Tuesday, January 5, 2016

PRM hendak pihak berkuasa segera hentikan perlombongan bauxite



Kenyataan Media - 5/1/2016
 
PRM hendak pihak berkuasa segera hentikan perlombongan bauxite 

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hendak kerajaan Pusat dan Negeri Pahang  bertindak dengan segera , menerima pendapat, hasil kajian  dan cadangan orang ramai, pakar dan ahli sains , menghentikan aktiviti perlombongan bauxite  yang beroperasi tanpa kawalan di kawasan Kuantan Pahang.  

Menurut laparan berita, apa perlunya menteri pusat dan mentri besar bermesyuarat untuk membincangkan dan menilai  kesan kerosakan dan kebahayaan yang buruk dan serius perlombongan tersebut terhadap kesihatan  orang ramai, kerosakan dan  keselamatan jalan, sumber air, rantai makanan, kehidupan nelayan dan alam sekitar?

Masalah perlombongan bauxite  ini telah lama timbul dan menghantui selama setahun. Banyak pihak termasuk penduduk dan orang ramai  yang dikacau-ganggu oleh kesan buruk,  serta pertubuhan dan media ,  telah bersuara menarik perhatian dan  membantah kepada pihak berkuasa dan bertanggungjawap, menyeru pihak berkenaan mengambil-berat serta bertindak.

 Bukti dan gambar tentang kawasan Kuantan dan tapak pelabuhannya yang bertukar wajah menjadi muka merah, air sungai dan laut juga merah dipapar, dan terbaharu ada pakar dan saintis telah menjalankan kajian dan sediakan laporan untuk pihak berkuasa, menjelaskan masalah dan kesan buruk dan negatif yang dibawa oleh perlombongan bauxite, meminta tindakan segera diambil menghentikan aktiviti perlombongan, disertakan cadangan untuk mebaiki keadaan dan  mengawal operasi, menuntut pengusaha mematuhi peraturan yang sedia ada supaya melombong bauxite dijalankan secara teratur,  keselamatan dan kesihatan dijaga, supaya tidak membahayakan penduduk dan merosakkan alam sekitar. 

PRM amat hairan, kenapa pada ketika pihak berkuasa menggalakkan teknologi hijau, melindungi alam sekitar, pada masa yang sama tidak nampak akan  kegiatan ekonomi yang merosakkan dan membahayakan kehidupan penduduk dan alam sekitarnya, seperti perlombongan bauxite di Bukit Goh Kuantan  dan membenarkan pembukaan Syarikat Lynas, tidak menghiraukan pendapat umum, dan kebajikan rakyat tidak didahulukan, sentiasa bersikap menafikan wujudnya kesan buruk, Jika pihak berkuasa masih tidak mentransformasi sikap dan fikiran ini, sampai bilakah  negara dan masyarakat ini mencapai wawasan?

PRM hendak tegaskan, sebagai pihak diamanahkan untuk memerintah negara, harus peka pihak ini akan isu-isu berkait rapat dengan kehidupan rakyat, rakyat harus didahulukan,   dan berdasarkan prinsip tidak merosakkan dan merugikan rakyat dan alam sekitar, membenarkan pengusaha beroperasi secara terkawal dan dengan cara yang selamat yang diamalkan di merata dunia, menerima suara umum, dan mengawasi kerja melombong dengan tegas. Jika tidak, perlombongan tersebut harus dihentikan terus. 

Bagi PRM, Kesihatan dan kebajikan orang ramai dan alam sekitar adalah lebih penting daripada wang.


Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551

No comments: