Tuesday, November 15, 2011

PRM tetap mahu rampas tiga kerusi PKR (Malaysiakini)

Tajuk berita adalah keputusan pihak media, dan boleh mengelirukan pembaca. Apa yang berlaku adalah pernyataan PRM niat mereka bertanding dalam pilihanraya akan datang menentang Barisan Nasional - dan bukan untuk menentang PKR. PRM memilih kerusi yang bakal ditandingi berasaskan sejarah kerja parti di kawasan terbabit dan sokongan, serta juga wujudnya calun sesuai untuk kawasan tersebut.


PRM tetap mahu rampas tiga kerusi PKR
Parti Rakyat Malaysia (PRM) menegaskan mempunyai hak demokratik untuk bertanding di tiga kerusi yang kini dikuasai PKR dalam pilihan raya umum akan datang; dan sekiranya Pakatan Rakyat menolaknya, itu "masalah mereka".

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffin"Sekiranya pembangkang tidak bersedia berunding, itu masalah mereka," kata Presiden PRM Rohana Ariffin.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan".

Parti itu semalam mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka pilihan raya umum yang dijangkakan seawal tahun depan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti berkenaan dan BN. - Malaysiakini, 15/11/2011, PRM tetap mahu rampas tiga kerusi PKR

No comments: