PRM: Tubuh Pesuruhjaya Bebas Siasat 1MDB dan Tarik Balik Siasatan Terhadap Rafizi dan 4 Anggota Majlis Peguam
Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa adalah tidak boleh diterima dan juga didapati tidak dijawap semua soalan yang melibatkan skandal 1MDB dengan sejumlah wang yang begitu besar apabila laporan PAC yang diumumkan semalam di Parlimen mencadangkan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi disiasat.
PRM juga menyeru supaya pihak berkenaan menarik balik dakwaan terhadap YB Rafizi di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan siasatan 4 orang anggota Majlis Peguam Malaysia di bawah Akta Hasutan yang mengusul dan dilulus oleh Mesyuarat Agung Majlis Peguam supaya Peguam Negara Apandi meletakkan jawatannya.
Pada pandangan PRM, 1MDB sudah disahkan mempunyai masalah serius, pihak berkuasa harus menubuhkan satu Pesuruhjaya Bebas untuk menjalankan siasatan terperinci dan telus, memastikan individu yang terlibat memikul tanggungjawab demi pemerintahan yang baik (good governace)
Dalam skandal 1MDB, PRM pasti bukan seorang sahaja yang bertanggungjawab mendatangkan masalah serius. Apatah lagi bekas CEOnya Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada masa ini merupakan pengarah PEMANDU.
PEMANDU merupakan unit di Jabatan Perdana Menteri dengan peranan dan objektif utama mengawasi, menilai, menyokong dan mempromosi program Transformasi Pentadbiran Kerajaan dan Ekonomi yang dirancang oleh kerajaan pusat.
PRM juga mengkritik pihak berkenaan menahan dan mendakwa ahli parlimen YB Rafizi di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), dan menyiasat 4 orang anggota Majlis Peguam Malaysia yang mengemukakan usul di mesyuarat agung Majlis Peguam yang telah dilulus. Usul tersebut menyeru Peguam Negara meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara.
Pada PRM, siasatan dan dakwaan tersebut tidak seharusnya berlaku. Peristiwa tersebut berkaitan terus dengan peristiwa 1MDB. Sekiranya siasatan 1MDB dari mulanya dijalankan dengan telus dan segera, kemudian diumumkan kepada pengetahuan orang ramai, apa yang disebut membocohkan rahsia rasmi atau hal hasutan tidak akan timbul. Tambahan lagi, perkara itu melibatkan kepentingan umum. Rakyat berhak untuk mengemukakan pandangan. Ini adalah hak asasi masyarakat demokratik.
Setiausaha Agung PRM
Koh swe Yong
012-2766551