PRM melantik pemangku Presiden Baru
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan hari ini bahawa Naib Presidennya Ariffin Salimon telah dilantik Pemangku Presiden untuk mengisi kekosongan setelah Presiden PRM Hassan Karim meninggalkan PRM. Pada masa yang sama, Goh Chuin Loon dari ranting PRM Sungai Petani Kedah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat (AJKP).
Hassan Karim meninggalkan PRM kerana lebih daripada 80% wakil PRM yang menghadiri Kongres Nasional ke-41 yang diadakan pada 15 November 2009 telah menolak usul Hassan Karim. Usul itu adalah untuk memohon secara bertulis menyertai Pakatan Rakyat. Oleh sebab ini perkara yang strategik dan serius, sebelum sebarang keputusan dibuat, perkara ini perlu masa untuk berbincang. Wakil berpendapat buat masa ini adalah tidak sesuai memohon, apatah lagi Pakatan Rakyat masih dari segi peraturan belum berdaftar.
Kenyataan PRM juga menjelaskan satu kesilapan yang ada dalam laporan the Star hari ini. S.K. Song telah meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada Januari tahun ini dan diterima JKP, tetapi beliau masih AJKP dan Pengerusi PRM Johor.
Parti Rakyat Malaysia ialah parti politik terbuka kepada warganegara Malaysia, PRM mengalu-alukan sesiapa untuk berjuang bersama, jika bersetuju dengan cita-cita dan konsep memperjuangkan kepentingan rakyat jelata khususnya mereka daripada golongan pertengahan bawah
Akan tetapi, sekiranya ada mana-mana anggota PRM mendapati, PRM bukannya wadah yang sesuai lagi untuk bergerak, dan memenuhi kehendaknya, memilih untuk meninggalkan PRM, pilihannya dihormati dan diterima. Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, bagi PRM ini hal biasa.
Walau bagaimanapun PRM mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hassan Karim, pada masa beliau memimpin PRM selama 5 tahun , Hassan Karim telah sedaya-upaya dan dengan jujur ikhlasnya mempertahankan hak kewujudan PRM sebagai satu parti politik berdaftar, serta mengucapkan maju jaya dan good luck kepada Hassan Karim dalam endeavour dengan wadah yang lain.
Yang benar,
(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung
012-2766551
No comments:
Post a Comment