Tuesday, April 28, 2015

Permatang Pauh polls: PRM confirms Azman is their candidate

Kenyataan akhbar Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Percepat Perubahan Bersama Perjuangan PRM
Azman Shah Othman Sah Calon PRM di Permatang Pauh

1)                  Parti  Rakyat Malaysia hendak menyatakan bahawa Azman Shah Othman, calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh P044 ialah calon PRM yang direstui oleh Parti Rakyat Malaysia.

2)                  Kecalonan Azman Shah Othman dicadangkan dan disokong PRM Zon Utara. Oleh sebab kesuntukan masa dan sangat dekat hari pencalonan, setelah PRM berbincang dengan  Azman Shah Othman dan wakil-wakil  Zon Utara di pejabat Pusat Parti, keputusan dibuat untuk menerima  Azman Shah Othman sebagai calon PRM di PRK Permatang Pauh.

3)                  Gary Nair yang mengeluarkan kenyataan atas nama  Ketua PRM negeri Pulau Pinang “menafikan Azman Shah Othman  ahli PRM” dan “PRM Pulau Pinang mendesak calon itu menarik balik pencalonnya  dari   PRK Permatang Pauh adalah tidak tepat sama sekali.

4)                  Kongres Nasional PRM ke-46 yang diadakan pada 8 November 2014 telah memutuskan untuk mengadakan penstrukturan Parti    kepada  zon untuk memusatkan  keahlian, oleh itu negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis digolongkan dalam Zon Utara, dan jawatan ketua negeri tidak wujud lagi.  

5)                  Gary Nair hadir dalam Kongres Nasional PRM ke-46 dan turut terlibat dalam perbahasan dan pengundian usul penstrukturan Parti yang diluluskan. 

6)                  Gary Nair bukan lagi Ketua PRM negeri Pulau Pinang dan telah letak jawatan  sebagai Ahli Jawatankuasa  Ranting PRM di Pulau Pinang pada November 2014. Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan Gary Nair hanya merupakan pandangan seorang anggota biasa PRM dan bukan pandangan dan pendirian PRM.

7)                  Bagi PRM perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Setelah keputusan dibuat, semua ahli dan anggota PRM Zon Utara dan di seluruh negara perlu menggembleng tenaga untuk menjayakan calon PRM di PRK Permatang Pauh. 

8)                  Akhirnya, PRM menyeru pengundi-pengundi di Permatang Pauh menyokong dan mengundi Azman Shah Othman, calon PRM, supaya hasrat rakyat untuk ubah keadaan negara dan masyarakat kita dapat dipercepatkan  bersama-sama dengan perjuangan PRM. 


Dikeluarkan oleh,

(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung PRM
012-278861

7D Jln PJS 1/48 Taman Petaling Utama 46150 Petaling Jaya Selangor





28/04/2015 08:00 AM
Permatang Pauh polls: PRM confirms Azman is their candidate
Party secretary-general clarifies that Azman is contesting in Permatang Pauh parliamentary by-election as an official PRM candidate.
Ikhwan Zulkaflee

KUALA LUMPUR: Permatang Pauh’s parliamentary by-election candidate Azman Shah Othman is Parti Rakyat Malaysia’s (PRM) candidate after all.

When contacted by Berita Daily today, Azman insisted that he was contesting in the by-election under the order of his party.

Azman made headlines recently after PRM Penang chairman Gary Nair denied Azman’s link with the party, branding him as a joke who dared to use PRM’s banner and party’s name to contest.

Gary even asked the Registrar of Society (RoS) to investigate Azman PRM appointment letter submitted to the Election Commission (EC) on Permatang Pauh by-election nomination day on April 24.

But Azman was unperturbed by Gary's complaints.

“Let him (Gary) say whatever he wants to say, that is his right. PRM central committee is the one calling the shot and I am standing in Permatang Pauh officially as the party’s candidate. I am in the right,” stressed Azman.

He added that more information will be shared with the media in a press conference soon.

Meanwhile, PRM secretary-general Koh Swe Yong also confirmed that Azman was a candidate installed by PRM.

When asked why to PRM Penang has denied the matter, Koh explained that the state’s PRM consisted of old members who were close with Pakatan Rakyat (PR).

“Azman can be considered as a new member. They (Penang PRM) are not aware that the party is expanding.

“Many of our party members think that the only PRM’s members are the old ones. This is where the problem arises,” Koh said.

Koh added that PRM Penang always had different views with the party central committee member.

“Some of these Penang members are very close to PR. Since they are close with PR, they are against the idea of us contesting in this by-election or in fact any elections.

“This (reaction) is expected from Penang PRM,” Koh said.

Koh said PRM was aiming to be the third choice in Permatang Pauh to demonstrate their capability as a political party.

“There are problems brewing in both Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) alike. The people want changes and a new hope that they can rely on.

“It is going to be hard (for PRM) in Permatang Pauh, but I think there is a chance,” he said when asked to rate PRM’s chances to win the parliamentary by-election.

Permatang Pauh by-election, set on May 7, will see a four-cornered contest involving PKR’s Dr Wan Azizah Wan Ismail, BN’s Suhaimi Sabudin, independent candidate Salleh Isahak and Azman for PRM.

The EC is expecting a 80% turnout from 71,890 registered voters in the constituency. The result is expected to be known as early as 9pm. - Berita Daily



Saturday, April 4, 2015

PRM Bantah Tahan tanpa Bicara Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota)

31-03-15

PRM Bantah Tahan tanpa Bicara  Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota)

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah penghidupan peruntukan  tahan tanpa bicara berterusan  di bawah Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, dan keputusan yang dibuat Lembaga Pencegahan Keganasan tidak boleh dicabar di mahkamah yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan BN memberikan alasan penggubalan POTA perlu kerana ada  rakyat Malaysia menyertai kegiatan ganas Negara Islam (IS),Perkembangan keadaan yang  membimbangkan dan   mengancam  ini disebut untuk  menghidupkan kembali  undang-undang  tahan tanpa bicara   ISA ( Akta Keselamatan 
Dalam Negeri 1960) yang telah dimansuhkan.

Apabila ISA dibentangkan di Parlimen pada 1960, wakil rakyat PRM telah dengan kerasnya menolak ISA  kerana perkara tahan tanpa bicara. Tahan tanpa bicara  bukan sahaja  bercanggah dengan  semangat demokrasi  tetapi juga mencabul hak  rakyat.

Kerana tiada peruntukan check dan balance di bawah ISA, wakil rakyat PRM meragui matlamat ISA, seterusnya menyatakan ISA boleh  disalahguna oleh pihak berkuasa untuk menahan aktivis parti politik pembangkang dan  pengkritik lain yang tidak sehaluan pendapat dengan pihak pemerintah, walaupun menteri-menteri Perikatan yang kemudian diluaskan menjadi BN  berkali-kali memberikan jaminan bahawa ISA tidak disalahguna untuk menganiaya mereka, ISA hanya diguna untuk melawan “anasir ganas yang mengancam keselamatan Negara”.

Tetapi hakikat pelaksanaannya sehingga ISA dimansuhkan jelas menunjukkan realiti sebaliknya. Setelah ISA dikuatkuasakan, perkara tahan tanpa bicara diguna menindas ahli parti pembangkang dan pengkritik lain.

 Presiden PRM Sdr Boestamam merupakan wakil rakyat yang pertama ditahan di bawah ISA pada 1963 selain anggota dan pemimpin PRM dan Barisan Sosialis banyak ditahan di bawah ISA. Pada mulanya, aktivis parti khususnya parti kiri ditahan dua tahun, disambung lagi dua tahun  dan seterusnya di bawah ISA atas alasan mengancam keselamatan negara.

Tetapi, lama kelamaan pemimpin parti pembangkang yang menyokong ISA turut ditahan di bawah ISA seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Mat Sabu  dari PAS. PAS dan DAP sokong  ISA dengan harapan ISA hanya diguna untuk melawan anasir pengganas. Selepas pertengahan 1970an, pemimpin parti pemerintah termasuk menteri dan elemen jenayah seperti pembuat pasport dan kad pengenalan palsu juga ditahan dengan ISA.

Kuasa tidak ada check and balance

Walaupun Akta Pencegahan Keganasan baru ini mempunyai perkara menyatakan bahawa Akta tidak boleh diguna terhadap parti politik lawan, perintah penahanan diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, pegawai penyiasat  dilantik  oleh menteri, dan menteri juga memberikan jaminan bahawa POTA untuk menangani ancaman anasir IS, tetapi  prosedur penahanan guna POTA tidak wujud mekanisme check and balance, keputusan  tidak boleh dicabar di mahkamah dan habeas korpus tidak dibenarkan, keputusan bukan ditentukan mahkamah, serupanya kesemua isi POTA dengan ISA.

Oleh itu, pada pandangan PRM,  POTA boleh disalahguna, seperti kita saksikan, Akta Hasutan hanya diguna terhadap pengkritik kerajaan BN, individu pro-BN nampaknya terlepas dan terus bebas bersuara.

Bukan sahaja pemimpin parti pembangkang, aktivis sosial dan hak asasi manusia, ahli akademik dikenakan Akta Hasutan, muktahir ini 5 orang pemberita dan penerbit akhbar Malaysian Insider dikenakan dengan Akta Hasutan.  Keadaan dan tindakan pemerintah jelasnya berat sebelah. POTA sama juga boleh disalahguna seperti ISA dan Akta Hasutan.

PRM hendak tanya, selain peruntukan tahan tanpa bicara atau  penahanan secara pencegahan, pasukan polis tidak ada keupayaan untuk menangani gejala kegiatan IS khususnya dunia yang makin rumit dan kompleks?

Menurut laporan berita, ada tahanan ISA menyertai  IS setelah dibebas. Ini bermakna tahan  tanpa bicara tidak dapat memulihkan individu pro-IS,  keadaan dan wujudnya IS merupakan perkembangan dan fenomena baru, cara operasi dan fikirannya  di luar  amalan yang biasa diterima dan diamal dunia umum. Pendekatan berkesan dan baru perlu difikirkan.

Akhirnya, PRM juga hendak tanya , sekiranya seseorang warga dituduh di bawah POTA atas tuduhan  “menyokong” kegiatan keganasan IS Negara Khalifa, atau hanya menyokong “kegiatan keganasan”, dia tidak dibenarkan mencabar keputusan Lembaga di  mahkamah kecuali mencabar prosedur penahanan tidak diikuti, di mana letak peluang untuk dia mendapatkan pembelaan adil?

Naib Presiden PRM


Koh Swe Yong
0122766551