Wednesday, March 7, 2018

PRM Kedah umum nama calon(Sinar Harian, 4/3/2018)


PRM Kedah umum nama calon


PRM Kedah umum nama calon
Parti Rakyat Malaysia ketika mengadakan sidang media mengumumkan nama calon yang bakal bertanding pada PRU14.



SUNGAI PETANI - Parti Rakyat Malaysia (PRM) Negeri Kedah semalam mengumumkan tujuh nama yang bakal dicalonkan dalam PRU14.

Pengerusi PRM Zon Utara, Tan Chow Kang berkata, antara nama disenaraikan termasuk Lee Ah Leong  calon Parlimen Kulim, Lee Thian Hong calon Parlimen Sungai Petani danTan Kee Chye calon Padang Serai.

"Bagi kerusi Dun pula, nama yang disenaraikan ialah Lee Ah Leong bagi kerusi Dun Kulim, Tan Kee Chye Dun Sidam, P Sritharran Dun Bukit Selambau dan T Kang Yap di Kota Darul Aman," katanya pada sidang media di pejabat mereka, semalam.

Beliau yang juga mantan exco kerajaan negeri berkata, PRM menerima banyak tawaran untuk bertanding dalam PRU kali ini, namun pengumuman nama calon akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Kami berpendirian bebas dan hanya semata-mata mahu membela nasib rakyat.

"Kami bukan parti nyamuk seperti dakwaan ramai pihak sebab dah 60 tahun PRM berjuang untuk rakyat dan sehingga kini ia masih kekal relevan," katanya.- Sinar Harian, 4/3/2018

No comments: