Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru pengundi Kawasan DUN Manek Urai memberi sokongan sepenuhnya kepada calon PAS , Abe Uji, dalam pilihan raya kecil (PRK) ini.
Barisan Nasional (BN) khususnya pemimpin UMNO kini banyak bercakap tentang nasib dan kepentingan “ rakyat ”, misalnya “kalau kami tidak berubah, rakyat akan mengubah kami”.
Kepimpinan ini juga mencuba sedaya upaya memperlihatkan kelainan dalam tindak-tanduk mereka dengan perubahan. Walaupun pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan BN diterajui oleh pemandu baru , tetapi pemandu ini bukan muka baru. Kepimpinan baru ini mempunyai rekod trafik yang kurang baik.
Pada keseluruhannya, perbezaan dan perubahan baru dalam stail kepimpinan itu sebenarnya tidak membawa manfaat dan faedah bernas kepada rakyat jelata. Mereka hanya gimmik politik untuk mempakej imej UMNO- BN dalam pakejing baru untuk menutup pekong dan nanah mereka. Dengan demikian, mereka hendak menawan balik kepercayaan dan sokongan rakyat negara ini terhadap mereka.
Tindakan terbaru BN-UMNO memansuhkan PPSMI menunjukkan dasar yang digubal hanya oleh seorang tokoh UMNO itu sahaja tidak berfaedah langsung kepada rakyat dan negara. Dasar PPSMI sepatutnya ditolak pada peringkat disebut-sebut , tetapi oleh sebab pemimpin UMNO sekarang ini hanya menjaga kedudukan dan kepentingan diri mereka dalam cabinet pada ketika dasar itu dibentangkan. Mereka tidak ada perkataan “kepentingan rakyat” dalam kamus mereka, mereka pun menyokong penuh dasar yang kemudiannya dibantah dan ditentang kuat oleh kebanyakan rakyat negara ini.
Pada pendapat PRM, rakyat perlu berwaspada kerana walaupun telah diumumkan PPSMI dimansuhkan, tetapi pemansuhannya hanya berkuatkuasa pada tahun 2012, iaitu tarikh itu jatuh pada PRU ke-13. Apa-apa boleh berlaku dalam masa ini. Rakyat perlu juga bertanya, kenapa pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa dan Bahasa ibunda tidak dimulakan pada tahun depan di darjah satu?
Oleh itu, pengundi Manek Urai harus menolak calon UMNO-BN sama sekali dalam PRK ini supaya UMNO-BN tidak lagi pandai-pandai bermain gimmik politik.
Yang benar,
Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
012-2766551
No comments:
Post a Comment