2017-08-08
Kepada Pengarang yang dihormati,
Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan kerasnya membantah perlanjutan tempoh
Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun
berkuatkuasa mulai 4 Ogos 2017. Tempoh perkhidmatan Tan Sri Md Raus tamat
setelah beliau capai umur persaraan 66 tahun, serta lanjutan 6 bulan yang
diberikan pada 3 Ogos 2017.
PRM bertekad bahawa tarikh akhir tempoh
perkhidmatan hakim iaitu tarikh persaraan mesti pasti dan mandatori.
Pasti dan
mandatori bererti hakim setelah dilantik sebagai hakim tidak boleh dibuang
kerja sehingga umur persaraan, yang pada
masa ini adalah 66 tahun. Ini bermakna juga
tempoh perkhidmatan hakim tidak boleh dilanjutkan melampaui umur
persaraan oleh mana-mana pihak termasuk
Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara.
Pendirian PRM adalah bahawa untuk Malaysia mencapai status negara dan masyarakat maju
serta dihormati komuniti antarabangsa, amalan Malaysia harus sejajar dengan
amalan yang diterima oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu, contohnya dalam isu kehakiman ialah Prinsip Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perlakuan hakim dan badan kehakiman.
Dalam United Nations Basic Principles on the
Independence of the Judiciary, yang dengan jelas menyatakan perlu tarikh akhir
tempoh perkhidmatan yang pasti , ‘Judges, whether appointed or elected, shall
have guaranteed tenure until a mandatory retirement age or the
expiry of their term of office, where such exists.’(Hakim, sama ada dilantik
atau dipilih, harus mempunyai tarikh perkhidmatan yang terjamin sehingga tarikh
persaraan mandatori atau kehabisan tempoh perkhidmatan, di mana ia wujud)
Tindakan PM Najib dan juga tindakan bekas Ketua Hakim
Negara, Ariffin Zakaria sehari sebelum Ketua Hakim bersara. Ada kemungkinan kebebasan hakim dicabul.
Untuk
memastikan kebebasan kehakiman, satu perkara yang perlu adalah ketetapan tempoh
perkhidmatan.
Jika tidak, hakim mungkin membuat keputusan yang
disukai mereka yang ada kuasa melanjutkan tempoh perkhidmatan hakim. Justeru
kebebasan kehakiman di Malaysia diragui.
Rakyat Malaysia berhak mempunyai hakim yang
bebas membuat keputusan Mahkamah berasaskan keadilan, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak
termasuk Perdana Menteri Najib dan UMNO-BN.
Tindakan
PM Najib dan UMNO-BN ini bukan sahaja menonjol amalan dan teladan yang tidak sihat,
bahkan akan terus menjejaskan kebajikan rakyat dan ekonomi negara.
Tindakan
PM Najib dan UMNO-BN ini, juga
seolah-olah mahu memastikan badan kehakiman Malaysia akan berpihak kepada
UMNO-BN khususnya apabila PRU14 akan diadakan bila-bila masa.
Persepsi
umum adalah sistem pentadbiran keadilan di Malaysia bertambah keraguannya
susulan perlanjutan tempoh Tan Sri Md Raus ini.
PRM menuntut agar Tan Sri Md Raus segera
letak jawatan selaku Ketua Hakim Negara dan juga hakim Mahkamah
Persekutuan, di mana tindakan ini amat
penting untuk Malaysia - untuk mengembalikan kebebasan kehakiman di Malaysia.
PRM juga menuntut PM Najib dan UMNO-BN
jangan melakukan perkara yang akan menjejaskan Malaysia dan menyebabkan
penderitaan rakyat berterusan atau bertambah teruk.
Yang benar,
(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung PRM
012-2766551
No. 7D Jalan PJS 1/48 Petaling Utama, 46000 Petaling
Jaya Selangor