21/7/2016
PRM : MANSUHKAN AKTA TAHAN TANPA BICARA, AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (POCA)
-
Kes
Sanjeevan Harus Dibawah Disiasat Di Bawah Perundangan Jenayah Biasa -
Parti
Rakyat Malaysia (PRM) menuntut agar semua perundangan yang membenarkan
penahananan tanpa bicara seperti Akta
Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dimansuhkan.
Penggunaan
POCA dalam kes tahan Pengerusi NGO anti-jenayah (MyWatch), Datuk Seri Sanjeevan
Ramakrishnan ini sangat dikesali.
POCA
membenarkan seseorang disyaki direman secara mandatori selama 21 hari – di mana
Majistret tidak lagi ada kuasa menilai alasan dan menentukan secara wajar
berapa hari reman yang wajar diberikan. Selepas ini, jika permohonan reman Sanjeevan
diminta dilanjutkan di bawah POCA, terpaksa Majistret memberikan reman untuk
tempuh 38 hari.
Bila
POCA digunakan, orang yang disyaki tidak perlu lagi dibawa ke Mahkamah untuk
dituduh dan dibicarakan, Beliau boleh seterusnya dikenakan perintah tahanan,
perintah pengawasan polis (atau perintah halangan/restriction) yang boleh
berlarutan untuk jangka masa tidak tertentu bergantung kepada budibicara pihak Lembaga
Pencegahan Jenayah.
Bagi
perintah penahanan, Lembaga tersebut ada kuasa mengarahkan seseorang itu
ditahan tanpa bicara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, di mana tempoh ini
boleh dilanjutkan berkali-kali, tetapi setiap masa lanjutan untuk tempoh tidak
melebihi dua tahun.
Pada
Hari Malaysia 2011, Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak 2011 telah mengumumkan
pemansuhan Akta ISA 1960 dan juga
penamatan tiga proklamasi darurat, di mana ini telah kemudiannya dilaksanakan.
Kerajaan
BN menyatakan bahawa pemansuhan akta membenarkan tahanan tanpa bicara ini
adalah untuk ‘…membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih
dinamik…’ dan ‘..adalah satu pembaharuan bagi menjamin keselamatan rakyat dan
hak bersuara rakyat…’.
Datuk
Seri
Jamil Khir Baharom (yang pada masa itu adalah Menteri di Jabatan
Perdana Menteri) juga menyatakan bahawa ‘…rakyat kini mendapat hak
sepenuhnya untuk di bicara..’ [Portal
Pusat Maklumat Rakyat (Portal PMR) 1KLIK. - http://pmr.penerangan.gov.my/ index.php/component/content/ article/445-kolumnis/11030- pemansuhan-isa.html]
Jelas
pernyataan atau jaminan kerajaan Barisan Nasional(BN) ini adalah palsu, dan PRM
berpendirian bahawa hak suara rakyat Malaysia kini adalah lebih dihalang dengan penggunaan,
antara lain, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta
Perhimpunan Aman 2011. Hak rakyat bersuara termasuk juga melalui media sosial
semakin lama semakin dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional.
Jaminan
kerajaan Barisan Nasional yang diberikan bahawa ‘rakyat kini mendapat hak
sepenuhnya untuk di bicara..’ juga nyata dinafikan dengan, antara lain,
pemindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan penggubalan Akta
Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), yang kini memberikan kerajaan kuasa menahan
seseorang tanpa bicara, dan juga kuasa mengenakan perintah halangan tanpa
bicara untuk jangkamasa tidak terhad, di mana mangsa perintah tanpa bicara
sedemikian juga dinafikan hak pergi ke Mahkamah mencabar alasan yang digunakan
untuk pengeluaran perintah tanpa bicara sedemikian.
Kes
Sanjeevan adalah kes yang mendapatkan liputan media massa, dan PRM kini mahu
kerajaan Malaysia segera mendedahkan berapa ramai lagi warga Malaysia yang kini
ditahan tanpa diberikan hak dibicarakan di Mahkamah terbuka di bawah POCA dan
undang-undang lain yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Harus
diingati bahawa Sanjeevan telah ditangkap kerana disyaki melakukan jenayah
biasa, di mana ini adalah alasan mengapa PRM percaya bahawa POCA ini
kemungkinan telah secara salah digunakan terhadap ramai orang yang disyaki
melakukan jenayah, termasuk yang berkemungkinan besar tidak bersalah. Jika seseorang bersalah
melakukan jenayah, pihak polis dan pendakwaan harus membuat pertuduhan di
Mahkamah, membuktikan kesalahan tersebut dan biarkan Mahkamah yang memutuskan
sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.
PRM
khuathir bahawa kes Sanjeevan ini mungkin juga titik permulaan Akta POCA ini
digunakan terhadap aktivis hak asasi, kesatuan sekerja, NGO, pejuang hak
komuniti dan warga biasa.
PRM
dengan ini menuntut agar semua yang kini ditahan tanpa bicara di bawa Akta
Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) atau Akta sedemikian segera dibebaskan tanpa
syarat;
PRM
juga menuntut bahawa Akta Pencegahan
Jenayah 1959 (POCA) dan semua Akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara
dimansuhkan.
Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Tel: + 6 012-2766551