Kenyataan akhbar
Presiden PRM – Sdr Ariffin Salimon
20/1/2018
Parti Rakyat Malaysia (PRM) merupakan salah satu parti politik tertua di negara kita. PRM juga parti politik berbilang kaum yang masih kekal bergiat sejak ditubuhkan pada 11 November 1955. Pengasas ialah Ahmad Boestamam, pejuang kemerdekaan dan rakyat.

PRM berpengaruh dan mendapat sambutan rakyat
kerana berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi
memperjuangkan kebajikan rakyat dan
negara. Cita-cita inilah yang menjadi
daya dorongan kuat kepada anggota
berkorban demi rakyat.
Oleh
sebab itu, sepanjang perjuangan PRM sejak ditubuhkan, PRM ditekan, dimomok
dan ditahan di bawah Akta Dharurat 1948
dan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960).
Sejak
peristiwa 2.13 iaitu bantahan raksasa PRM dan Parti Buruh terhadap melanjutkan
tempoh tahanan 2 tahun Ahmad Boestamam di bawah ISA, pengaruh PRM makin
kecil, keanggotaannya mengurang,
tetapi semangat memperjuangkan kebajikan
rakyat kental.
Setelah
60 tahun merdeka, negara kita memasuki
era yang sesuai untuk PRM memperluas pengaruh. Rakyat makin insaf. Rakyat
hendak perubahan.
Pagi
ini, PRM mengadakan sidang media untuk mengumumkan dan mengalu-alukan kemasukan
Sdri Jenice Lee Ying Ha menyertai dan bergiat bersama PRM.
Dengan
kemasukan sdri Lee Ying Ha dan kemasukan anggota baru di negeri Kedah dan Pulau
Pinang belakangan ini, pengaruh PRM berkembang dari utara ke tengah
Semenanjung. PRM akan kembali berpengaruh di seluruh negara.
Kami
percaya, selepas ini ada lagi rakyat Malaysia yang bercita-cita berjuang untuk
rakyat dan negara akan menyertai PRM. PRM akan bertanding dalam PRU akan
datang. PRM akan menjadi parti
pemerintah.
Kenyataan akhbar Setiausaha Agung PRM – Sdr Koh Swe Yong
20-01-2018
2) Memperkenalkan Jenice Lee:
2) Memperkenalkan Jenice Lee:
Hari ini kita amat bangga kerana sdri Jenice Lee dan anggota baru menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM), memilih platform PRM berkhidmat untuk rakyat.
PRM
mengalu-alukan sesiapa yang progresif,
berjiwa rakyat untuk bersama membina Malaysia Baru, cita-cita perjuangan PRM.
Sdri
Jenice Lee ialah bekas ADUN Teratai pada tahun 2008-2013. Beliau pada masa itu
juga merupakan pembantu EXCO Jabatan Belia & Sukan di Selangor. Beliau graduan dari Universiti Sydney, Australia dan
belajar politik, ekonomi dan Hubungan Antarabangsa (Economics, Politics &
International Relationship).
Sdri
Jenice Lee merupakan ahli politik yang
amat istimewa dan berjiwa rakyat,
selalu bergaul dan mengambil berat akan susah payah orang
ramai. Selain itu, Sdri Lee mengadakan
pelbagi kempen menjaga alam sekitar di peringkat negeri Selangor semasa beliau
menjadi pembantu EXCO. Beliau telah
berjaya mempromosikan Kebudayaan &
Kesenian di kalangan orang muda dengan mengadakan majlis penghargaan yang
dinamakan “Selangor Young Talent Awards”. Di peringkat nasional beliau
bersama-sama dengan ahlinya memperjuangkan hak-hak rakyat.
Ini
adalah luar biasa bagi seorang wanita muda yang begitu aktif dalam
berkhidmat untuk rakyat . Penyertaan beliau ke PRM adalah satu aset bagi parti
dan juga rakyat, petanda baik bahawa perjuangan
PRM semakin mendapat sambutan dan keyakinan rakyat.
Sdri Jenice Lee dilantik Setiausaha PRM Selangor, saya Pengerusi dan Sdr Sharifuddin Shaari naib pengerusi PRM Selangor. Kami yakin, dengan kekuatan kita, orang ramai akan memberikan sokongan yang kuat kepada PRM.

Kini
PRM menyusun semula strategi parti dan
akan memasuki pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kesedaran rakyat yang
kian meningkat, sokongan kepada PRM akan
makin naik. Cita-cita Parti untuk membina Malaysia Baru Demi Rakyat akan menjadi realiti dengan sokongan rakyat.
Rakyat
telah kecewa dengan BN & PH kerana
mereka hanya mementingkan sendiri dan mendatangkan pelbagai masalah ekonomi,
sosial, perpecahan dan ketidak-harmonian masyarakat .
Pengumuman
calon.
Dengan sukacitanya kita mengumumkan sdri. Jenice Lee akan mewakili PRM bertanding di Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam PRU-14.
Dengan sukacitanya kita mengumumkan sdri. Jenice Lee akan mewakili PRM bertanding di Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam PRU-14.
20th Januari 2018, Petaling Jaya.
Kenyataan Akhbar oleh Jenice Lee atas penyertaannya
dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Dengan segala hormatnya, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM)!
Saya berasa amat gembira dan bangga dapat menjadi ahli PRM dan akan bekerjasama dengan pimpinan PRM dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU-14) yang boleh diadakan bila-bila masa.
Saya berkeyakinan PRM dapat membawa perubahan lanskap politik di Malaysia kerana ia merupakan sebuah parti politik yang berprinsip dan betul-betul memperjuangkan hak-hak rakyat untuk memastikan adil and saksama pada setiap kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa atau kedudukan.
Selaras dengan kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh pimpinan parti, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya, terutamanya dalam mempromosikan visi dan misi parti. Selain itu, saya berasa party ini lebih dekat dengan rakyat. Lanjutan daripada itu, kita bertekad menarik lebih ramai orang yang bersetuju dengan objektif dan prinsip perjuangan parti untuk menganggotai PRM. Bersama dengan ahli dan sukarelawan, kita membentuk jentera pilihanraya yang kompeten dalam masa yang terdekat untuk bergerak bersama-sama dalam pilihanraya yang akan datang.
Sudah sekian lama saya berkecimpung dalam bidang politik. Ketika zaman muda, saya merupakan pemimpin mahasiswa yang giat menyertai gerakan reformasi pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, tahun 2000, saya menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP). Saya dipilih sebagai ADUN Teratai (Selangor) pada tahun 2008.
Saya pernah menjawat Timbalan Pengerusi Pemuda DAP (DAPSY) dan menang dalam pilihan parti DAP negeri Selangor dengan memperolehi undi tertinggi. Walau bagaimanapun, saya difitnah terlibat dalam salah laku dan rasuah oleh seorang pemimpin kanan DAP sebelum PRU-13, sampai hari ini tiada bukti yang kukuh dikemukakan. Oleh yang sedemikian, saya bertanding atas tiket bebas pada PRU-13.
5 tahun kebelakangan ini, saya telah menubuhkan NGO dan aktif berkhidmat di kawasan Pandan dan Teratai secara sukarela. Jesteru itu,penduduk di kawasan tersebut masih mengenali dan menaruh keyakinan
terhadap saya.
xxxxxxxxxxx
Sehubungan dengan itu, kita memerlukan penglibatan sukarelawan dalam
pilihanraya akan datang. Sila hantarkan e-mel kepada kami di
prmselangor@gmail.com atau mesej melalui whatsapp 013-881 0422 dan kemukakan nama, alamat serta numbor telefon anda supaya petugas kami dapat menghubungi anda.
Orang ramai juga boleh berinteraksi dengan kita melalui https://www.facebook.com/leeyingha

Press
Statement by Jenice Lee on her participation in the People's Party Malaysia
(PRM)
20 Januari
2018 PRM HQ Petaling Jaya
With all due respect, I would like to announce that I have
joined Parti Rakyat Malaysia (PRM)!
I am very happy and proud to be a member of PRM and will work
with PRM leaders to face of the general election (GE-14) which can be held at
any time now.
I am confident that PRM can bring about a change in the
political landscape in Malaysia as it is a principled political party that has fought
for the rights of the people to ensure fairness and equality in every group of
people regardless of race or position.
In line with the trust given to me by the party leadership, I
will do my best to carry out the duties and responsibilities entrusted,
especially in promoting the party's vision and mission. I feel this party is
closer to the people. We are determined to attract more people who agree with
the objectives and principles of the party's struggle to become PRM members.
Together with members and volunteers, we form a competent electoral machinery
in the near future to move together in the upcoming elections.
I have been in politics for a long time. During my youth, I was
a student leader and I joined the reform movement in 1998. Two years later, in
2000, I joined the Democratic Action Party (DAP). I was elected Teratai State
Assemblywoman (Selangor) in 2008.
I have been the Deputy Chairman of the DAP Youth (DAPSY) and won
the Selangor DAP party election with the highest votes. However, I was accused
of being involved in misconduct and corruption by a senior DAP leader just
before GE-13. Till this day no concrete
evidence was raised against me. As such, I competed on a free ticket during
GE-13.
Over the past 5 years since DAP discarded me over the said
untrue allegations, I have set up NGOs and I have been actively serving in the
Pandan and Teratai areas on a voluntary basis. Residents in the area still know
me and trust me.
Jenice Lee
20th January 2018, Petaling Jaya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Accordingly, we need the support and involvement of volunteers
in the coming elections. Please email us at prmselangor@gmail.com or message
through whatsapp 013-881 0422. Please
state your name, address and phone number so our staff can contact you.
People can also interact with us via
https://www.facebook.com/leeyingha
No comments:
Post a Comment