Kenyataan Media – 27/1/2016
PRM Menolak TPPA
Parti
Rakyat Malaysia(PRM) dengan tegasnya
menolak TPPA.
TPPA
mula dirangka dan dirunding dalam kotak
hitam oleh 500 “penasihat” syarikat
multinasional terbesar dunia pada 2005 di bawah inisiatif pentadbiran Presiden Bush.
PRM
telah mengambil kira teks Perjanjian, dan hujahan mengenai kebaikan TPPA dan keburukan TPPA. Walaupun ada perkara yang
mungkin baik bagi sesetengah pihak, nyata juga terkandung banyak aspek yang
akan membawa kesan negative kepada banyak pihak lain.
Menurut
seorang professor political economist
Amerika yang pernah menjadi Menteri Buruh di bawah pentadbiran Presiden Bill
Clinton Robert Reich, antara 29 bab TPPA, hanya 5 bab menyentuh perdagangan,
selebihnya meletak had-had (restrictions) pada kerajaan anggota TPPA, menyusutkan
kualiti persekitaran, merendahkan standard keselamatan makanan dan
orang-perseorangan atau berkenaan polisi dan peraturan kewangan, tenaga, cuaca
dan sebagainya. Dengan TPPA, kuasa baru akan diberikan dan dipertingkatkan
kepada syarikat multinasional yang kawal semua sumber di dunia.
Justeru,
demi menerima apa yang baik, PRM tidak boleh bersetuju kepada perkara yang
tidak baik yang akan memberikan implikasi buruk kepada rakyat Malaysia keseluruhannya
pada masa akan datang. Oleh sebab itu, PRM menolak TPPA.
TPPA
ada peruntukan mengenai pelaburan dan
mekanisme penguatkuasaannya, iaitu klausa Penyelesaian Pertikaian
Pelabur-Negara (‘Investor State Dispute Settlement’ (ISDS)).
Klausa
ini memberikan pelabur asing di Malaysia satu kaedah tuntutan gantirugi undang-undang
yang baru, dan hak perlindungan luar
biasa dan tambahan berkenaan pelaburan dan keuntungan mereka iaitu satu tribunal yang akan mendengar tuntutan mereka.
Tribunal ini bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Mereka boleh mencabar
polisi dan undang-undang baru Malaysia yang dilaksanakan untuk melindungi kesihatan
dan kebajikan rakyat dan alam sekitar yang akan menyekat
keuntungan mereka.
Hak untuk ambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia
di tribunal luar negara ini tidak diberikan kepada pelabur, syarikat dan
perniagaan milik rakyat Malaysia. Ini adalah diskriminasi terhadap rakyat
Malaysia yang hanya boleh ambil tindakan di Mahkamah Malaysia terhadap kerajaan Malaysia. Ini tidak
adil. Apa-apa tuntutan terhadap kerajaan Malaysia oleh syarikat asing harus di
buat Mahkamah Malaysia.
Oemberiah
hak ini kepada pelabur asing serta risiko bahawa Malaysia akan disaman di tribunal luar negara jika
Malaysia melalui undang-undang atau polisi melindungi rakyat dan pekerja tidak boleh diterima langsung.
PRM, setelah melihat impak peruntukan ISDS yang terkandung dalam perjanjian
lain yang telah dikuatkuasakan yang akan
menyebabkan negara takut membawa polisi dan undang-undang baru menjaga kebajikan rakyat dan negara.
Contohnya,
jika Malaysia cuba menaikkan gaji minima pekerja selepas menandatangani TPPA, Malaysia boleh disaman berjuta-juta atau
berbillion ringgit oleh syarikat asing kerana menghakis keuntungsn mereka.
Risiko klausa ISDS bukan lagi teori atau kemungkinan sahaja, kerana sudahpun berlaku
di negara Mesir yang disaman syarikat Peranchis berasaskan klausa ISDS. Kerajaan Kanada , Amerika Syarikat, Argentina,
Australia, El Salvador atau Guatemala
disaman oleh syarikat multinasional kerana melaksanakan undang-undang atau polisi
yang dikatakan menghakis keuntungannya.
Perjanjian
TPPA dikatakan akan menyebabkan barangan, produk dan perkhidmatan luar negara lebih
mudah masuk ke dalam pasaran Malaysia, lalu membawa kesan positif, dan mungkin
rakyat akan dapat lebih akses kepada lebih
banyak pilihan dan juga lebih murah. Menurut laporan berita, sebanyak 30% peniaga dan syarikat Malaysia
terpaksa tutup kedai. Petani juga akan terjejas sekiranya hasil tanaman mereka
tidak dapat bersaing dengan produk sama
yang datang dari luar negara. Justeru, TPPA harus ditolak demi kepentingan
rakyat Malaysia.
PRM
mahu rakyat Malaysia diutamakan dalam
perniagaan, bukan sekadar menjadi
pekerja, ataupun hanya menjalankan perniagaan francais, dan sebenarnya syarikat memberikan francais
mmilikan luar negara. KFC dan 7 Eleven
adalah contoh syarikat Amerika Syarikat.
Pelabur
atau syarikat asing biasanya hanya
mencari keuntungan dan tidak tetap di Malaysia. Justeru, ini memberikan impak
serius kepada pekerja yang tidak ada mempunyai jaminan kerja dan pendapatan,
serta juga syarikat tempatan yang memberikan khidmat kepada syarikat asing ini
kerana bila-bila sahaja mereka boleh berpindah ke negara lain..
PRM
juga ingin menyatakan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani kerajaan BN Malaysia sudah memberikan kesan
negative. Kini perniagaan asing boleh membawa masuk semua pekerja utama mereka
dari luar. Ini bermakna tiada pemindahan teknologi dan kemahiran kepada rakyat
Malaysia.
Perjanjian
dahulu juga sudah menamatkan kewajiban bagi pelabur asing gunakan peratusan tertentu ‘bahan tempatan
atau local content’. Kini kesan TPPA akan
lebih teruk daripada kesan perjanjian yang ditandatangani kerajaan BN Malaysia.
Banyak
pakar juga telah meluahkan kebimbangan akan kesan kemudaratan TPPA terhadap hak
kesihatan dan hak kehidupan pengguna, terutamanya kesusahan akses kepada ubat-ubatan pada kadar yang munasabah atau produk yang
selamat; hak bekerja dan hak di tempat kerja; hak untuk menikmati taraf hidup
yang memadai, termasuk akses kepada tempat tinggal, makanan dan air yang
selamat; hak terhadap harta intelek; hak kumpulan minoriti tertentu dan
kewajipan negara untuk melindungi mereka contohnya kanak-kanak, terutamanya
yang miskin, dan juga Orang Asli.
PRM
juga ingin menyatakan bahawa kerajaan Malaysia dalam hal perkara TPPA harus
menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan hanya kepentingan syarikat dan
golongan tertentu sahaja seperti syarikat milik kerajaan dan GLC. Adalah kewajiban
kerajaan negara menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dan syarikat Malaysia
yang berbilang bangsa dan agama.
Justeru,
setelah PRM tetap dengan pendirian membantah Malaysia menandatangani TPPA, dan
seterusnya meratifikasi TPPA.
Koh Swe Yong
Setiausaha Agung PRM
012-2766551