Monday, August 10, 2015

PRM : Pihak memerintah harus patuhi Peraturan biar penyiasatan IMDB dijalankan licin dan selesai segera



09-08-15


PRM : Pihak memerintah harus patuhi Peraturan biar penyiasatan IMDB dijalankan  licin dan selesai segera


Bagi Parti Rakyat Malaysia, punca asas  timbunan masalah besar dan buruk yang melanda negara hari sama ada ekonomi, politik, pendidikan, sosial, alam sekitar dan  sebagainya  disebabkan oleh pihak memerintah yang tidak mematuhi dan menghormati peraturan atau undang-undang negara yang sedia ada  yang digubal oleh dirinya, atau memindakan peraturan-peraturan, contohnya dalam pemerintahan selama melebihi 50 tahun sejak 1957, Perlembagaan Negara telah dipinda lebih daripada 100 kali, supaya apa-apa perbuatan yang   tidak legal dijadikan legal. 


Belakangan ini, perkembangan  perkara 1MDB dan wang derma 2.6 bilion atau 2600 juta ringgit lebih menonggol masalah setakat mana seriusnya  yang disebut di atas. Sejak pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat masalah hutang 1MDB sebanyak 42 bilion ringgit, tiba-tiba rakyat saksikan siri peristiwa yang berlaku   untuk mempengaruhi penyiasatan, mengejutkan rakyat negara ini dan di kalngan antarabangsa .


Apa yang disaksi, fungsi pasukan petugas khas tiba-tiba hilang, anggota pasukan petugas khas iaitu Peguam Negara dibuang dan diganti dengan Peguam Negara baharu, 4 orang ahli  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen dilantik menjadi timbalan menteri,  prosiding berhenti, media cetakan the Edge digantung penerbitan  selama 3 bulan dan pihak bertanggungjawab akhbar  dikena tindakan, dan pihak polis menahan penyiasat dan pengarah serta menyerbu pejabat SPRM, kemudian pengarahnya dipindah  ke Jabatan Perdana Menteri. 


Selama ini, orang ramai  meragui kedudukan kebebasan badan-badan tersebut, selepas peristiwa belakangan ini, keyakinan rakyat pasti menurun dan menjadi lebih menipis. 


Apa lagi, gimik politik dipermainkan dengan mencetus perkara lain seperti dana politik  untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada skandal  1MDB.


Parti Rakyat berpendapat, Perdana Menteri mendabik dada dan lantang menyatakan bahawa 1MDB adalah untuk negara dan untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan peribadinya, beliau pasti bertanggungjawab,   serta mencabar pembangkang mengumumkan dana politik mereka. Perdana Menteri patut membiarkan pasukan petugas khas yang ditubuhkan menjalankan siasatan dengan bebas, dan mengambil inisiatif dengan mengumumkan status sebenar derma 2.6bilion ringgit itu.


Sekiranya pihak yang memerintah tidak mematuhi dan menghormati Peraturan, tidak menunjukkan teladan yang sepatutnya, tidak mengambil langkah-langkah yang boleh mempengaruhi kebebasan agensi-agensi  menjalankan tugas mereka, tidak bergunanya digubal 100 Akta untuk mengawal pendermaan untuk dana politik, Akta-Akta bukan sahaja tidak dapat memperbaiki dan menyelesaikan masalah teruk negara, politik wang, bahkan keadaan akan menjadi lebih buruk dan serius, rakyat akan menderita dan menanggung bebanan berat.


Jika keadaan terus memburuk, rakyat akan hilang kesabaran dan turun ke jalan raya, menuntut PM meletakkan jawatan, bahkan menuntut PM ditangkap dan diadili, sampai masa itu, janganlah salahkan rakyat tidak menghormati dan mematuhi Peraturan dan Undang-undang, serta melanggar sistem dan institusi Parlimen Berperlembagaan.


Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia



Koh Swe Yong
012-2766551

No comments: