Utusan 1 Mei Hari Buruh Antarabangsa Parti Rakyat Malaysia (PRM)
1 Mei Hari Buruh Antarabangsa. Hari meraikan hak dan perjuangan pekerja untuk kehidupan dan kebajikan kaum pekerja yang baik dan sempurna.
Perkembangan muktahir ini menyaksikan ekonomi negara meleset, bilangan pekerja diberhentikan atau kehilangan pekerjaan dalam trend meningkat, ekoran daripada penutupan atau pemindahan operasi bisnes tempatan dan asing ke tempat lain. Keselamatan kerja tidak terjamin.
Walaupun kerajaan telah umumkan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)untuk pekerja sektor swasta untuk membantu pekerja yang diberhentikan kerja dan menolong mereka mencari pekerjaan baru, tetapi sumber tabung ini datang dari sumbangan potongan gaji pekerja dan majikan. Ini bermakna gaji yang boleh diguna berkurangan dan menambah kos operasi majikan.
Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa langkah ini baik , tetapi sumber tabung EIS ini harus disumbangkan oleh kerajaan. Maklumlah kerajaan dapat mengutip cukai GST sebanyak RM 50 bilion setahun. Cukai ini sepatutnya disalurkan kepada menolong pekerja yang ditimpa pengangguran. Jika kerajaan memperuntukkan 1% daripada RM 50bilion, tabung ini sudah ada RM500 juta setahun.
Jika kerajaan berasa berat untuk menanggung dan memikul keseluruhan tanggungjawap ini, kerajaan harus sekurang-kurangnya menyumbangkan sebahagian daripada tabung ini, bukan pekerja dan majikan sahaja dipertanggungjawap mengisi tabung EIS.
Tahun ini, ekonomi negara dan masyarakat meleset dan gawat. Rata-rata negara dalam keadaan ketidak-tentuan, sama ada pekerja atau bisnes merasakan tekanan dan keperitan kehidupan akibat kenaikan harga barang dan rumah, keturunan nilai ringgit berbanding mata wang asing, kelembapan perniagaan dan pembuatan, risiko pengangguran pekerja menyelubungi, lulusan institusi pengajian tinggi susah hendak mendapatkan pekerjaan, masalah jenayah dan ketagihan dadah naik ke tahap yang amat membimbangkan, dan bilangan buruh kasar asing luar biasa dan mencemaskan.
Selain pengaliran mata wang negara ke luar negara, melalui kiriman wang pekerja asing ini ke tempat asalnya, penyakit yang dibawa pekerja asing tanpa izin dan masalah jenayah yang meningkat akibat tiada kerja untuk upah pekerja asing ini, membawa masalah sosial.
Pendapatan pekerja tempatan susah juga dinaikkan, dan banyak jawatan kosong seperti pekerja sekuriti (security guard) diisi oleh pekerja asing yang murah lagi muda. Pekilang tempatan tidak akan mengguna teknologi lebih canggih yang upah tenaga manusia mahir . Kita kehilangan daya persaingan.
Dalam suasana yang muram ini, kesatuan sekerja boleh memainkan peranan positif dalam membanteras kemelesetan ekonomi negara. Malangnya, undang-undang yang sedia ada tidak kondusif memupuk kegiatan kesatuan sekerja yang efektif, hubungan pekerja dan majikan yang harmoni. Aktivis kesatuan sentiasa menghadapi risoko dijadi target penzaliman pihak majikan, dan mudah kehilangan pekerjaan seperti kes pimpinan Kesatuan Pekerja Infeneon Melaka yang menghadapi.
Undang-undang yang adil harus digubal atau dipinda supaya pekerja mudah menubuhkan Kesatuan. Pihak penguatkuasa harus bertindak dan menangani pertikaian segera jika menerima aduan daripada Kesatuan tentang pertikaian majikan dan Kesatuan.
Masa depan kaum pekerja penuh dengan pelbagai cabaran . Seperti masa dahulu, segala masalah dapat diselesaikan jika kaum pekerja bergerak rapat mempertahankan hak dan kebajikan.
Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
012-2766551
No. 7D Jalan PJS 1/48 Petaling Utama, 46000 Petaling Jaya Selangor
DNAA the about 28,000 of 87,000 in prison who are yet to be tried,convicted
or sentenced? The Attorney General/Public Prosecutor should use this power
in these cases...to ensure JUSTICE be done?
-
*Is there a shortage of Judges and Courts in Malaysia* - this is a serious
problem when so many persons charged in criminal courts have to WAIT TOO
LONG ...
2 days ago
No comments:
Post a Comment