4/9/2015
Kenyataan Media PRM
Malaysia harus segera atasi krisis
rasuah negara – Ketidakhadiran PM di Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa sungguh mengejutkan dan menjejaskan imej negara
Ketidakhadiran Perdana
Menteri Najib Tun Razak ke Persidangan
Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di Putrajaya pada 2-4 Septermber 2015 adalah
sungguh mengejutkan negara. Seorang, walaupun disyaki ramai melakukan rasuah, harus berani
tampil membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Alasan ketidakhadiran,
berdasarkan laporan media, adalah kononnya atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Paul Low Seng Kuan, kemungkinan ada yang akan bersikap dingin
terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak.
“Sekiranya beliau muncul di sini pada hari ini, dia
akan datang sebagai pemimpin dan ketua negara. Persoalannya sekarang,
bagaimana pula dengan penerimaan semua pihak terhadap kehadiran beliau?”(Sinar
Harian, 2/9/2015).
Alasan sedemikian tidak dapat diterima, adakah ini
bermakna bahawa Perdana Menteri kini
tidak akan menghadiri mana-mana program di mana ada di kalangan hadirin yang
akan ‘bersikap dingin’ pada beliau.
Adakah ini sebabnya, mengapa sehingga kini Najib hanya
adakan pertemuan dengan UMNO, dan belum lagi menghadiri perhimpunan terbuka dengan
rakyat umum.
PRM berpendirian bahawa Najib Tun Razak selaku
Perdana Menteri Malaysia harus segera memberikan penjelasan penuh kepada
rakyat, yang sudah tidak sabar kerana lama menunggu penjelasan tentang alegasi
(tuduhan) rasuah berkaitan jumlah wang lebih kurang RM2.6 billion yang dijumpai
dalam akaun peribadi beliau.
Sikap ‘berdiam diri’ dan tidak memberikan penjelasan
penuh, serta tindakan cuba ‘kacau’ perjalanan proses penyiasatan termasuk
tiba-tiba menukarkan Attorney General/Pendakwa Raya, semua kini memberi
persepsi bahawa Najib Tun Razak sememangnya bersalah.
Yang terbaik adalah apabila alegasi ini muncul,
Perdana Menteri terus keluar mengaku penerimaan wang berkenaan di dalam akaun
bank peribadinya, dan seterusnya menyatakan dari mana wang tersebut datang dan ke
mana serta untuk tujuan apa.
Respon awal Najib adalah hanya wang ini ‘bukan untuk tujuan peribadi’ – tidak
adapun pengakuan mengenai jumlah wang yang masuk, tidak ada pengakuan pun sama
ada wang tersebut masuk dalam akaun peribadinya. Keengganan berterus terang
dengan cepat menyebabkan banyak soalan dan keraguan timbul.
Kemudian ada pula dakwaan bahawa wang tersebut
sebenarnya untuk UMNO, tetapi itu pun sukar diterima berasaskan respon Timbalan Presiden UMNO
Muhyiddin
Yassin, dan Naib Presiden UMNO Shafie Apdal. Adalah sukar diterima penjelasan bahawa wang
itu wang UMNO sedangkan ahli Exco sendiri nampaknya tidak tahu.
Semasa pembukaan IACC, Presiden Transparensi
International dilaporkan menyatakan bahawa Malaysia kini mengalami krisis
rasuah, dan apa yang berlaku sejak timbulnya alegasi rasuah berkenaan AS700juta
(RM2.6 Billion) " bukan tindakan kerajaan yang
menentang rasuah,"(Malaysian Insider, 2/9/2015)
Demi
kebaikan Malaysia, PRM mengulangi pendirian bahawa Najib Tun Razak harus jika
tidak segera meletak jawatan Perdana Menteri, beliau harus bercuti supaya
siasatan tersebut boleh dijalankan dengan bebas dan undang-undang
Malaysia harus dilihat terpakai sama kepada semua orang termasuk Perdana Menteri
sendiri. Proses pentadbiran undang-undang dan keadilan, harus dibenarkan
berjalan tanpa apa-apa halangan daripada pihak kerajaan
Koh Swe Yong
Setiausaha
Agung,
Parti Rakyat
Malaysia
(No. Tal:
012-2766551)
No comments:
Post a Comment