Sunday, February 24, 2008

Bila PRM ukur baju ikut...



Bila PRM ukur baju ikut...

KEPUTUSAN Parti Rakyat Malaysia (PRM) meletakkan dua calon bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu calon di Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum Ke-12 wajar dihormati.

Namun apabila Setiausaha Agung PRM, S. K. Song meletakkan sasaran hendak ‘mencuri’ salah satu kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Stulang dan Johor Jaya, rasanya dunia hendak terbalik!

Cukuplah jika PRM mahu meletakkan calon tetapi janganlah terlalu ghairah mahu mendapat kerusi kerana satu dunia tahu Johor kubu Barisan Nasional (BN) paling utuh.

Apa pun, segalanya boleh berlaku.

Mana tahu peristiwa calon Pas menang kerusi DUN Senggarang disebabkan kesilapan teknikal calon BN pada Pilihan Raya Umum 2004 boleh berlaku kepada calon PRM.

No comments: