Tuesday, September 1, 2015

PRM:- DEMI KEPENTINGAN MASA DEPAN NEGARA - Polis Bertindak Professional Tidak Menghalang Hak Perhimpunan Aman.

Kenyataan Media PRM – 1/9/2015

DEMI KEPENTINGAN MASA DEPAN NEGARA   - Polis Bertindak Professional Tidak Menghalang Hak Perhimpunan Aman.

Parti RakyatMalaysia(PRM) mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang telah keluar dengan berani  dan beramai-ramai demi kepentingan rakyat jelata serta masa depan Malaysia di perhimpunan aman Bersih 4 di Dataran Merdeka dan juga semua lokasi lain di seluruh Malaysia pada 29-30 Ogos lepas. PRM sentiasa sokong tuntutan rakyat untuk pimpinan dan kerajaan yang bersih dan demokratik.

PRM mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan penguatkuasa lain yang telah bertindak sopan, tidak menghalang rakyat menikmati hak perhimpunan awam, kebebasan pendapat dan ekspressi. Rakyat Malaysia, sekali lagi telah buktikan bahawa mereka ada disiplin dan matang. Rakyat tidak akan bertindak ganas atau tidak beradab – mereka hanya mahukan menggunakan hak mereka suarakan pandangan dalam  negara demokrasi.

PRM kesal dengan tindakan kerajaan yang cuba mengharamkan protes ini, serta tidak  munasabah mengeluarkan Perintah saat terakhir cuba menjadikan T-shirt , Risalah, dan bahan-bahan berkenaan Bersih 4 itu haram salah di sisi undang-undang. Menteri Dalam Negeri,  Ahmad Zahid Hamidi , harus segera membatalkan Perintahnya  bertarikh 27/8/2015 dan menarik balik kata-kata  bahawa tindakan akan diambil beliau terhadap pengelola Bersih 4 walaupun perhimpunan berjaya diadakan secara aman.

PRM juga kesal dengan tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia  Dr Salleh Said Keruak yang menghalang akses kepada beberapa laman web yang berkaitan BERSIH, dan ugutan laman sosial lain juga mungkin akan di-‘block’(Star, 29/8/2015). PRM berpendirian bahawa kebebasan internet, laman web, blog dan laman sosial harus dipelihara. PRM membantah apa-apa usaha cuba mengawal kebebasan penggunaan internet melalui perundangan.

Memandangkan media massa cetak dan televisyen kini tidak memberikan akses dan luang kepada rakyat menyuarakan pendapat, khususnya yang tidak bersetuju dengan kepemimpinan semasa, internet adalah satu-satu cara dan saluran bagi rakyat  mengeluarkan pendapat, berkongsi informasi dan matlumat  serta mendaptkan sokongan umum berkenaan satu-satu isu.

PRM kesal dengan tindakan pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan cuba memberi gambaran bantahan ratusan ribu rakyat  BERSIH 4 adalah hanya protes rakyat golongan ethnik tertentu dan bukan semua rakyat Malaysia. Protes tersebut adalah protes/bantahan rakyat Malaysia, dan memandangkan jumlah yang sanggup turun padang walaupun ada pelbagai  amaran dan ancaman dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah tidak sabar lagi dan mahu perubahan sekarang.

PRM menuntut lagi status penyiasatan kes rasuah Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, sepertimana yang telah dinyatakan dalam  kenyataan PRM pada 8/8/2015. PRM juga minta lagi status penyiasatan terhadap 1MDB  yang  dirujuk dalam kenyataan PRM bertarikh 9/8/2015.

PRM berpendapat bahawa Najib Tun Razak harus jika  tidak segera meletak jawatan Perdana Menteri, beliau harus bercuti supaya siasatan tersebut boleh dijalankan dengan bebas dan  undang-undang Malaysia harus dilihat terpakai sama kepada semua orang termasuk Perdana Menteri sendiri. Proses pentadbiran undang-undang dan keadilan, harus dibenarkan berjalan tanpa apa-apa halangan daripada pihak kerajaan


Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tal: 012-2766551)

No comments: