Adam Adli ditahan kerana menghasut
18 Mei 2013![]()
Adam AdliSHAH ALAM - Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.
Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.
Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu.- Sinar Harian, 18/5/2013, Adam Adli ditahan kerana menghasut
No more loss of UNION membership after loss of employment(wrongful
termination/retrenchment, etc) - Positive NEW law - for workers
-
*When a Trade Union Member loses his job/employment, automatically the LAW
ends his/her Trade UNION membership - and thus when a worker-union member
most...
2 days ago