Tuesday, September 29, 2015

PRM harapkan semua parti pembangkang bekerjasama menentang BN dalam PRU 14(28/9/2015)

Kenyataan Media – 28/9/2015

PRM harapkan semua parti pembangkang bekerjasama menentang BN dalam PRU 14

Parti Rakyat Malaysia(PRM) berpendirian bahawa bilangan rakyat Malaysia yang menolak Barisan Nasional(BN) yang dipimpin UMNO kini sudah bertambah, oleh itu perlu sangat parti-parti politik pembangkang  bersatu menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) menentang Barisan Nasional.

Adalah benar, setiap parti politik mempunyai pendirian dan ideologi berlainan mengenai beberapa isu yang menjejaskan negara, tetapi PRM percaya bahawa semua parti politik sanggup berkerjasama dengan niat sama mengalahkan parti-parti Barisan Nasional (atau gagasan parti-parti politik di bawah pengaruh UMNO), yang telah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan pada 1957.

Tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan BN dahulu ada melakukan perkara yang baik, tetapi jelas kini lagi banyak perkara salah  dilakukan termasuk penyalahgunaan kuasa, rasuah, boros dan pelaksanaan polisi dan dasar  yang tidak mengutamakan  rakyat tetapi hanya menjaga kepentingan beberapa orang    dan perniagaan korporat  dan kroni.

Justeru,  demi kepentingan rakyat dan negara, zaman pemerintahan BN harus diakhiri secepat mungkin  dan digantikan dengan kerajaan alternatif yang benar -  bukan sekadar penukaran orang dan parti yang memerintah.

Inisiatif Pakatan Rakyat yang melibatkan PAS, DAP dan PKR yang dimulakan pada 2008 kini nampaknya sudah berakhir.

Pertama, kelemahan Pakatan Rakyat (PR), yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, adalah keengganan melibatkan parti-parti politik pembangkang  lain termasuk PRM. Pendirian  ini telah membuntukan perkembangan PR.

Kedua, Pakatan Rakyat, yang pernah menyatakan mahu menjadi lebih daripada ‘election pact’ (persetujuan menghadapi pilihanraya), juga telah gagal mengambil langkah  mendaftarkan diri sebagai satu gabungan parti politik seperti BN.

Ketiga, kegagalan PR adalah kegagalan sampai   pendirian dan dasar berkenaan cara pentadbiran dan  isu-isu asas. Perbedaan ini nyata dari cara pentadbiran kerajaan negeri yang kini diperintah parti PAS-DAP-PKR. Hala tuju dan dasar  setiap kerajaan negeri tersebut berkenaan nampaknya ditetapkan oleh Menteri Besar atau parti Menteri Besar berkenaan, dan bukan secara bersama. Kehilangan Kedah dan kegagalan merampas kembali Perak dalam Pilihanraya Umum (PRU) lepas adalah kesan amalan sebegini.

Keempat, walaupun PR berjaya mendapat memerintah beberapa negeri, apa yang dilihat adalah cara pentadbiran dan  dasar  nampaknya tidak banyak berubah daripada cara UMNO-BN. Apa yang berbeda mungkin adalah kerajaan negeri kini  lebih bersih, cekap dan amanah.

Ini tidak memadai, kerana perlu juga ada perubahan benar dari segi polisi dan dasar berkenaan, antara lain, promosi dan jaminan hak pekerja, golongan tani, nelayan, sistem pendidikan, orang asli, alam sekitar, kesihatan dan kebajikan rakyat. Parti pembangkang ini perlu membuktikan alternatif yang lebih baik dan adil.  

Rakyat biasa di peringkat akar umbi sehingga kini tidak dapat menikmati apa-apa perbedaan nyata berbanding dengan zaman UMNO-BN yang memerintah negeri yang kini ditadbir parti PR, kecuali mungkin di Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng. Ini  juga boleh dilihat daripada kekurangan  kerusi parlimen yang dimenangi oleh PAS dan PKR dalam PRU 13.

Seperti yang telah dinyatakan, kejayaan pembangkang dalam PRU lepas adalah kerana lebih ramai rakyat  menolak Barisan Nasional, di mana bilangan rakyat yang tidak mahu BN memerintah bertambah lagi. Ini disebabkan  skandal RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, perkara berkaitan 1MDB, kegagalan  perjalanan lancar penyiasatan dan tindakan berasaskan undang-undang apabila melibatkan Perdana Menteri atau GLC, pelaksanaan GST,  inflasi dan peningkatan kos sara diri,  penafian hak pekerja menggunakan Akta dalam kes sistem penerbangan Malaysia, dasar mementingkan keuntungan syarikat besar  lebih daripada isu hak dan kebajikan rakyat.

Harus juga diingati bahawa untuk PRU akan datang, apa yang berlaku di negeri yang kini diperintah gabungan PAS-DAP-PKR juga akan diambil kira pengundi. Jika tidak ada perubahan nyata dilihat, ini boleh juga menjejaskan keputusan PRU akan datang, tambah lagi jika UMNO sebelum PRU 14 bertindak menukar Perdana Menteri.

Ingin dinyatakan bahawa bilangan undi yang diperolehi dalam satu-satu kerusi yang dipertandingkan tidak sama sekali boleh dianggap sebagai sokongan kepada hanya Parti calon pembangkang yang bertanding, tetapi sebenarnya adalah sokongan kepada semua parti pembangkang, sama ada bertanding atau tidak. Secara alternative, undi memihak pembangkang adalah sebenarnya seruan rakyat mahukan alternatif asalkan bukan BN.

Sifat mahu terus kekalkan kerusi oleh parti yang calonnya menang, atau telah bertanding pada PRU13,  adalah tak rasional dan hanya mendedahkan sifat pentingkan parti sendiri, bukan sama sekali mementingkan rakyat Malaysia  dan keadilan.

PRM, sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955, pengasasnya antara lain  Saudara Ahmad Boestamam, mempunyai sejarah  berjuang untuk keadilan dan kebajikan rakyat Malaysia, terutama untuk kumpulan tertindas dan terpinggir termasuk golongan pekerja, petani dan nelayan. PRM tetap kekal dan komited dalam perjuangan, sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Pendirian PRM adalah  kerusi yang bakal dipertandingkan diagihkan berasaskan  calon yang  terbaik, yang berprinsip dan berkebolehan untuk  rakyat dan kawasan berkenaan tak kira parti.

Meletakkan calon yang salah bakal merugikan rakyat setempat dan rakyat Malaysia. Kini terdapat ramai wakil rakyat dan ADUN pembangkang  ponteng Parlimen,  tak berhujah atau tanya soalan,  tak juga menampil menunjukkan sokongan isu rakyat, dan yang tidak pun berkomunikasi berterusan dengan rakyat seperti yang  diperlukan seorang wakil rakyat.

PRM mahu secara pasti  rakyat  dikembalikan hak memilih sendiri wakil dalam kerajaan tempatan (Local Council), serta juga hak memilih secara demokratik kepimpinan di peringkat kampung, kampung baru, kampung orang asli dan taman.

PRM mahukan kerajaan alternanif yang  bukan  bermaksud hanya  penukaran orang yang memerintah tetapi juga perubahan dari segi polisi dan arah tuju pentadbiran.

Asas perjuangan PRM adalah keadilan dan kebajikan rakyat dengan  penekanan harus diberikan kepada yang miskin dan terpinggir di mana programnya bukan sekadar ‘bantuan kewangan’ seperti BR1M,  tetapi ke arah pembinaan masyarakat dan rakyat  yang  dapat berdikari, dengan  pendapatan berkekalan  buat  sekarang dan untuk hari tua.

PRM berharap semua parti  menggembleng tenaga dan sedia bekerjasama,  sanggup membelakangkan hasrat sempit serta sikap mementingkan diri,  bukan mahu menang seberapa banyak kerusi yang boleh untuk mencerahkan peluang Wakil Rakyat atau ADUN parti  menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar,  dan bersatu  demi kepentingan rakyat dan keadilan untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Strategi satu lawan satu masih strategi terbaik untuk mengakhiri pemerintahan UMNO-BN.

PRM sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan NGO, asalkan bukan UMNO-BN, demi masa depan rakyat Malaysia.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tal: 012-2766551)

Friday, September 25, 2015

Political “earthquakes” that realigned M’sian politics (Pt 1) - Liew Chin Tong(FMT)

* What is below is just an article by DAP's Liew Chin Tong - the role and part played by PRM was so much more than mentioned

Political “earthquakes” that realigned M’sian politics (Pt 1)

September 25, 2015 
 
The spectrum of Malaysian politics has experienced three great political earthquakes and the outcome is a change that will never be the same again.

COMMENT

Malaysia,-putrajaya
By Liew Chin Tong

In the wake of an earthquake, tectonic plates will shift and realign. It takes time before gradually stabilising. In the process of seismic shifting, instead of hoping for a more stable surface, it would be better to reflect on the possible changes after the earthquake.

The spectrum of Malaysian politics experienced three great political earthquakes that caused shifting and realignment. After each shaking, the scenario that emerged was a previously unthinkable one. Once the tectonic plates shift, the outcome is a change that will never be the same again.

The first pre-Merdeka pan-Malayan General Election in July 1955 saw the success of the Alliance, using the UMNO-MCA-MIC formula.

UMNO’s opponents in that election were Dato’ Onn’s Parti Negara, PAS and left-wing Parti Rakyat.

When Malay left leader Dr Burhanuddin al-Helmy took over the helm of PAS in 1956, there was a certain degree of cooperation among anti-colonial activists, the Islamist movement, the Malay left and state/ regional champions (particularly in Kelantan). As for Chinese politics, the Labour Party was the biggest threat to MCA.

This scenario went on until the 1964 General Election, after which three political earthquakes took place.

In the 1964 General Election, the People’s Action Party (PAP) – led by Lee Kuan Yew – contested several Peninsular Malaysia seats, but were unsuccessful in unseating the existing political groupings. The party only won one seat through Devan Nair.

1969 General Election

The Labour Party boycotted the election on 10 May 1969. Two parties rose up to fill the ensuing political vacuum, namely the newly-formed Democratic Action Party (DAP) and Gerakan – which went on to capture Penang state government under Lim Chong Eu.

This election, and the May 13 incident which took place three days after it, was a political earthquake. The political spectrum realignment in the subsequent 1974 election can be summarised in two points:

Firstly, the demise of left-leaning parties as a Parliamentary movement.

The eventual demise of the left (then popular in the 1960s) could be attributed to:

a) Parti Rakyat and Labour Party’s disagreement on language policy, causing the break up of the Socialist Front;

b) In response to the international climate of the Cold War and Vietnam war, the government cracked down on all left-leaning parties, including the moderate left ones. Virtually all of the Labour Party’s Central Leadership was detained under ISA. As a response, even center-left forces were radicalised and polarised, eventually the Labour Party gave up its parliamentary struggle.

c) Burhanuddin’s long ISA detention, health deterioration upon his release, and eventual demise in 1969. 

Circa 1965, the de facto leader of PAS was in fact Kelantan Menteri Besar Mohd Asri Haji Muda. Asri was also seen as the champion for Kelantanese regional identity, thus began PAS’ estrangement from left-wing and anti-colonial politics.

Secondly, UMNO’s dominance in the model of race politics

After the May 13 incident, the National Operations Council, chaired by Tun Abdul Razak, was formed on 16 May. The incumbent Prime Minister Tunku Abdul Rahman began to lose his grip on power and stepped down in September 1970.

Parliamentary democracy was suspended from between May 13 and when Parliament was reconvened in February 1971.

Tun Abdul Razak introduced the New Economic Policy, adopted the discourse of the left on “equitable distribution” but practiced it in a race-based manner. Razak also courted PAS in the name of “Greater Malay Unity”.

Tun Abdul Razak altered the political spectrum, when he turned the UMNO-MCA-MIC power-sharing model into an UMNO-dominant model. The role of the other Barisan Nasional component parties became a subservient one, this included former Opposition parties PAS, Gerakan, PAP, and others.

1982 PAS internal fight

With PAS being incorporated into a coalition government with the Alliance in 1973 and into the Barisan Nasional framework in 1974, there was no major Malay opposition party. As racial politics reared its head, Parti Rakyat was sidelined.

Although the Malay opposition was by then a spent force, there were still anti-UMNO sentiments among Malays, particularly during the 1973-74 economic crisis triggered by the oil crisis.

Against this backdrop, the Islamic Youth Movement of Malaysia (ABIM) leader Anwar Ibrahim emerged as an important figure in the Malay civil society movement.

PAS was expelled from BN in November 1977 and it suffered great setbacks in the 1978 election, losing most of its seats and conceding the Kelantan State Government.

From the 1978 election to the 1982 election, PAS underwent internal turmoil, but it also attracted several young leaders from ABIM, including its future Presidents Fadzil Noor, and Abdul Hadi Awang.

The shocker of the April 1982 election was UMNO’s high profile new recruit with Islamic credentials, Anwar Ibrahim – who had up until then been tipped for a PAS post. Asri had invited Anwar at least twice to be PAS’ President.

PAS continued to suffer losses in the election and barely retained 5 parliamentary seats.

In response to Anwar’s meteoric rise in UMNO and UMNO’s new Political Islam, PAS sought to reinvent itself. In the October 1982 Muktamar, a group of young Turks overthrew Asri’s leadership.

Thus the era of PAS-UMNO competing to champion Malay issues evolved into a competition to champion Islamic causes.

The domestic Islamic revival movement as well as the 1979 Iranian Revolution were major influences in the fierce clashes that took place post-1982 between UMNO/ Anwar and PAS’ Young Turks (particularly Hadi).

1998 Anwar’s ouster

The period from 1982 to 1998 also saw UMNO’s Team A-Team B split in 1987 and later on, the clash of UMNO Baru under Dr Mahathir and Semangat 46 under Tengku Razaleigh.

The latter was all but wiped out in the 1990 election, and after suffering another crushing defeat in the 1995 election, Semangat 46 was eventually re-absorbed into UMNO in 1996.

In the 1990 election, PAS with the assistance of Semangat 46 recaptured Kelantan, laying the foundation for a more centrist PAS that would appeal to moderate Malay voters as many young and capable activists joined the party.

In the 1990 election, the emergence of Semangat 46 united the two camps among the opposition parties to work together, paving the way for the possibility of an opposition coalition.

However, I do not consider the contribution of Semangat 46 as a political earthquake, because it did not have a lasting impact on the realignment of political forces in Malaysia.

UMNO’s reunification in 1996 was followed by Mahathir’s sacking of then-Deputy Premier Anwar Ibrahim on 2 September 1998, and his eventual arrest on 20 September. The Anwar incident was the catalyst for two historical political spectrum realignments:

First, the formation of Parti Keadilan Nasional (Later PKR)

After his sacking, Anwar declined the invitation to join PAS or Parti Rakyat, instead choosing to set up KeADILan. As a result, there were four main opposition parties instead of the original trio of DAP, PAS and Parti Rakyat. Barisan Alternatif was formed on 24 October 1999 and contested in the 1999 election.

Second, the emergence of the progressive faction in PAS

Before 1998, PAS members were mostly from the four East Coast states, by and large they were from the agriculture/plantation small owners and working class.

After the Anwar incident, Malays from all states in the Peninsular joined PAS in droves, this included the professional classes. Within a year after Anwar’s sacking, PAS membership exploded from 450,000 to 800,000.

One could argue that PAS’ 2015 split is the culmination of 17 years of internal strife and failed accommodation of the “Class of 1998” and the “Class of 1982”. The outcome of the split was two parties: the original PAS and Parti Amanah Negara.

The Anwar Incident was a watershed in Malay politics. Since then, PKR and the PAS progressives premised their struggle on opposing UMNO’s corruption, nepotism, and undemocratic practices. This was clearly a different political orientation than that pursued by the 1982 PAS conservatives and UMNO.

In tracing the timeline of Malaysia’s political spectrum reorganisation, the dominant issues of the period were the death of the left-wing/anti-colonial parliamentary struggle in 1969, to the era of race-based politics, to the 1982 struggle of political Islam, to the Reformasi movement shifting the political struggle to be for all rakyat, to this new political earthquake in 2015. How will the ground shift after the 2015 earthquake?

I will discuss this in the next installment of this series.

Liew Chin Tong is MP for Kluang; DAP Political Education Director; and spokesperson for transport and public works.

With a firm belief in freedom of expression and without prejudice, FMT tries its best to share reliable content from third parties. Such articles are strictly the writer’s personal opinion. FMT does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

PRM terima kebebasan perhimpunan aman tak macam MCA hendak hentikan perhimpunan aman

Kenyataan Media  – 25/9/2015

PRM terima  kebebasan perhimpunan aman  tak macam  MCA  hendak  hentikan perhimpunan aman  

Parti Rakyat Malaysia (PRM) terkejut dan mengkritik seruan Presiden MCA Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri untuk melarang dan menghentikan semua perhimpunan aman pada masa depan. 

Menurut laporan berita, beliau dipetik, “ MCA dengan kerasnya mesti hendak semua perhimpunan dilarang….” 

Jelasnya, Liow Tiong Lai tidak memahami betapa pentingnya hak kebebasan perhimpunan aman dan kebebasan bersuara, dan hak-hak ini lebih penting  dalam sistem pemerintahan demokrasi. Hak ini juga hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

PRM tetap menyokong hak rakyat untuk mengadakan protes,  bantahan dan perhimpunan aman. Sama ada protes dan bantahan, perhimpunan, atau perarakan  terdiri daripada berbilang kaum atau berbilang agama, atau hanya terdiri daripada khalayak ramai satu kumpulan etnik dan kaum, agama, atau kelas seperti pekerja atau petani tidak mengapa.   

PRM menerima bahawa perhimpunan aman merupakan satu saluran untuk menyampaikan hasrat kepada umum, kumpulan tertentu, entiti  atau institusi termasuk kerajaan. Perhimpunan aman juga merupakan saluran untuk menyampaikan hakikat bahawa sesuatu tuntutan itu bukan pendirian atau kehendak seorang dua sahaja, tetapi kehendak sekumpulan manusia yang banyak yang diperlihatkan dengan bilangan peserta yang besar bilangannya dalam perhimpunan. Oleh itu, adalah tidak masuk akal   dan tidak munasabah dicadang perhimpunan aman diadakan di tempat terpencil atau di kawasan tertutup.

Oleh demikian, PRM menyeru kepada anggota dan penyokong MCA supaya mendesak Presidennya untuk memahami dan menghormati hak perhimpunan aman dan semangat demokrasi serta menarik balik seruan yang mahu melenyapkan  hak asasi perhimpunan aman di negara ini. 

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tel: 012-2766551)

Media Statement – 25/9/2015

PRM  recognizes the freedom of peaceful assembly unlike MCA who wants future mass rallies stopped

Parti Rakyat Malaysia(PRM) is shocked and  strongly criticizes  the call of  Liow Tiong Lai, President of MCA, to the Prime Minister to stop all future mass rallies. 

He was reported as saying, “MCA is adamant that all mass rallies must be stopped...”(Malaysian Insider, 24/9/2015). 

Clearly, he fails to understand the importance of the right of freedom of peaceful assembly, freedom of expression and opinion, more so in a democracy. This is also a fundamental right that is enshrined in our Federal Constitution.

PRM   certainly upholds  the right of people to hold peaceful protests and rallies. It matters not whether these protests, rallies or processions are multi-racial or multi-religious, or just by people of one particular ethnic group, religion or a class like workers or farmers . 

PRM recognizes that a peaceful assembly is a means of conveying an opinion to the public, targeted persons and entities which could also include governments. Peaceful assembly is also the means to communicate the fact that this is just not the position of 1 or 2 persons, but a lot of people reflected also by the numbers that attend. That is why it makes no sense to have a peaceful assembly at some isolated location or a closed venue.

PRM calls on MCA’s members and current supporters to sanction its President who wants to extinguish our fundamental right to peaceful assembly in Malaysia.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tel: 012-2766551)

Stop all future rallies, MCA tells Najib

MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai says today mass rallies will strain national unity and tarnish Malaysia’s international image. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, September 24, 2015. 
MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai says today mass rallies will strain national unity and tarnish Malaysia’s international image. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, September 24, 2015. 
 
Senior Barisan Nasional (BN) coalition party MCA wants Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to put a stop on all rallies in the future, calling such gatherings a threat to the nation’s harmony.

President Datuk Seri Liow Tiong Lai said mass rallies would eventually lead to violent confrontations as extremists from both ends would be spoiling for a fight by pushing one another to the edge.

This, he said, would strain national unity and tarnish Malaysia's name internationally.

“MCA is urging our prime minister to put a stop to all further rallies. Clearly, they are threatening to tear the fabric of our nation apart. “MCA is adamant that all mass rallies must be stopped. The way forward is to return to the values of our founding fathers,” he read from a statement after chairing the party’s central committee meeting today.

Malaysia saw two rallies in the space of three weeks recently.

Electoral reform group Bersih 2.0 held a 34-hour rally on the eve of Merdeka Day in August aimed at institutional reforms and pressuring Najib to step down. The massive demonstration was held simultaneously in the capital Kuala Lumpur, and state capitals Kuching and Kota Kinabalu.

In retaliation, Malay rights protesters wearing red shirts held the Himpunan Rakyat Bersatu gathering on September 16. Its organisers claimed that the Bersih rally had insulted the integrity of the Malays.

The “red shirt” rally saw incendiary remarks and racially charged banners and placards as well as some tense moments when participants got upset over questions asked by some journalists.

Riot police also used water cannon on a group of rally goers who had attempted to breach the barricades to gain access to Petaling Street, a shopping strip dominated by Chinese traders.

Najib had justified the rally, saying it was a manifestation of the rise of Malays to defend their dignity and the country’s leadership from being condemned and humiliated.

Najib had also praised the rally participants for convening a peaceful gathering with no racism involved.

But MCA had singled out the 'red shirt' rally, which saw racial slurs being hurled at the Chinese community, and Liow said the party disagreed with statements that the gathering had been peaceful and its participants law abiding.

"There were clear incidences of violence as rally goers challenged the law enforcement authorities and uttered seditious statements that displayed clear disregard for the law and the authorities.

"It is obvious that the rally goers intended to stoke fear and create racial tension.

"Words such as 'Cina Babi' and 'Hapuskan SJKC' cannot be excused."

He said singling out the Chinese community and showing animosity towards the ethnic group was unacceptable and cannot be condoned.

"BN must take stock and put a stop to this unhealthy problem immediately." – September 24, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/stop-all-future-rallies-mca-tells-najib#sthash.b94T2UWf.dpuf




Friday, September 4, 2015

PRM - Malaysia harus segera atasi krisis rasuah negara – Ketidakhadiran PMdi Persidangan Anti Ra­suah Antarabangsa sungguh mengejutkan dan menjejaskan imej negara

4/9/2015

Kenyataan Media PRM

Malaysia harus segera atasi krisis rasuah negara – Ketidakhadiran PM di Persidangan Anti Ra­suah Antarabangsa sungguh mengejutkan  dan menjejaskan imej negara


Ketidakhadiran Perdana Menteri  Najib Tun Razak ke Persidangan Anti Ra­suah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di Putrajaya pada 2-4 Septermber 2015 adalah sungguh mengejutkan negara. Seorang, walaupun  disyaki ramai melakukan rasuah, harus berani tampil membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Alasan ketidakhadiran, berdasarkan laporan media, adalah kononnya  atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator  Paul Low Seng Kuan,  kemungkinan ada yang akan bersikap dingin terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Sekiranya beliau muncul di sini pada hari ini, dia akan datang sebagai pemimpin dan ketua negara.  Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan penerimaan semua pihak terhadap kehadiran beliau?”(Sinar Harian, 2/9/2015).

Alasan sedemikian tidak dapat diterima, adakah ini bermakna bahawa Perdana Menteri  kini tidak akan menghadiri mana-mana program di mana ada di kalangan hadirin yang akan ‘bersikap dingin’ pada beliau.

Adakah ini sebabnya, mengapa sehingga kini Najib hanya adakan pertemuan dengan UMNO, dan belum lagi menghadiri perhimpunan terbuka dengan rakyat umum.

PRM berpendirian bahawa Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia harus segera memberikan penjelasan penuh kepada rakyat, yang sudah tidak sabar kerana lama menunggu penjelasan tentang alegasi (tuduhan) rasuah berkaitan jumlah wang lebih kurang RM2.6 billion yang dijumpai dalam akaun peribadi beliau.

Sikap ‘berdiam diri’ dan tidak memberikan penjelasan penuh, serta tindakan cuba ‘kacau’ perjalanan proses penyiasatan termasuk tiba-tiba menukarkan Attorney General/Pendakwa Raya, semua kini memberi persepsi bahawa Najib Tun Razak sememangnya bersalah.

Yang terbaik adalah apabila alegasi ini muncul, Perdana Menteri terus keluar mengaku penerimaan wang berkenaan di dalam akaun bank peribadinya, dan seterusnya menyatakan dari mana wang tersebut datang dan ke mana serta untuk tujuan apa.

Respon awal Najib adalah hanya  wang ini ‘bukan untuk tujuan peribadi’ – tidak adapun pengakuan mengenai jumlah wang yang masuk, tidak ada pengakuan pun sama ada wang tersebut masuk dalam akaun peribadinya. Keengganan berterus terang dengan cepat menyebabkan banyak soalan dan keraguan timbul.

Kemudian ada pula dakwaan bahawa wang tersebut sebenarnya untuk UMNO, tetapi itu pun sukar diterima  berasaskan respon Timbalan Presiden UMNO  Muhyiddin Yassin,  dan Naib Presiden UMNO  Shafie Apdal.  Adalah sukar diterima penjelasan bahawa wang itu wang UMNO sedangkan ahli Exco sendiri nampaknya tidak tahu.

Semasa pembukaan IACC, Presiden Transparensi International dilaporkan menyatakan bahawa Malaysia kini mengalami krisis rasuah, dan apa yang berlaku sejak timbulnya alegasi rasuah berkenaan AS700juta (RM2.6 Billion) " bukan tindakan kerajaan yang menentang rasuah,"(Malaysian Insider, 2/9/2015)

Demi kebaikan Malaysia, PRM mengulangi pendirian bahawa Najib Tun Razak harus jika tidak segera meletak jawatan Perdana Menteri, beliau harus bercuti supaya siasatan tersebut boleh dijalankan dengan bebas dan  undang-undang Malaysia harus dilihat terpakai sama kepada semua orang termasuk Perdana Menteri sendiri. Proses pentadbiran undang-undang dan keadilan, harus dibenarkan berjalan tanpa apa-apa halangan daripada pihak kerajaan

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tal: 012-2766551)

Tuesday, September 1, 2015

PRM:- DEMI KEPENTINGAN MASA DEPAN NEGARA - Polis Bertindak Professional Tidak Menghalang Hak Perhimpunan Aman.

Kenyataan Media PRM – 1/9/2015

DEMI KEPENTINGAN MASA DEPAN NEGARA   - Polis Bertindak Professional Tidak Menghalang Hak Perhimpunan Aman.

Parti RakyatMalaysia(PRM) mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang telah keluar dengan berani  dan beramai-ramai demi kepentingan rakyat jelata serta masa depan Malaysia di perhimpunan aman Bersih 4 di Dataran Merdeka dan juga semua lokasi lain di seluruh Malaysia pada 29-30 Ogos lepas. PRM sentiasa sokong tuntutan rakyat untuk pimpinan dan kerajaan yang bersih dan demokratik.

PRM mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan penguatkuasa lain yang telah bertindak sopan, tidak menghalang rakyat menikmati hak perhimpunan awam, kebebasan pendapat dan ekspressi. Rakyat Malaysia, sekali lagi telah buktikan bahawa mereka ada disiplin dan matang. Rakyat tidak akan bertindak ganas atau tidak beradab – mereka hanya mahukan menggunakan hak mereka suarakan pandangan dalam  negara demokrasi.

PRM kesal dengan tindakan kerajaan yang cuba mengharamkan protes ini, serta tidak  munasabah mengeluarkan Perintah saat terakhir cuba menjadikan T-shirt , Risalah, dan bahan-bahan berkenaan Bersih 4 itu haram salah di sisi undang-undang. Menteri Dalam Negeri,  Ahmad Zahid Hamidi , harus segera membatalkan Perintahnya  bertarikh 27/8/2015 dan menarik balik kata-kata  bahawa tindakan akan diambil beliau terhadap pengelola Bersih 4 walaupun perhimpunan berjaya diadakan secara aman.

PRM juga kesal dengan tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia  Dr Salleh Said Keruak yang menghalang akses kepada beberapa laman web yang berkaitan BERSIH, dan ugutan laman sosial lain juga mungkin akan di-‘block’(Star, 29/8/2015). PRM berpendirian bahawa kebebasan internet, laman web, blog dan laman sosial harus dipelihara. PRM membantah apa-apa usaha cuba mengawal kebebasan penggunaan internet melalui perundangan.

Memandangkan media massa cetak dan televisyen kini tidak memberikan akses dan luang kepada rakyat menyuarakan pendapat, khususnya yang tidak bersetuju dengan kepemimpinan semasa, internet adalah satu-satu cara dan saluran bagi rakyat  mengeluarkan pendapat, berkongsi informasi dan matlumat  serta mendaptkan sokongan umum berkenaan satu-satu isu.

PRM kesal dengan tindakan pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan cuba memberi gambaran bantahan ratusan ribu rakyat  BERSIH 4 adalah hanya protes rakyat golongan ethnik tertentu dan bukan semua rakyat Malaysia. Protes tersebut adalah protes/bantahan rakyat Malaysia, dan memandangkan jumlah yang sanggup turun padang walaupun ada pelbagai  amaran dan ancaman dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah tidak sabar lagi dan mahu perubahan sekarang.

PRM menuntut lagi status penyiasatan kes rasuah Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, sepertimana yang telah dinyatakan dalam  kenyataan PRM pada 8/8/2015. PRM juga minta lagi status penyiasatan terhadap 1MDB  yang  dirujuk dalam kenyataan PRM bertarikh 9/8/2015.

PRM berpendapat bahawa Najib Tun Razak harus jika  tidak segera meletak jawatan Perdana Menteri, beliau harus bercuti supaya siasatan tersebut boleh dijalankan dengan bebas dan  undang-undang Malaysia harus dilihat terpakai sama kepada semua orang termasuk Perdana Menteri sendiri. Proses pentadbiran undang-undang dan keadilan, harus dibenarkan berjalan tanpa apa-apa halangan daripada pihak kerajaan


Koh Swe Yong
Setiausaha Agung,
Parti Rakyat Malaysia
(No. Tal: 012-2766551)