18-02-16
PRM
Bantah Bawa Masuk Pekerja Asing Mahu
Dasar Buruh Asing Murah Dihapus
Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah serta tidak bersetuju
dengan hasrat dan alasan kerajaan yang hendak membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh
dalam tiga tahun yang akan datang untuk mengisi bidang pekerjaan yang
disifatkan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid
sebagai pekerjaan kotor.
PRM dapati kenyataan menteri
tentang pengambilan masuk buruh asing ke negara ini bertentangan.
Pihak berkuasa mengumumkan akan mengambil masuk 1.5 juta
buruh Bangladesh dalam tempoh tiga tahun akan datang walaupun sudah ada 6 juta pekerja asing berpermit dan masuk tanpa
izin . Alasan ialah diminta oleh
pengusaha, dan pemuda-pemudi
kita malas dan enggan bekerja
dalam bidang yang kotor, tetapi pengusaha berkaitan menafikan bahawa mereka ada
membuat permintaan tersebut.
Sedang pengambilan masuk pekerja asing panas dibahas umum,
Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa levi
pada setiap pekerja asing akan dinaikkan dengan peratusan yang tinggi, pekerja asing
haram akan diputihkan.
Apabila pengusaha membantah dan mengkritik kenaikan
tiba-tiba levi tinggi yang membebankan, pihak berkenaan menjelaskan, keputusan untuk
mengurangkan tabiat kebergantunagan pada pekerja asing, dan menggalakkan
pengusaha mengalih kepada penggunaan teknologi intensif untuk mengurangkan
bilangan pekerja asing.
Ini menunjukkan oada dasar tenaga pekerja pihak berkuasa
ketandusan idea untuk menangani dan
mempertingkatkan daya produktif negara kini dan
untuk masa depan, serta berusaha secara beransur-ansur mengurangkan dan
akhirnya menghentikan kebergantungan negara pada dasar tenaga buruh asing murah.
Pada analisis PRM, masalah
ekonomi dan sosial yang
serius melanda negara sekarang seperti
kebergantungan negara pada tenaga
pekerja asing dan soal dikecualikan visa kemasukan pelancong negeri China merupakan kesan negetif dasar pekerja asing
murah dan sistem rent-seeking yang
diamalkan di negara ini.
Di bawah sistem ini, segelintir yang berkuasa dan berpengaruh menerusi
hubungan mereka, berusaha sedaya-upaya mendapatkan kebaikan dan keuntungan
dengan cepat dan mudah daripada apa jua
dasar dan program ekonomi yang diadakan kerajaan.
Kegiatan ekonomi rent-seeking, dasar tenaga pekerja asing
murah, ketirisan dan keborosan perbelanjaan
kewangan kerajaan,
penyalahgunaan kuasa yang terbentuk hari ini bukan rakyat didahulukan, tidak manfaatkan rakyat,
sebaliknya hanya menguntungkan segelintir orang berkuasa dan sahabat rakannya.
Rakyat kebanyakan harus menanggung ketekanan dan kenaikan kos kehidupan, ekoran
daripada kepincangan dasar dan polisi kerajaan yang tidak kena pada tempatnya.
Keputusan pihak berkuasa mengambil masuk 1.5 juta pekerja
asing akan mengekalkan sistem upah murah, tidak menggalakkan peningkatan daya
pengeluaran pekerja, kemahiran pengeluaran masyarakat tidak mungkin maju, dan seterusnya daya saing negara menurun.
Pekerja tempatan tidak dapat bersaing dengan pekerja asing
yang dibayar dengan gaji lebih rendah yang tidak mencukupi untuk membiayai
kehidupan harian pekerja tempatan. 1.5 juta pekerja Bangladesh akan
menguntungkan segelintir orang yang diberikan lesen membawa mereka masuk ke negara.
PRM tolak pengambilan
masuk buruh asing . Untuk menangani masalah ekonomi kita, dan fenomena
keengganan pemuda-pemudi bekerja di bidang yang kotor seperti yang dikatakan
menteri, menaikkan gaji pekerja ,
merangsang pengusaha beralih ke teknologi intensif , menghapuskan kegiatan
ekonomi rent-seeking, dan menutup ketirisan dan keborosan perbelanjaan
kerajaan, merupakan jalan yang benar untuk
menyelesaikan kebergantungan serta
terus-menerus haus pada pekerja asing. Pendekatan
ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
dan kebajikannya.
Jika tidak berbuat demikian, rakyat negara kita kurang
baiknya nasib, dan perlu ketatkan tali pinggang untuk hadapi masa depan
yang muram, atau rakyat perlu berikhtiar
mengubahkan keadaan yang menekan dan menindas.
Koh swe Yong
Setiausaha
Agung
012-2766551
No comments:
Post a Comment