PRM
bantah salahguna SOSMA Tahan Peguam
Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah
dengan kerasnya penyalahgunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas, SOSMA ) 2012 untuk menahan peguam
Matthias Chang.
Matthias Chang merupakan peguam bela
Khairuddin Abu Hassan yang juga ditahan di bawah SOSMA.
Pihak berkuasa menyalahgunakan SOSMA terhadap orang perseorangan yang berbeza
pendapat dan tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa, dan bertindak membantah secara
aman, dalam hal ini, berkaitan dengan skandal 1MDB.
Apabila pihak berkuasa bertindak menahan
Matthias Chang, tindakan ini memperlihatkan pihak berkenaan tanpa segan-silu
dan terang-terang membelakangkan semangat pemerintahan undang-undang (rule of
law), merampas hak peguam mewakili anak
guamnya yang ditahan serta hak demokratik seorang rakyat menuntut pihak
berkuasa menyiasat dengan telusnya, mengumumkan dan menerangkan perkara benar tentang
peristiwa yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Sekarang , Majlis Raja-Raja yang tidak
bercampur dalam hal politik juga meluahkan kebimbangan dan kegelisahan tentang
1MDB, dan mengeluarkan kenyataan supaya siasatan 1MDB dipercepatkan, jika perkara 1MDB tidak
diselesaikan dengan memuaskan dan cepat, dikhuatiri kepenitngan rakyat dan negara akan terjejas oleh perkembangan negatif 1MDB.
Walaupun semasa SOSMA digubal dan
dibentangkan, pihak berkuasa dengan panjang lebar menjanjikan bahawa SOSMA
hanya diguna untuk membanteras pengganas, tidak diguna untuk individu yang
berbeza pendapat.
Akan tetapi, tidak lama selepas SOSMA
dikuatkuasakan , kita nampak, pihak
berkuasa menggunanya menahan anggota UMNO Khairuddin Abu Hassan yang
berbeza pendapat dengan pihak UMNO atasan.
Beliau membuat laporan polis dalam
negeri dan di luar negeri, kerana hendak skandal 1 MDB disiasat.
SOSMA juga
diguna untuk menahan peguan belanya Matthias Chang. Selain membuat laporan
dalam negeri, Khairuddin juga membuat laporan di Switzerland, Britain, Hong
Kong dan Singapura. Beliau dilarang ke luar Negara, iaitu sebelum hendak ke
Amerika Syarikat membuat laporan.
Peguam yang menemaninya Matthias dilarang
sekali ke luar negara dan ditahan dibawah SOSMA semalam.
Perkembangan skandal 1MDB dengan dirinya
mendedahkan, SOSMA mengganti Akta Keselamtan dalam Negeri (ISA), dan turut
disalahguna seperti ISA, yang bezanya hanya nama.
Oleh itu, pihak polis masih boleh membuat tangkapan, tetapi dari had
masa tahanan 60 hari dipendekkan menjadi 28 hari.
Ini sebenarnya tempoh tahanan
yang hendak dipinda sebelum pemansuhan ISA diterima. Pada tahun 1960, semasa
ISA mula digubal dan dilulus dan kuatkuasa, tempoh tahanan pihak polis ialah 28
hari.
Dapat dijangka, apabila keadaan dalam
negara kian runcing kerana rakyat tidak berpuas hati dengan kehidupan yang
menghimpit, akan berlakunya rakyat yang
membantah secara aman dan menuntut perubahan ditahan, seterusnya kemungkinan ditahan
bertahun-tahun panjang tanpa bicara di bawah SOSMA, seperti ISA diguna untuk
melenyapkan pengkritik –pengkritik termasuk penjenayah.
PRM membantah pelaksanaan SOSMA dan
penahanan tanpa bicara. Untuk mengelak lebih ramai rakyat menjadi mangsa SOSMA
pada masa akan datang, SOSMA dan seberang undang-undang yang peruntukkan
tahanan tanpa bicara harus dimansuh.
Koh
Swe Yong
Setiausaha
Agung PRM
09-10-15
No comments:
Post a Comment