Wednesday, May 2, 2018

Kenyataan PRM Sempena Hari Buruh Antarabangsa 1 Mei 2018





30-4-2018

KENYATAAN PRM SEMPENA HARI BURUH ANTARABANGSA 1 MEI 2018

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengucapkan salam sejahtera dan selamat bekerja kepada kaum pekerja serta kelurganya sempena Hari Buruh Antarabangsa 1 Mei 2018, semoga pekerjaan terjamin pada satu tahun akan datang.

Para pekerja sedang menghadapi kehidupan terhimpit akibat kenaikan harga barang yang mendadak . Kenaikan gaji tidak setimpa dengan kenaikan harga barang. Oleh itu, pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga seharian.

Keadaan memburukkan apabila majikan mengamal contractor for labour system dan mengoutsourcekan pekerjaan kepada kontraktor atau mengupah pekerja  tempoh singkat (short term employment), Sistem ini dengan seriusnya menafikan hak pekerja menikmati pendapatan yang tetap sampai bersara, menafikan kebajikan pekerja, seterusnya menjadikan pendapatan pekerja dan keluarganya tidak tetap, menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing tak tentu arah. Layanan terhadap pekerja tidak adil dan saksama.

Lagipun, dasar buruh negara  selama ini melaksanakan dasar buruh murah ( Cheap labour policy), dan majikan beramai-ramai mengupah pekerja asing yang diizinkan dan juga tidak diizinkan. Dasar ini  merendahkan pendapatan dan peluang pekerjaan pekerja tempatan, khususnya buruh. Pemindahan syarikat  pembuatan asing dari Negara ini juga ada kesan buruk kepada pekerja tempatan. 

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru pihak berkuasa merangka satu dasar untuk meningkatkan daya produktiviti dan pendapatan pekerja kita, menghentikan amalan sistem  kontraktor untuk pekerjaan, melaksanakan sistem pekerjaan regular atau tetap, supaya pendapatan pekerja dan keluarganya tetap dan kehidupan yang stabil dan terjamin hingga bersara.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
0122766551

No comments: