Kenyataan Media - 23/7/2015
Langkah Melarang
Pengkritik 1MDB ke Luar Negara Silap
Mencabul Semangat Demokrasi
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengkritik pihak berkuasa
membuat kesilapan dengan langkah melarang pengkritik 1 MDB ke luar negara terhadap 11 orang termasuk wakil rakyat,
pengusaha media, aktivis sosial dan lain-lain.
Perbuatan pihak berkuasa menyekatk hak kebebasan bergerak
pengkritik , melarang mereka ke luar negara, serta menyatakan bahawa ada usaha
tertentu hendak menumbangkan kerajaan telah melanggar semangat demokrasi, tidak
menjawap dan menyelesaikan keraguan dan polimik isu 1MDB.
Langkah tersebut tidak akan melenyapkan kritikan dan
keraguan rakyat, bahkan akan menaikkan ketidakpuasan rakyat, tidak membantu
usaha kerajaan UMNO-BN mencuba membina semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan , sebaliknya langkah itu
akan menyebabkan rakyat percaya, dalam isu 1MDB, pihak berkuasa ada sesuatu
hendak disembunyikan. Larangan warganegara ke luar negara hanya menunjukkan
sikap tidak demokratik kerajaan dengan menyekat kebebasan hak rakyat memperoleh
maklumat . Dengan demikian, pihak berkuasa mencuba mengalihkan tumpuan rakyat
terhadap masalah 1MDB, melemahkan krititkan dan pihak yang membangkang.
Oleh sebab isu 1MDB melibatkan kepentingan rakyat dan
negara, wakil rakyat, pengusaha media
atau aktivis sosial atau sesiapapun berhak untuk mendesak pihak berkuasa menjelaskan dengan segera. Antara mereka yang
dilarang ke luar negara menyerahkan maklumat berkaitan kepada petugas khas
penyiasatan, menolong dalam penyiasatan.
Sebagai kerajaan yang terbentuk melalui pilihan raya umum,
jika dasar-dasar atau perbuatannya bercanggah dengan kepentingan rakyat, rakyat
berhak untuk mengkritik dasar dan perbuatan kerajaan pilihan itu, bahkan boleh
mendesak kerajaan yang terbentuk dan dipilihnya untuk berundur. Desakan sebegini adalah munasabah dan amalan
demokratik. Jika rakyat mengkritik,
kerajaan memerintah mesti hendak dengar dan membalas, serta respons terhadap
kritikan, memberikan penjelasan, supaya kritikan itu diselesaikan, bukannya
dengan cara merampas hak demokrasi rakyat, menyapu sampah ke bawah permaidani.
Oleh itu, PRM mendesak kerajaan UMNO-BN menarik balik
larangan bergerak ke luar Negara, memulihkan hak kebebasan bergerak, serta
memberikan jawapan yang memuaskan supaya apa-apa keraguan yang timbul dalam
polimik 1MDB dijawap dan dihentikan dengan segera.
Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia
Koh Swe Yong
No comments:
Post a Comment