Dato Ahmad Boestaman (November 30, 1920 -
January 19, 1983) was a Malaysian freedom fighter, politician and was
the founding president of Parti Rakyat Malaysia.
Dipaparkan biografi ringkas Ketua Umum Parti Rakyat Malaysia yang pertama, dipetik dari Wikipedia.
Salam perjuangan dan solidariti dr kami di Parti Rakyat Malaysia dan Angkatan Rakyat Muda
ALLAHYARHAM AHMAD BOESTAMAM.
Ahmad Boestaman was born in Setapak, Selangor to Minangkabau parents, who originally come from Salido, Pesisir Selatan, West Sumatra, and was raised in Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak.
Boestaman had been a young follower of the Kesatuan Melayu Muda (KMM) from the late 1930s in Perak, emerging after the war as the militant youth leader of Angkatan Pemuda Insaf (API) to the older and more moderate Dr Burhanuddin Helmi and Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) of the Malay Nationalist Party (PKMM).
PKMM, in turn, led Pusat Tenaga Rakyat or Putera to join the All Malayan Council of Joint Action (AMCJA), which was then led by the Malayan Democratic Union (MDU). AMCJA crafted the People’s Constitution in 1947 as the basis for Malayan independence, years before the United Malays National Organisation switched its slogan from “Hidup Melayu” to “Merdeka” under Tunku Abdul Rahman’s leadership.
Boestaman was detained without trial for seven long years from early 1948, before the Emergency was declared in mid-1948, together with thousands of other Malay youths demanding independence. This pre-emptive repression by the colonial power was to ethnically colour the subsequent anticolonial resistance.
Soon after his release in 1955, he set up the Partai Rakyat Malaya with other independent fighters on November 11, 1955. Inspired by anti-colonial and socialist struggle in Indonesia led by Sukarno, the party in its formative years subscribe to a Pan-Malay/Indonesia nationalism. Unlike its contemporary UMNO (which later became the ruling party until today), Parti Rakyat demanded total independent from British colonialism.
The party later joined with the Labour Party of Malaya (Parti Buruh), chaired by Ishak Haji Muhammad, to create the Socialist Front, which dominated the local councils in Peninsular Malaysia. The growing power of the left resulted heavy crackdown by the UMNO government.
In 1963, soon after the outbreak of the Konfrontasi between Malaysia and Indonesia, the Alliance government began yet another massive round up of politicians and activists among the opposition. Among those arrested and detained were Boestaman, Ishak Haji Muhammad, Abdul Aziz Ishak (head of GERAM), Datuk Kampo Radjo (later the president of PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar and hundreds of others.
The Socialist Front eventually dissolved under strong state repression. When racial riot broke out in 1969, the ruling UMNO consolidated its grip and local council election was abolished. Parti Rakyat lost it prominence in parliamentary politics. Boestaman eventually faded from the headlines of Malaysian politics.
Boestaman's son, Rustam Sani would later become the deputy president of the party his father founded.
Ahmad Boestaman died on January 19, 1983.
Dipaparkan biografi ringkas Ketua Umum Parti Rakyat Malaysia yang pertama, dipetik dari Wikipedia.
Salam perjuangan dan solidariti dr kami di Parti Rakyat Malaysia dan Angkatan Rakyat Muda
ALLAHYARHAM AHMAD BOESTAMAM.
Ahmad Boestaman was born in Setapak, Selangor to Minangkabau parents, who originally come from Salido, Pesisir Selatan, West Sumatra, and was raised in Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak.
Boestaman had been a young follower of the Kesatuan Melayu Muda (KMM) from the late 1930s in Perak, emerging after the war as the militant youth leader of Angkatan Pemuda Insaf (API) to the older and more moderate Dr Burhanuddin Helmi and Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) of the Malay Nationalist Party (PKMM).
PKMM, in turn, led Pusat Tenaga Rakyat or Putera to join the All Malayan Council of Joint Action (AMCJA), which was then led by the Malayan Democratic Union (MDU). AMCJA crafted the People’s Constitution in 1947 as the basis for Malayan independence, years before the United Malays National Organisation switched its slogan from “Hidup Melayu” to “Merdeka” under Tunku Abdul Rahman’s leadership.
Boestaman was detained without trial for seven long years from early 1948, before the Emergency was declared in mid-1948, together with thousands of other Malay youths demanding independence. This pre-emptive repression by the colonial power was to ethnically colour the subsequent anticolonial resistance.
Soon after his release in 1955, he set up the Partai Rakyat Malaya with other independent fighters on November 11, 1955. Inspired by anti-colonial and socialist struggle in Indonesia led by Sukarno, the party in its formative years subscribe to a Pan-Malay/Indonesia nationalism. Unlike its contemporary UMNO (which later became the ruling party until today), Parti Rakyat demanded total independent from British colonialism.
The party later joined with the Labour Party of Malaya (Parti Buruh), chaired by Ishak Haji Muhammad, to create the Socialist Front, which dominated the local councils in Peninsular Malaysia. The growing power of the left resulted heavy crackdown by the UMNO government.
In 1963, soon after the outbreak of the Konfrontasi between Malaysia and Indonesia, the Alliance government began yet another massive round up of politicians and activists among the opposition. Among those arrested and detained were Boestaman, Ishak Haji Muhammad, Abdul Aziz Ishak (head of GERAM), Datuk Kampo Radjo (later the president of PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar and hundreds of others.
The Socialist Front eventually dissolved under strong state repression. When racial riot broke out in 1969, the ruling UMNO consolidated its grip and local council election was abolished. Parti Rakyat lost it prominence in parliamentary politics. Boestaman eventually faded from the headlines of Malaysian politics.
Boestaman's son, Rustam Sani would later become the deputy president of the party his father founded.
Ahmad Boestaman died on January 19, 1983.
**** Petikan Daripada Wikipedia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Ahmad Boestamam | |
Ahli Parlimen
untuk Setapak, Selangor |
|
Tempat lahir | Setapak, Selangor |
---|---|
Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |
Ahmad Boestamam (30 November 1920 - 19 Januari 1983; nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali.
Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena
ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak.
Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan
nama pena Ruhi Hayat
dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang
pemidato yang handal. Beliau di anugerahkan Panglima Negara Bintang
Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk.
Isi kandungan
|
Masa kecil
Bapanya Raja Kechil, seorang petani, dan ibunya Rasiah. Ahmad Boestamam dibesarkan di Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak.
Beliau mempunyai dua orang kakak, iaitu Rasunin dan Ramlah. Pada usia
enam tahun, Beliau memasuki Sekolah Melayu Behrang Ulu, sebuah sekolah Melayu dan kemudiannya, pada tahun 1933, beliau memasuki Anderson School, Ipoh. Ahmad tamat Darjah Lima dan lulus dengan Gred 1 dalam peperiksaan Kelas Melayu Khas ("Special Malay Class", SMC).
Kerjaya wartawan
Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad adalah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob dan Ishak Haji Muhammad.
Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang.
Walaupun tulisannya tidak setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi
beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama
dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah
cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan
nasionalisme orang Melayu.
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Kepentingan Boestamam dalam kegiatan politik bermula dengan penglibatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai Penolong Setiausaha semasa menjadi pemberita khas akhbar Majlis di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Walaupun beliau hanya menjadi orang yang keempat penting dalam organisasi yang menjadi ejen Jepun,
tetapi ini tidak dipandang ringan oleh kerajaan British. Ahmad dianggap
sebagai seorang aktivis politik antipenjajahan yang berbakat besar.
Penangkapan Boestamam pada tahun 1941-1942 bersama-sama dengan 150
orang anggota dan penyokong KMM memulakan kehidupan getir Boestamam
sebagai seorang aktivis politik.Beliau telah menjadi lebih terdedah
kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan
kepada sikap antipenjajahannya. Ini menjadi satu mungkin kepada
semangatnya untuk terus bergiat dalam politik. Beliau dibebaskan oleh
tentera Jepun yang datang menyerang Tanah Melayu.
Beliau menerbitkan Testamen Politik Api yang mengajukan gagasan
‘merdeka dengan darah.’ Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke
mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikutnya, dan beliau
dikenakan denda $1,200.00.
Gerakan Kiri Tanah Air (KITA)
Ahmad seorang perancang politik yang bijak. Beliau telah menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya dan British yang sedang berusaha memerangi tentera Jepun. Walaupun penubuhan ini dipaksakan kepadanya oleh MPAJA, tentera
Parti Komunis Malaya, tetapi ia juga menjadi satu bukti kepada
kerjasama Ahmad dengan kumpulan anti-Jepun. Ini boleh digunakan sebagai
bukti untuk menafikan kerjasama sepenuhnya dengan Jepun.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Boestamam kemudian menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKM yang mahu menguasai Tanah Melayu
dengan cara perlembagaan telah membentuk satu "Barisan Bersatu Malaya"
untuk mempengaruhi parti-parti politik Melayu dan kesatuan sekerja India. Penyerapan unsur PKM ke dalam masyarakat ini dipercayai dapat memperkenalkan mereka dengan gagasan sosialisme dan seterusnya komunisme. Dengan itu, cita-cita untuk membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah.
Dengan itu, Ahmad telah bekerjasama secara sedar dengan pihak PKM
yang juga bersifat penjajahan ke atas Tanah Melayu. Ini kerana PKM
adalah anak Parti Komunis China yang bekerjasama dengan Comintern, iaitu pertubuhan komunis antarabangsa yang berada di bawah pengaruh Russia.
Ahmad membenarkan PKM mempengaruhi PKMM. Ini bukan sahaja kerana
pentadbiran Tanah Melayu berada di bawah penguasaan PKM, tetapi juga
kerana bantuan kewangan dan pengurusan surat khabarnya, Suara Rakyat dan Voice of the People dipegang oleh PKM. Teraju utama, iaitu Presiden PKMM juga dikuasai oleh PKM, melalui Mokhtaruddin Lasso, seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi ketua orang Melayu Regimen ke-10 MPAJA.
Akhirnya, PKM menentukan dasar politik PKMM. Dasar politik untuk
melindungi dan berjuang bagi mewujudkan perasaan kebangsaan, memajukan
ekonomi, pelajaran dan keadilan bagi masyarakat Melayu telah diubah oleh
PKM. PKM juga telah meletakkan satu dasar yang penting yang
melambangkan pembentukan sebuah bangsa "Malayan", sesuai dengan dasarnya
mewujudkan Barisan Bersatu Malayan pada masa depan. Dengan itu, dasar
PKMM tidak lagi bersifat Melayu seratus peratus. Ia telah disesuaikan
dengan cita-cita PKM.
Ahmad menyedari hal tersebut, maka untuk mengimbangi pengaruh politik PKM, dalam persidangan yang diadakan pada 30 November 1945, dasar membentuk 'Melayu Raya' atau Indonesia Raya,
telah dimasukkan sebagai salah satu matlamat perjuangan PKMM. Malah
dasar ini memang sengaja ditonjolkan begitu hebat oleh Ahmad dan
kumpulannya demi untuk mengelakkan pandangan orang ramai terhadap
penguasaan PKM dalam PKMM. Ini juga telah membolehkan runan Indonesia
yang menetap di Tanah Melayu.
Ahmad disokong oleh PKM. PKM telah membangkitkan pula soal tidak demokratik UMNO
kerana memberi dua sahaja undi kepada PKMM, seperti persatuan
negeri-negeri Melayu yang lain, yang dikatakannya lebih kecil daripada
PKMM. PKM juga menuduh UMNO sebuah parti yang konservatif dan tidak
menggunakannya sebagai biasiswa kepada anak-anak Melayu, dianggapnya
remeh.
Kerajaan British telah menyokong UMNO. Bagi kerajaan British, UMNO
adalah sebuah parti politik yang lebih sederhana, tidak dipengaruhi
sebarang unsur luar yang mengancam kedudukan politik dan ekonominya
serta tidak mempunyai sejarah penentangan terhadap pihak British,
seperti PKMM yang dipimpin oleh beberapa orang bekas anggota KMM. UMNO
juga direstui oleh raja-raja Melayu yang merupakan lambang ketuanan orang Melayu.
Sokongan raja-raja Melayu kepada UMNO sangat penting diakui kerana
raja-raja Melayu merupakan ketua kerajaan negeri yang membuat perjanjian
dengan kerajaan British. Kebijaksanaan UMNO menarik raja-raja Melayu
memihak kepada mereka telah memerangkap kerajaan British untuk mengakui
kepentingan UMNO.
Sekali lagi Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA,
sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh
PKM. Kedua-dua organisasi kemudian menjadi penentang yang penting kerana
telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat sebagai satu perlembagaan pilihan kepada orang ramai, selain Perjanjian Persekutuan 1948 yang disediakan oleh UMNO , raja-raja Melayu dan kerajaan British.
Dengan mempunyai satu dasar yang tidak bertumpu kepada kepentingan
orang Melayu sepenuhnya, bererti Ahmad Boestamam dan PKMM telah
bertentang arus dengan nasionalisme Melayu pada tahun 1946. Ini kerana penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
adalah kemuncak gerakan nasionalisme mereka selama ini. Gerakan
nasionalisme Melayu yang bermula begitu lambat dan tidak begitu mencabar
kerajaan British telah menjadi cukup tegang dengan pengenalan Malayan
Union. Ini kerana gerakan anti-Malayan Union itu telah membangkitkan
kesedaran politik yang cukup jelas sehingga melibatkan kaum wanita yang
selama ini tertutup dengan peranan tradisional mereka. Pengenalan
Malayan Union telah menyatupadukan orang Melayu, bukan sahaja di
kalangan rakyat tetapi juga raja-raja Melayu dan para pembesar
tradisional yang selama ini terpisah dengan rakyat jelata. Penentangan
itu merupakan satu gerakan yang telah mencabar kerajaan British sehingga
terpaksa tunduk kepada kehendak mereka.
Tangkapan ke-2
Pada Februari 1946, ketika semangat menuntut kemerdekaan sedang meluap-luap, Ahmad bersama dengan Dr Burhanuddin Al Helmi juga menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah pergerakan kiri yang radikal di Malaya dan memimpinnya sehingga pertubuhan itu diharamkan oleh pihak British.
Penangkapan Ahmad pada bulan Julai 1948-1954 membekukan kegiatan
politik Ahmad untuk satu tempoh yang panjang, iaitu selama tujuh tahun.
Beliau terpaksa ditahan begitu lama kerana berbahaya kepada keselamatan
politik British di Tanah Melayu dan kawasan sekitarnya, iaitu Nusantara.
Pengisytiharan undang-undang darurat juga digunakan untuk kerajaan
British mengawal anasir PKM dan sekutunya, termasuk PKMM dan anak
buahnya. Ahmad dianggap sebagai sebahagian daripada tenaga penggerak
yang berbahaya. Beliau ditahan oleh British dua kali. Kali pertama
sejurus sebelum kedatangan Jepun pada tahun 1941 selama tiga bulan.
Parti Rakyat Malaya (PRM)
Parti Rakyat Malaya telah menjadi parti politiknya yang pertama sebaik-baik sahaja beliau dibebaskan pada tahun 1955. Beliau telah menjadi pemimpin pembangkang Melayu dengan menggunakan ideologi sosialisme-marhaenisme ciptaan Sukarno. Dengan bekerjasama dengan Parti Buruh Malaya, beliau berjaya membentuk Socialist Front (SF) yang akhirnya menjadi salah satu parti pembangkang yang terkenal selepas kemerdekaan Tanah Melayu.
Pilihan raya 1959
Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 telah memberi satu pengiktirafan kepada kegiatan politik Ahmad selama ini. Beliau telah memenangi kerusi parlimen Setapak di Kuala Lumpur di bawah tiket Socialist Front.
Dengan itu, Ahmad telah menjadi salah seorang anggota pembangkang yang
disegani, bersama-sama dengan tokoh-tokoh nasionalis dan politik Melayu
yang lain seperti Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah. Tokoh-tokoh pembangkang bukan Melayu yang handal seperti Dr. Seenivasagam, Tan Chee Koon dan Lim Kean Siew
telah berganding bahu dengan Ahmad dan rakan-rakan yang lain. Kehadiran
Ahmad Boestamam dan kawan-kawannya itu menjadikan kerajaan perikatan
terpaksa bekerja keras untuk menentang mereka di Dewan Rakyat. Kehadiran mereka memang sangat menarik dalam sejarah politik berparlimen di Malaysia. Namun Ishak Haji Muhammad dari Parti Buruh kalah di Temerloh, Pahang.
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Tangkapan ke-3
Ahmad ditangkap pada tahun 1963,
buat kali ketiga dalam sejarah hidup politiknya. Pada kali ini Ahmad
ditangkap oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri selama empat
tahun. Ketika itu beliau masih menjadi ahli parlimen Setapak. Alasan kerajaan Perikatan ialah kerana Ahmad terlibat dalam usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang sedang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia. Ahmad dituduh bekerjasama dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) dan terlibat dalam pemberontakan Brunei 1962.
Tuduhan ini sangat menarik kerana ia menimbulkan dua gambaran yang
sangat penting. Pertama, ternyata Ahmad seorang penyokong Indonesia yang
sangat setia dan tetap. Kedua, penonjolan satu penglibatan politik
Ahmad yang menyeluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara. Ini bermakna bahawa Ahmad mahu menjadi juara Melayu Raya.
Meninggal dunia
Ahmad mengakhiri sisa-sisa hidupnya dengan menjadi penulis bebas di
akhbar-akhbar sebagai perintang waktu dan sedikit pendapatan untuk
menyara kehidupannya.
Dua tahun selepas menunaikan fardu haji, beliau meninggal dunia pada tahun 1983 kerana penyakit barah paru-paru.
Dengan itu, maka tamatlah perjalanan hidup seorang tokoh politik yang
sangat dinamik dan menarik yang telah memberi warna-warna garang dan
terang serta corak yang berliku-liku dalam kehidupannya dan politik
Malaysia khasnya. Kepentingan beliau dalam sejarah politik Malaysia
tidak akan dilupakan.
Jawatan yang disandang
Antara jawatan yang pernah disandang oleh Ahmad Boestamam ialah :- Penulis pojok akhbar "Saudara";
- Anggota Persatuan Melayu Perak (PMP) pada tahun 1937;
- Penolong Setiausaha Kesatuan Melayu Muda (KMM);
- Pengasas Gerakan Kiri Tanah Air (KITA);
- Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API);
- Pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM);
- Ketua pengarang akhbar harian, "Suara Rakyat";
- Ketua Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM);
- Pemimpin Parti Rakyat Malaya (PRM) pada tahun 1955;
- Setiausaha Kehormat Kongres pada tahun 1957;
- Ahli Dewan Rakyat kawasan Setapak 1959-1963.
Hasil penulisan
Selain daripada bergiat dalam politik, beliau juga berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 15 buah novel. Beliau adalah penterjemah, novelis, penyajak dan juga dianggap penulis yang cukup disegani. Antara bukunya ialah:
- Pacar merah Malaya. Singapura: Halmy, 1948.
- Gelap menjelang terang. Singapura: Geliga, 1956.
- Kabus pagi. Singapura: Geliga, 1958.
- Api Dan Air Mata (1967)
- Rumah Kaca Di Gegar Gempa (1969)
- Merintis Jalan Ke Puncak (1971)- terbitan Pustaka Kejora, Kuala Lumpur
- Dr. Burhanuddin Putera Setia Malaya (1972), terbitan Pustaka 17 Kejora, Kuala Lumpur. Buku ini menyebut tentang Dr. Burhanuddin al-Helmi semasa dalam PKMM dan PAS.
- Tujuh Tahun Malam Memanjang (1976)
- Sorotan Sekilas (1981)
- Lambaian Dari Puncak (1983)
- Testament Politik API
- Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api (2004)