27-05-15
PRM : Ambil Tindakan Tegas Banteras
Pemerdagangan Manusia
Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru kerajaan BN supaya dengan tegas mengambil
tindakan sewajarnya untuk membanteras kegiatan sindiket pemerdagangan manusia,
membendung selama-lamanya penyeludupan pendatang asing tanpa izin seperti pendatang Rohingya dan Bangladesh masuk ke Malaysia,
tidak membenarkan warga asing tersebut memasuki Malaysia secara haram, serta
menyiasat sedalam-dalamnya penglibatan kakitangan kerajaan terlibat dan menghukum kesemua mereka.
Berita yang
mengejutkan mendedahkan bahawa terdapat 139 kubur dan kem penempatan
sementara manusia yang diperdagang ditemukan dalam hutan belantara
negeri Perlis
bersempadan dengan Thailand , bahkan sudah wujud selama 2 tahun,
membuktikan
kecaman dan kritikan antarabangsa bahawa Malaysia tidak
bersungguh-sungguh
membanteras kegiatan pemerdagangan manusia adalah benar, bukannya
sembarangan tuduhan
yang direka.
Pada hakikatnya, NGO bergiat dalam aktiviti hak manusia pernah mengkritik aktiviti pemerdagangan manusia,
dan PRM juga mendapat matlumat yang menunjukkan pendatang asing tanpa izin boleh
dengan mudahnya keluar masuk melalui sempadan Malaysia dan Thailand atau di
sepanjang perairan Malaysia.Ini mungkin menggambarkan sebabnya begitu
ramai orang Rohingya dan Bangla berpusu-pusu hendak ke Malaysia, Thailand
dan Indonesia melalui lautan. Memauski negara
ini merupakan perkara yang mudah sekali.
Berita tersebut telah
diketahui umum bahawa Malaysia adalah negeri memerdangankan
manusia. Perkara ini amat memalukan, merosakkan nama baik negara, pada
masa
yang sama mendedahkan wujudnya kelemahan dan kebocoran pertahanan
negara, kawalan keselamatan tidak rapi, anasir-anasir penjenayah lain
boleh
dengan mudah keluar masuk sempadan Malaysia untuk melakukan jenayah,
keselamatan menjadi masalah besar,
dan terdapat sebahagian pegawai awam demi kepentingan diri, menyalahguna
kedudukan mereka. Dengan kata lain, pihak berkenaan tidak melaksanakan
tugas
dengan sempurna, tidak menjaga anak buahnya dengan baik.
Untuk memulihkan nama
negara yang tercemar, menghapuskan rasuah dan salahguna kuasa di kalangan
kakitangan kerajaan, memupuk keselamatan masyarakat yang baik, membendung pendatang
asing tanpa izin dan pelarian berleluasa, pihak berkuasa perlu menyiasat bersungguh-sungguh
kegiatan pemerdagangan manusia, menghancurkan sindiket jenayah ini, menghukum
penjenayah terlibat, mengemaskan jabatan kerajaan berkaitan, membanteras rasuah
dan penyalahgunaan kuasa, meningkatkan kawalan sempadan, untuk mencegah masalah
yang sama berulang apabila suasana dan keadaan yang mengejutkan tersebut reda.
Setiausaha Agung
Koh Swe yong
012-2766551