Perlu
Pertahanan Sempadan yang Menyeluruh untuk Sabah Timur
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengkritik bahawa peristiwa
penculikan 2 orang pada petang 7.45 Mei 14 di sebuah restoran makanan laut,
Ocean King, di Sandakan Sabah,
menyerlahkan ketidak-cukupian profesionalisme
pihak berkuasa yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan tersebut . Pihak berkenaan tidak
berfikiran secara menyeluruh dan
mendalam tentang ancaman yang serius
daripada anasir-anasir bersenjata Filipina Selatan terhadap rakyat Pantai Timur Sabah, bahkan terhadap seluruh
Sabah.
Perintah berkurung yang dikuatkuasakan dan dilanjutkan di
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(ESSCOM)dari 7.00 petang ke 5.00 pagi meliputi perairan laut bermula dari 3
batu nautika ke kawasan perairan bersempadan dengan Filipina Selatan, menunjukkan pihak berkenaan
tidak bervisi jauh, dan tidak menjangka bahawa setelah berkali-kali anasir
bersenjata Filipina Selatan mengecapi kemanisan madu, anasir ini akan
mencerobohi dan melakukan penculikan di
perairan laut dari pantai ke 3 batu nautika atau atas daratan. Ini boleh
dikatakan pihak berkenaan lalai dan bertindak dengan tidak memuaskan.
Selain itu, menteri dalam negeri dan menetri pertahanan kerajaan pusat harus juga bertanggung
terhadap berlakunya peristiwa penculikan Sandakan. Walaupun anasir bersenjata
Filipina Selatan berkali-kali melakukan penculikan pada masa dua tahun yang lalu, menteri-menteri
berkenaan tidak memberikan penyelesaian
yang lengkap serta membekalkan pelengkapan senjata yang sempurna, mempertahankan Pantai Timur Sabah,
untuk menangani pencerobohan dan penculikan bersenjata dari luar negara,
menjaga keselamatan khalayak umum, sehingga lah Ketua Menteri Sabah pun tidak sabar dan berteriak “cukuplah kami
harungi”, dan menuntut supaya kerajaan pusat menambah bekalan kelengkapan
pertahanan, helikopter penyerang dibekal
untuk menyerang mana-mana pencerobohan
bersenjata.
PRM berpendapat bahawa pihak berkuasa yang
dipertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat harus menambah-baikkan daya-upaya
profesionalisme mereka kerana keadaan dan suasana masyarakat di dalam dan di
luar negeri makin hari makin rumit dan
kompleks, ketagihan mengguna Akta Hasutan atau Akta Tahan
Tanpa Bicara terhadap mereka yang
berpendapat berlainan (dessidents) daripada elit berkuasa, akan menyebabkan hilangnya keinginan untuk meningkatkan daya
profesionalisme, dan seterusnya tidak dapat memberikan perkhidmatan keselamatan
yang cemerlang dan bermutu tinggi kepada rakyat, mempertahankan rakyat supaya
bebas daripada ancaman peny erangan dan penculikan anasir bersenjata Filipina Selatan atau
penjenayah lain seperti peragut dan penyamun.
Setiausaha Agung PRM
Koh Swe Yong
012-2766551
No comments:
Post a Comment