Wednesday, May 27, 2015

PRM : Ambil Tindakan Tegas Banteras Pemerdagangan Manusia

27-05-15

PRM : Ambil Tindakan Tegas Banteras Pemerdagangan Manusia


Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru  kerajaan BN supaya dengan tegas mengambil tindakan sewajarnya untuk membanteras kegiatan sindiket pemerdagangan manusia, membendung selama-lamanya penyeludupan pendatang asing  tanpa izin seperti pendatang  Rohingya dan Bangladesh masuk ke Malaysia, tidak membenarkan warga asing tersebut memasuki Malaysia secara haram, serta menyiasat sedalam-dalamnya penglibatan kakitangan kerajaan  terlibat dan menghukum kesemua mereka.


Berita yang mengejutkan mendedahkan  bahawa terdapat 139 kubur dan kem  penempatan  sementara manusia yang diperdagang  ditemukan  dalam hutan belantara negeri Perlis bersempadan dengan Thailand , bahkan sudah wujud selama 2 tahun, membuktikan kecaman dan kritikan antarabangsa bahawa Malaysia tidak bersungguh-sungguh membanteras kegiatan pemerdagangan manusia adalah benar, bukannya sembarangan tuduhan yang direka.


Pada hakikatnya, NGO bergiat dalam  aktiviti hak manusia  pernah mengkritik aktiviti pemerdagangan manusia, dan PRM juga mendapat matlumat yang  menunjukkan pendatang asing tanpa izin boleh dengan mudahnya keluar masuk melalui sempadan Malaysia dan Thailand atau di sepanjang perairan Malaysia.Ini mungkin menggambarkan sebabnya  begitu  ramai orang Rohingya dan Bangla berpusu-pusu hendak ke Malaysia, Thailand dan Indonesia melalui lautan. Memauski  negara ini merupakan perkara yang mudah sekali.


Berita tersebut telah diketahui umum  bahawa Malaysia adalah negeri memerdangankan manusia. Perkara ini amat memalukan, merosakkan nama baik negara, pada masa yang sama mendedahkan wujudnya kelemahan dan kebocoran pertahanan negara,  kawalan keselamatan  tidak rapi, anasir-anasir penjenayah lain boleh dengan mudah keluar masuk sempadan Malaysia untuk melakukan  jenayah, keselamatan menjadi masalah besar, dan terdapat sebahagian pegawai awam demi kepentingan diri, menyalahguna kedudukan mereka. Dengan kata lain, pihak berkenaan tidak melaksanakan tugas dengan sempurna, tidak menjaga anak buahnya dengan baik.


Untuk  memulihkan nama negara yang tercemar, menghapuskan rasuah dan salahguna kuasa di kalangan kakitangan kerajaan, memupuk keselamatan masyarakat yang baik, membendung pendatang asing tanpa izin dan pelarian berleluasa, pihak berkuasa perlu menyiasat bersungguh-sungguh kegiatan pemerdagangan manusia, menghancurkan sindiket jenayah ini, menghukum penjenayah terlibat, mengemaskan jabatan kerajaan berkaitan, membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, meningkatkan kawalan sempadan, untuk mencegah masalah yang sama berulang apabila suasana dan keadaan yang mengejutkan tersebut  reda.


Setiausaha Agung



Koh Swe yong

012-2766551

No comments: