol.


Apabila  tol dinaikkan, pihak berkuasa tidak menepati slogan rakyat didahulukan, membantu meringankan beban berat   rakyat, sebaliknya melakukan   yang meyusahkan lagi kehidupan umum dengan kadar kenaikan setinggi 200 %, dan sebab diberikan tidak munasabah dan tidak meyakinkan, menonjol sikap pihak berkuasa yang tidak prihatin dan tidak bertanggungjawap.


Maklumlah, kenderaan yang mengguna lebuh raya naik setiap tahun, jika kadar tol diturunkan, syarikat konsesi masih boleh mendapatkan keuntungan.


Menurut laporan berita, Menteri Kerja  Raya Haji Fadillah Yusof berkata, pihak kerajaan yang lepas harus disalahkan. Alasan alihkan  tanggungajawap kenaikan tol kepada pihak kerajaan lepas amat tidak bertanggungjawap, dan ternampak percubaan melepaskan tangan yang perlu dipikul oleh kerajaan kini.


Walaupun apa yang kita alami sekarang adalah ekoran daripada perbuatan kerajaan lepas. Tetapi rakyat juga tahu bahawa keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah tanggungjawap bersama, dan kerajaan sekarang merupakan kesinambungan  kerajaan lepas,  jikalau ada seorangpun  menteri dalam jemaah kabinet tidak bersetuju, keputusan itu tidak akan dilulus, kecuali menteri tersebut meletak jawatan atau dipaksa meninggalkan jemaah menteri, keputusan itu baru boleh dilulus.


Perdana Meneteri dan juga beberapa orang menteri lain berada di jemaah menteri kerajaan yang lepas, dan mereka turut bersama meluluskan keputusan penswastaan lebuh raya,  ini bermakna kerajaan sekarang turut bertanggungjawap terhadap kenaikan tol.


Kuasa pemerintahan adalah dalam tangan kerajaan, kalau perjanjian konsesi tol didapati tidak menguntungkan  rakyat, kerajaan boleh mengguna kuasa yang diamanahkan rakyat untuk meminda mana-mana perjanjian  yang membebankan rakyat. Jika boleh, tol harus dimansuhkan.


PRM yakin, jika kerajaan BN membentangkan supaya perjanjian konsesi tol dikaji dan dipinda, untuk meringankan bebanan rakyat, pembentangan di parlimen akan mendapat sokongan yang kuat, dan pindaan ini  dapat menawan hati jiwa rakyat.


Persoalannya  ialah dapat tak  kepentingan rakyat diletak pada kedudukan pertama?

Koh Swe Yong

Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM)


012-2766551

Friday, October 9, 2015

PRM bantah salahguna SOSMA Tahan Peguam



PRM bantah salahguna SOSMA Tahan Peguam

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah dengan kerasnya penyalahgunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas, SOSMA ) 2012 untuk  menahan peguam Matthias Chang. 

Matthias Chang merupakan peguam bela Khairuddin Abu Hassan yang juga ditahan di bawah SOSMA.

Pihak berkuasa menyalahgunakan SOSMA  terhadap orang perseorangan yang berbeza pendapat dan tidak berpuas hati dengan  pihak berkuasa, dan bertindak membantah secara aman, dalam hal ini, berkaitan dengan skandal 1MDB. 

Apabila pihak berkuasa bertindak menahan Matthias Chang, tindakan ini memperlihatkan pihak berkenaan tanpa segan-silu dan terang-terang membelakangkan semangat pemerintahan undang-undang (rule of law), merampas  hak peguam mewakili anak guamnya yang ditahan serta hak demokratik seorang rakyat menuntut pihak berkuasa menyiasat dengan telusnya, mengumumkan dan menerangkan perkara benar tentang peristiwa yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Sekarang , Majlis Raja-Raja yang tidak bercampur dalam hal politik juga meluahkan kebimbangan dan kegelisahan tentang 1MDB, dan mengeluarkan kenyataan supaya siasatan  1MDB dipercepatkan, jika perkara 1MDB tidak diselesaikan dengan memuaskan dan cepat, dikhuatiri  kepenitngan rakyat dan negara  akan terjejas oleh perkembangan negatif 1MDB.

Walaupun semasa SOSMA digubal dan dibentangkan, pihak berkuasa dengan panjang lebar menjanjikan bahawa SOSMA hanya diguna untuk membanteras pengganas, tidak diguna untuk individu yang berbeza pendapat.

Akan tetapi, tidak lama selepas SOSMA dikuatkuasakan , kita nampak, pihak  berkuasa menggunanya menahan anggota UMNO Khairuddin Abu Hassan yang berbeza pendapat dengan pihak UMNO atasan. 

Beliau membuat laporan polis dalam negeri dan di luar negeri, kerana hendak skandal 1 MDB disiasat. 

SOSMA juga diguna untuk menahan peguan belanya Matthias Chang. Selain membuat laporan dalam negeri, Khairuddin juga membuat laporan di Switzerland, Britain, Hong Kong dan Singapura. Beliau dilarang ke luar Negara, iaitu sebelum hendak ke Amerika Syarikat membuat laporan. 

Peguam yang menemaninya Matthias dilarang sekali ke luar negara dan ditahan dibawah SOSMA semalam.   

Perkembangan skandal 1MDB dengan dirinya mendedahkan, SOSMA mengganti Akta Keselamtan dalam Negeri (ISA), dan turut disalahguna seperti ISA, yang bezanya hanya nama. 
 
Oleh itu, pihak polis  masih boleh membuat tangkapan, tetapi dari had masa tahanan 60 hari dipendekkan menjadi 28 hari. 

Ini sebenarnya tempoh tahanan yang hendak dipinda sebelum pemansuhan ISA diterima. Pada tahun 1960, semasa ISA mula digubal dan dilulus dan kuatkuasa, tempoh tahanan pihak polis ialah 28 hari.

Dapat dijangka, apabila keadaan dalam negara kian runcing kerana rakyat tidak berpuas hati dengan kehidupan yang menghimpit,  akan berlakunya rakyat yang membantah secara aman dan menuntut perubahan ditahan, seterusnya kemungkinan ditahan bertahun-tahun panjang tanpa bicara di bawah SOSMA, seperti ISA diguna untuk melenyapkan pengkritik –pengkritik termasuk penjenayah.

PRM membantah pelaksanaan SOSMA dan penahanan tanpa bicara. Untuk mengelak lebih ramai rakyat menjadi mangsa SOSMA pada masa akan datang, SOSMA dan seberang undang-undang yang peruntukkan tahanan tanpa bicara harus dimansuh.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM


09-10-15