Monday, January 12, 2015

PRM: Akta Hasutan dan Akta Tahan Tanpa Bicara dapat Banteras Pengganas?


12-01-15

PRM:  Akta Hasutan  dan Akta Tahan Tanpa Bicara dapat Banteras Pengganas?

Parti Rakyat Malaysia (PRM)  membantah pengekalan Akta Hasutan dan cadangan menggubal semula Akta Tahan Tanpa Bicara.

Kenyataan Ketua Polis Negara Khalid bahawa peristiwa pembunuhan 12 orang  di pejabat majalah Charlie Bebdo di Paris Perancis baru-baru ini adalah  contoh yang baik   Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan,  menunjukkan beliau berfikiran  tegar dan kekal, tidak  boleh ubah dan tidak idea baru unuk menghadapi perkembangan pesat dan baru dalam negeri dan di dunia .

 PRM juga  membantah cadangan dan pertimbangan Peguam Negara serta  pihak tertentu  mengambil keadaan baru untuk menggubal dan melaksanakan semula akta tahan tanpa bicara (detention without trial)   atau memasukkan unsur tahan tanpa bicara dalam mana-mana Akta sedia ada.

Dapatkah  Akta Hasutan atau tahan tanpa bicara mencegah perbuatan ganas dan jenayah? Siapakah sebenarnya akta-akta  tersebut hendak melindungi ? Rakyat  atau elit berkuasa?
Pengalaman pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan dan dilaksanakan selama lebih 50 tahun, pendakwaan dengan Akta Hasutan  terhadap pemimpin pembangkang serta aktivis NGO dan sosial adalah   bukti nyata   matlamat pelaksanaan ISA dan Akta Hasutan adalah untuk UMNO—BN menyekat dan menekan kebebasan hak rakyat bersuara dan melindungi kepentingan golongan elit berkuasa.

Hidup rakyat kian susah. Rakyat makin tidak berpuas hati dengan dasar UMNO—BN dan bangkit membantah dan hendak mengubah pemerintah. Sekarang ISA tidak ada lagi, pihak berkuasa  mengguna Akta Hasutan dan mahkamah untuk menutup mulut rakyat, supaya pemerintahan UMNO—BN dapat dipanjangkan.

Perbuatan sedemikian bertentangan amalan demokrasi walaupun  PM Najib sedar dan bersetuju memansuhkan Akta Hasutan dua tahun yang lalu, tetapi   membuat pusingan-U dan hendak mengekalkannya pula.

Masalah negara banyak. Masalah  rasuah, segelintir elit berkuasa monopoli sumber dan kekayaan negara,  jurang antara kaya dan miskin makin luas, harga barangan melambung naik, keruntuhan nilai  sosial, pendidikan dan keselamatan, pejenayah dan penyalahgunaan dadah  melanda, alam persekitaran dicemar dan dieksploitasi sewenang-wenang, daya persaingan negara jatuh, banjir, kemarau dan catuan air kerap berlaku lagi genting. Kesemua masalah  sedang menunggu penyelesaian yang  berkesan oleh pihak pemerintah.

Tetapi pihak elit  bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah dan kesempitan hidup rakyat yang dicipta-buat oleh mereka, selain memecah perintah rakyat dengan isu-isu perkauman dan agama, mulut rakyat juga ditutup dengan mengguna Akta Hasutan dan mahkamah, pandangan mereka tidak didengar, ketidakpuasan rakyat ditekan, serta seribu satu daya dicari untuk mengekalkan kuasa kongkongan elit politik.

Negara  ini perlu berubah. Akta-akta seperti Akta Hasutan dan tahan tanpa bicara tidak dapat membanteras  kegiatan ganas dan jenayah. Jalan progresif dan adil ialah jawapan.

Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia

Koh Swe Yong
012-2766551