70 Ahli PKR kecewa dengan Tun M sertai PRM
KUALA
LUMPUR 27 Jan. - Kecewa dengan pemilihan Tun Dr. Tun Dr. Mahathir
Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara, seramai 70 ahli PKR
Klang, Kota Raja dan Selayang bertindak keluar dari parti itu dan
menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini.
PRM juga menjangkakan lebih ramai lagi ahli PKR yang akan keluar parti tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14).
Bekas Ketua Biro Aduan Selangor, M. Telaiamblam
yang baharu menyertai PRM itu mempersoalkan kredibiliti dan rasional
PKR memilih Tun Dr. Mahathir dengan mengetepikan ahli-ahli lain yang
bersama parti itu sejak penubuhannya.
“Saya
membantah sekeras-kerasnya pemilihan Tun M sebagai calon Perdana
Menteri sementara. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengapa
kami (kaum India) terpinggir di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar
di Ibu Pejabat PRM di sini hari ini.
Turut hadir bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang baharu menyertai PRM minggu lalu.
Sebelum
ini PRM mengumumkan yang beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen
Pandan dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Teratai dalam PRU-14 ini.
-UTUSAN ONLINE
70 Ahli PKR keluar parti protes Dr Mahathir jadi calon PM pembangkang
pada 27-01-2018 01:01
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 70 orang ahli PKR Klang, Kota Raja dan
Selayang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Parti Rakyat
Malaysia (PRM) selepas kecewa dengan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).
Bekas Ketua Biro Aduan PKR Selangor, M. Telaiamblam yang baru sahaja
menyertai PRM mempersoalkan rasional PKR menyokong Dr Mahathir -
individu yang beliau dakwa benyak mendatangkan kecelaruan dalam negara
sepanjang 22 tahun memerintah negara.
“Saya membantah sekeras-kerasnya pemilihan Tun M sebagai calon Perdana
Menteri sementara. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengapa
kami (kaum India) terpinggir di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar
di Ibu Pejabat PRM di sini hari ini.
Turut hadir bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang juga menyertai PRM minggu lalu.
Sebelum ini PRM mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi kerusi
Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri
pembangkang, semakin banyak protes malah dialog demi dialog diadakan
yang kebanyakannya mempersoalkan kewajaran ahli politik veteran berumur
92 tahun kembali dilantik ke jawatan itu.
Biarpun pimpinan tertinggi PH berulang kali menyatakan Dr Mahathir
adalah calon perdana menteri sementara, sehingga calon utamanya, Datuk
Seri Anwar Ibrahim bebas daripada penjara, ahli akar umbi serta golongan
yang menggerakkan reformasi pada 1999 tetap tidak gembira dengannya.
Malah banyak pihak melihat Dr Mahathir sebagai liabiliti kepada PH
sementelah terpaksa menepis, menjawab serta mempertahankan Pengerusi
PPBM itu yang sebelum ini menerima jolokkan 'pemimpin kuku besi',
'Mahazalim', 'Mahafiraun' dan juga 'diktator'. - AntaraPos, 27/1/2018
No comments:
Post a Comment