PRM juga mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU
KUALA
LUMPUR 20 Jan.- Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyindir tindakan Pakatan
Harapan yang mencalonkan seorang individu yang sudah berusia 92 tahun
sebagai Perdana Menteri sementara, seolah-olah gabungan itu tiada calon
lain.
Presidennya, Ariffin Salimon berkata,
adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mencalonkan seseorang bagi
mengisi jawatan tersebut sebelum mengetahui pihak yang akan menang dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
“Kalau macam itu, jika kami (PRM) menang, kami
pun berhak menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu
Pejabat PRM, di sini hari ini.
Dalam sidang
akhbar itu, Ariffin juga mengumumkan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha akan menyertai PRM dan beliau akan
bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan dan Dewan Undangan Negeri ( DUN)
Teratai dalam PRU--14 ini.
Selain itu kira-kira 40 bekas ahli PKR Bahagian Klang juga mengumumkan untuk menyertai PRM. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment