19-05-2017
PRM kecam serangan
ganas pada David Teo Tindakan sewajar harus diambil pihak berkuasa
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengecam dengan keras perbuatan
ganas yang berlaku di sesi dialog antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dengan artis.
Peristiwa tamparan tersebut amat serius dan mengejutkan,
bukan sahaja memalukan, bahkan apabila disebar insiden ini ke merata dunia,
menjatuhkan dan merosakkan imej baik negara. Jika tidak apa-apa tindakan
sewajar diambil terhadap pengamal keganasan, masyarakat dunia akan
tertanya-tanya bahawa Malaysia negara berperintah undangan-undangan?
Perdana Menteri
mengadakan sesi dialog dengan artis untuk menerangkan program
Transformasi Negara 2050 (TN50), maksudnya hendak menerangkan dan mendengar
padangan. Seorang individu bernama Mat Over jika tidak berpuas hati tentang kritikan
David Teo, tidak harus bertindak secara ganas, dengan tiba-tiba tampil ke depan
David lalu menamparnya. Walaupun
kedua-dua mereka berpelukan selepas insiden itu, dan berbaik-baik, tetapi
kerosakan sudah terpapar, nasi sudah menjadi bubur.
PRM hendak pihak berkuasa pastikan insiden ganas seperti ini
tidak akan berulang lagi, dan sepatutnya harus mengambil tindakan
sewajarnya dengan segera dan tegas menghalang
perbuatan ganas daripada berlaku dan
pengamal keganasan terus diambil tindakan .
Jika tidak, gejala
tidak sihat ini, dalam jangka masa panjang
akan mengjangkiti, masyarakat kita
dipenuhi fenomena keganasan, merosakkan suasana harmoni dan muhibbah, bukan trend perkembangan dan
perubahan yang baik dan sihat buat negara dan rakyat.
Setiausaha Agung
Koh Swe Yong
012-2766551
No. 7D Jalan PJS 1/48 Petaling Utama, 46000 Petaling
Jaya Selangor
No comments:
Post a Comment