Wednesday, October 14, 2015

PRM : Pinda Perjanjian Dengan Syarikat Konsesi Tol Demi Kepentingan Rakyat



Kenyataan Media 14-10-15



PRM : Pinda Perjanjian Dengan Syarikat Konsesi Tol Demi Kepentingan Rakyat


Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat pihak berkuasa tidak harus membenarkan syarikat konsesi tol menaikkan tol.


Apabila  tol dinaikkan, pihak berkuasa tidak menepati slogan rakyat didahulukan, membantu meringankan beban berat   rakyat, sebaliknya melakukan   yang meyusahkan lagi kehidupan umum dengan kadar kenaikan setinggi 200 %, dan sebab diberikan tidak munasabah dan tidak meyakinkan, menonjol sikap pihak berkuasa yang tidak prihatin dan tidak bertanggungjawap.


Maklumlah, kenderaan yang mengguna lebuh raya naik setiap tahun, jika kadar tol diturunkan, syarikat konsesi masih boleh mendapatkan keuntungan.


Menurut laporan berita, Menteri Kerja  Raya Haji Fadillah Yusof berkata, pihak kerajaan yang lepas harus disalahkan. Alasan alihkan  tanggungajawap kenaikan tol kepada pihak kerajaan lepas amat tidak bertanggungjawap, dan ternampak percubaan melepaskan tangan yang perlu dipikul oleh kerajaan kini.


Walaupun apa yang kita alami sekarang adalah ekoran daripada perbuatan kerajaan lepas. Tetapi rakyat juga tahu bahawa keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah tanggungjawap bersama, dan kerajaan sekarang merupakan kesinambungan  kerajaan lepas,  jikalau ada seorangpun  menteri dalam jemaah kabinet tidak bersetuju, keputusan itu tidak akan dilulus, kecuali menteri tersebut meletak jawatan atau dipaksa meninggalkan jemaah menteri, keputusan itu baru boleh dilulus.


Perdana Meneteri dan juga beberapa orang menteri lain berada di jemaah menteri kerajaan yang lepas, dan mereka turut bersama meluluskan keputusan penswastaan lebuh raya,  ini bermakna kerajaan sekarang turut bertanggungjawap terhadap kenaikan tol.


Kuasa pemerintahan adalah dalam tangan kerajaan, kalau perjanjian konsesi tol didapati tidak menguntungkan  rakyat, kerajaan boleh mengguna kuasa yang diamanahkan rakyat untuk meminda mana-mana perjanjian  yang membebankan rakyat. Jika boleh, tol harus dimansuhkan.


PRM yakin, jika kerajaan BN membentangkan supaya perjanjian konsesi tol dikaji dan dipinda, untuk meringankan bebanan rakyat, pembentangan di parlimen akan mendapat sokongan yang kuat, dan pindaan ini  dapat menawan hati jiwa rakyat.


Persoalannya  ialah dapat tak  kepentingan rakyat diletak pada kedudukan pertama?

Koh Swe Yong

Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM)


012-2766551

No comments: