Friday, February 6, 2009

PRM PERTIKAIKAN KEPUTUSAN SULTAN PERAK

PRM berasa amat sedih dengan keputusan Sultan Perak mendesak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dan seluruh exco Kerajaan Pakatan Rakyat meletak jawatan bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak.

PRM mempersoalkan kebijaksanaan Sultan Perak dalam membuat keputusan tersebut. Tanpa mempertikaikan kuasa budibicara Sultan di dalam Perlembagaan Negeri Perak untuk enggan memberi perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, tetapi di dalam Perlembagaan itu sendiri tidak memperuntukkan kuasa Sultan untuk memecat Menteri Besar.

Sultan Perak lebih arif dalam soal undang-undang, lebih-lebih lagi mengenai Perlembagaan Negeri Perak itu sendiri. Di bawah Perlembagaan Negeri Perak Sultan boleh memecat anggota exco Majlis Kerajaan Negeri tetapi tidak ke atas Menteri Besar. Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

Sultan Perak banyak bertitah soal pemerintahan yang baik dan peranan Raja-Raja dalam sistem demokrasi berparlimen serta raja berpelembagaan.

PRM percaya inilah masanya Sultan Perak mempraktikan apa yang dititahnya di Negeri di bawah kuasanya sendiri.

PRM percaya Sultan Perak tentu bersetuju dengan prinsip demokrasi iaitu sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat tidak harus dijatuhkan akibat perbuatan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.

Rakyat Perak memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir Perak pada pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu. Tetapi malang sekali pada 6 Februari 2009 BN yang kurang mandat dibenarkan kembali berkuasa di Perak dengan perkenan Raja dan membelakangkan kehendak rakyat jelata.

Yang benar,

HASSAN KARIM

Presiden PRM

6hb. Februari 2009

KENYATAAN MEDIA ini dikeluarkan oleh Presiden PRM yang beralamat di Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor. Tel: 07-6881839 (012-7931148) Faks: 07-6882369 Email: hakarim 2001@yahoo.com

Wednesday, February 4, 2009

PRM: TENTANG PERGOLAKAN POLITIK DI NEGERI PERAK

KENYATAAN PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)

TENTANG PERGOLAKAN POLITIK DI NEGERI PERAK

PRM berpendapat langkah terbaik bagi mengatasi ketidakstabilan politik di negeri Perak sekarang ialah dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan kemudian satu pilihanraya bagi seluruh negeri Perak diadakan untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Walaupun sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai 28 kerusi dan ada 3 kerusi Bebas yang dikatakan menyokong BN untuk membolehkan BN membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat tetapi kami berpendapat kelebihan majoriti 3 kerusi itu adalah tidak kukuh kerana 2 dari 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas itu sedang menghadapi tuduhan jenayah rasuah di mahkamah. Mereka ialah ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu.

PRM berpendapat dalam suasana sekarang ini maka sudah sampai masanya supaya satu undang-undang digubal bagi mencegah seseorang ADUN atau Ahli Parlimen yang bertanding atas nama satu-satu parti politik daripada melompat ke parti politik yang lain. Jika ia melompat bermakna kerusi itu kosong dan satu pilihanraya kecil diadakan bagi kawasan tersebut. Undang-undang seperti ini akan dapat membantu mengwujudkan satu suasana yang tenteram dan stabil bagi sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas sesuatu pilihanraya umum walaupun kerajaan itu mempunyai majoriti yang nipis.

Kami amat percaya dan tanpa niat untuk memperkecilkan mereka yang berkenaan bahawa ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menjadi ADUN Bebas telah memenangi pilihanraya di kawasan masing-masing pada 8 Mac 2008 lalu adalah atas sokongan kuat rakyat Behrang dan Changkat Jering terhadap PKR dan juga Pakatan Rakyat dan bukannya sangat atas kekuatan diri peribadi calon-calon itu sendiri.

Dengan tindakan kedua-duan ADUN berkenaan meninggalkan PKR dan menjadi ADUN bebas yang menyokong BN dan kerana itu kerajaan Pakatan Rakyat yang sah tumbang di Perak angkara khianat dan pembelotan politik mereka adalah satu tindakan yang bukan sahaja memalukan tetapi tidak menghormati aspirasi pengundi yang mengundi mereka dahulu atas platform parti politik yang mereka wakili ketika itu.

Justeru itu PRM mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil tindakan menyiasat dengan segera tentang laporan yang dibuat oleh seorang pemimpin PKR di Perak yang menyatakan terdapat usaha menyogok wang atau rasuah bermilion Ringgit bagi memujuk ADUN-ADUN Pakatan Rakyat melompat ke BN dan dakwaan ini dikaitkan dengan nama

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kini menjadi Pengerusi BN dan Ketua Perhubungan Umno Perak.

Kembali kepada usaha mencari penyelesaian kepada pergolakan politik di Perak sekarang maka PRM menyeru Sultan Perak atas semangat Raja berperlembagaan bertindak atas prinsip demokrasi yang memberi keutamaan kepada aspirasi rakyat dengan menerima nasihat Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin supaya memperkenankan Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membolehkan satu pilihanraya diadakan di Perak bagi sebuah kerajaan baru dibentuk berdasarkan kehendak sebenar rakyat.

Yang benar

Hassan Karim

Presiden PRM

5 haribulan Februari 2009

Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Presiden PRM yang beralamat di Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor. Tel: 07-6881839 (012-7931148) Fax: 07-6882369 Email: hakarim2001@yahoo.com

Friday, January 9, 2009

PRM minta pengundi pilihanraya kecil Kuala Trengganu sokong calun PAS

Kenyataan Media Parti Rakyat Malaysia(PRM) - 9-1-2009


Parti Rakyat rayu pengundi KT sokong PAS


Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru pengundi-pengundi parlimen Kuala Terengganu menyokong calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.


Walaupun keputusan pilihanraya kecil KT tidak akan mengubah situasi pemerintahan pusat , pengundi KT apabila menghantar calon PAS ke Parlimen kali ini, akan sekali lagi menyampaikan signal yang kuat kepada kerajaan pusat BN dan parti-parti komponennya bahawa rakyat menentang dasar-dasar kerajaan BN yang semata-mata membela kepentingan pemerintah elit BN. Pengundi-pengundi telah menyampaikan hasrat yang kuat dan sama pada PRU ke-12 yang diadakan pada Mac 8, 2008.


Pendeklasifikasian kontrak kerajaan BN dengan syarikat-syarikat pengusaha lebuhraya baru-baru ini menunjukkan syarikat yang diberikan kontrak dijamin mendapatkan keuntungan besar, contohnya apabila pengusaha lebuhraya tidak dibenarkan menaikkan tol, kerajaan BN mesti hendak membayar gantirugi kepada syarikat berkenaan.


Semasa harga minyak mentah melambung naik, kerajaan BN tidak menghiraukan bebanan dan tekanan yang sedang dihadapi dan dipikul oleh rakyat jelata. Kerajaan BN tidak sanggup menggunakan keuntungan yang diperoleh dari minyak pengeluaran negara ini sebagai subsidi untuk membendung harga petrol daripada menaik, sebaliknya membiarkan harga petrol naik dengan mendadak dan dengan kadar yang sangat tinggi. Kesan buruk berikut, harga barang-barang terus melambung naik, tanggungan kenaikan minyak mentah dipindah supaya dipikul oleh orang ramai dan pengguna; akan tetapi apabila harga minyak turun , harga barang-barang yang telah itu tidak turun.


Dalam isu dasar pengajaran Matematik dan Science dalam Bahasa Inggeris yang diperkenalkan pada masa pemerintahan Dr. Mahathir, walaupun telah ditentang , dan terdapat kesan negatif , dan bantahan demi bantahan diadakan, tetapi kerajaan BN tetap hendak meneruskannya .


Manakala Cukai minyak di Terengganu terus dibelanja untuk menganjurkan Piala Monsoon Antarabangsa. Kegiatan antarabangsa ini hanya memberikan faedah kepada segelintir kroni pemerintah elit , dan tidak membawa apa-apa kebaikan buat rakyat Terenggnu.


Pihak berkuasa BN mengeluarkan lesen pembangunan dan pembinaan kepada pemaju-pemaju yang rakus tanpa menghiraukan kesannya terhadap keselamatan dan nyawa hidup pengguna untuk memajukan tapak-tapak misalnya di lereng bukit tinggi. Kegitan ekonomi ini merosakkan alam sekitar dan membahayakan.


Senarai-senarai penyelewengan kerajaan BN yang besar dan kecil memang panjang dan tidak dapat habis disenaraikan. Untuk menguguhkan kedudukan dan pemegangan BN terhadap kuasa pemerintahan, menutup dan menyisihkan pandangan umum terhadap dasar-dasar yang rakus dan menyeleweng seperti dasar penswastaan, BN menggunakan kekuatannya dalam parlimen menggubah pelbagai akta untuk menghalang orang ramai daripada mengetahui dan membantah penyalahgunaan dan rasuah yang berleluasa. Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia (OSA), Akta Penerbitan dan Pencetakan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (UUCA) dan sebagainya digubah.


Walaupun semua sumber dalam tangan pemerintah elit BN, pertentangan dan perebutan kuasa dalam golongan-golongan BN yang berpentingan kian genting dan dahsyat, manakala pertentangan antara golongan elit BN dengan rakyat jelata juga makin hari makin tidak dapat diselaraskan dan dikompromikan, keadaan ini yang menyebabkan tsunami politik yang melanda negara ini pada 3 Mac 2008.


Oleh demikian, Parti Rakyat Malaysia menyeru pengundi memberi sokongan kepada calon PAS, dan gunalah pilihanraya kecil ini, sekali untuk menyampaikan signal kepada BN bahawa jika BN tidak mengubah dasar-dasar yang anti-kepentingan rakyat, rakyatlah akan mengubah parti pemerintah pusat.


(Koh Swe Yong)

Setiausaha Agung

012-2766551

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor

Ke Arah Masyarakat Adil


*********************************************************

Undi calon PAS, rayu PRM

Jan 9, 09 7:05pm Mkini

Parti Rakyat Malaysia (PRM) merayu kepada pengundi supaya menyokong calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

koh swe yongDalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agungny, Koh Swe Yong berkata kemenangan calon PAS akan memberi "isyarat" kuat kepada kerajaan pusat BN dan parti komponennya "bahawa rakyat menentang dasar-dasar yang semata-mata membela kepentingan pemerintah elit BN".

Katanya, pendeklasifikasian kontrak konsesi lebuhraya baru-baru ini menunjukkan pihak syarikat terbabit dijamin keuntungan besar.

Sebagai contohnya, tambahnya, apabila syarikat konsesi lebuhraya tidak dibenarkan menaikkan kadar tol, kerajaan BN mesti membayar gantirugi kepada mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Koh mendakwa kerajaan BN tidak menghiraukan bebanan dan tekanan yang sedang dihadapi dan dipikul rakyat jelata sewaktu kenaikan harga minyak.

Beliau juga mendakwa, kerajaan BN tidak sanggup menggunakan keuntungan yang diperoleh dari minyak pengeluaran negara ini sebagai subsidi untuk membendung kenaikan harga minyak.

Bantah PPSMI

Sebaliknya, dakwa Koh, kerajaan telah membiarkan harga petrol naik dengan mendadak dan dengan kadar yang sangat tinggi.

"Kesan buruknya, harga barang-barang terus melambung naik, tanggungan kenaikan minyak mentah dipindah supaya dipikul oleh orang ramai dan pengguna.

"Akan tetapi, apabila harga minyak turun, harga barang-barang yang telah itu tidak turun," tambah Koh

Koh juga mempertikaikan niat kerajaan BN untuk meneruskan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun mendapat bantahan demi bantahan, tetapi kerajaan tetap mahu meneruskannya.

Manakala royalti minyak di Terengganu pula, dakwanya, digunakan untuk menganjur Piala Monsun peringkat antarabangsa.

Kegiatan tersebut, tambahnya, hanya memberi faedah kepada segelintir kroni pemerintahan elit, dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Terengganu.




090109


致新闻采访主任

人民党:投回教党候选人一票


马来西亚人民党总秘书辜瑞荣今天发表文告呼吁瓜拉登嘉楼选民在一月十七的补选投票日,把手中的一票投给回教党候选人华希恩都。


辜瑞荣指出,这次补选的结果对我国当前的执政状况,不会起什么作用,不过选民送回教党候选人进国会,将是续308全国大选传达的信息,再继续明确向国阵政府及其成员党,传达人民反对只照顾国阵执政精英,损害人民大众利益的政策,要求国阵政府改变不利人民利益的政策。


文 告例举(一)刚刚解密的让经营集团包赚大钱的全国大道合约,大道公司不能起过路费,国阵政府必须补贴作为赔偿不能起过路费;(二)石油暴涨时不顾人民饱受 生活压力,不愿意用国内出产石油利润作出燃料补贴,转嫁石油涨价压力给人民承担,大副提高汽油价格,造成百物猛涨,石油和其他原产品跌价后,国内物价没有 跌;(三)不顾人民强烈反对,坚持继续执行马哈迪时代突然进行的英语教数理;(四)滥用登嘉楼州的石油税收,举办对登嘉楼人民完全没有益处,只满足一小部 分执政集团精英利益的国际风帆大赛;(五)滥发和不顾害民,造成严重环境破坏如土崩的所谓发展建筑计划给贪婪的朋党等等,数也数不尽的各种大大小小不利人 民,只照顾国阵执政集团利益的例子。


文告进一步指出,为了掩盖和转移人民对上述贪婪的私营化政策的了解和反对,国阵政府利用国会优势,制定和通过保护其集团烂权和贪污的法令如内部安全法令、机密法令、出版和印刷法令、大专法令等。


为了巩固国阵的执政地位,继续掠夺国家天然资源和人民创造出来的财富,不惜利用其控制的各类新闻媒体,在不同民族中散播极端种族言论、制造紧张、破坏各民族间的良好和谐关系,分而治之。


虽然国阵执政精英占尽国内资源,这个利益集团内部的利益矛盾激烈,其和人民大众之间的矛盾冲突也越来越不能调和,所以就出现了308的局部突变。


因此,马来西亚人民党呼吁瓜拉登嘉楼选民投票给回教党候选人,利用这次补选,再向国阵政府传达明确信息,如果国阵不改变不利人民政策,人民将改换执政党。

马来西亚人民党总秘书


辜瑞荣

0122766551

Sunday, November 9, 2008

Jawatankuasa Parti Rakyat Malaysia (PRM) 2008-2010

Kongres Nasional ke-40 PRM, Parti Rakyat Malaysia, yang di adakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur, pada 9 November 2008 melantik 19 orang menduduki Jawatankuasa Pusat (JKP). Ahli-ahli JKP(AJKP) kemudian melantik antaraAJKP jawatan- jawatan Parti.

Sidang media PRM diadakan selepas tamatnya kongres PRM.

Kongres PRM Ke-40 berbicang tentang ucapan Presiden yang akan menjadi panduan masa 3 tahun akan datang.

Ahli Jawatankuasa Parti Rakyat (PRM) 2008-2010

Presiden: Hassan Abdul Karim

Timbalan Presiden: S. K. Song

Naib Presiden:
Gary Nair
Dr Rohana Arifin
Ariffin Salimon

Setiausaha: Koh Swe Yong

Timbalan Setiausaha: Mohd Salleh hj Ahmad

Bendahari: Teh Soon Meng

AJK:

Jalil Ahmad
Karim Derum
Badaruddin Derum
Sivakumar
Ahmad Aidit Abdullah
Loqman Hakim
Tan Chin Hong
M. Tavarajoo
Nik Suhaimi Nik Hassan
Yem Ahmad Yem Ibrahim
Shariffudin Shaari



Gambar: Duduk dari kiri: Mohd Salleh, Koh Swe Yong, Gary, Hassan Karim, Ariffin, Teh Soon Meng
Diri Dari kiri:Ahmad Aidit, Loqman, Yem Ahmad, Nik Suhai mi, Badaruddin, Sivakumar, Jalil, Shariffuddin, Karim

Tuesday, May 13, 2008

PRM:- DESAK KERAJAAN SUPAYA SEGERA RAWAT P. UTHAYAKUMAR DI IJN

KENYATAAN MEDIA

PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM): DESAK KERAJAAN SUPAYA SEGERA RAWAT

P. UTHAYAKUMAR DI IJN

Parti Rakyat Malaysia (PRM) memandang berat keadaan kesihatan P. Uthayakumar, Penasihat Undang-Undang Hindraf yang kini ditahan di Kem Kamunting Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PRM dimaklumkan bahawa P. Uthayakumar kini mengalami masalah sakit jantung. PRM mendesak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya segera membawa Uthayakumar ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur agar beliau mendapat rawatan yang baik.

Tindakan peri kemanusiaan dari Perdana Menteri amat perlu saat ini kerana rayuan kepada Menteri Dalam Negeri agar Uthayakumar segera dirawat di IJN telah tidak dipedulikan oleh menteri berkenaan.

PRM akan meletakkan Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya keadaan kesihatan P. Uthayakumar semakin teruk atau berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas tahanan ISA itu.

Dalam hubungan ini PRM sekali lagi menegaskan pendiriannya selama ini agar ISA dimansuhkan dan seterusnya merayu P. Uthayakumar dan lain-lain tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat atau didakwa di Mahkamah terbuka.

Hassan bin Abdul Karim

Presiden PRM

12-5-2008

Alamat:

Bilik 6, Aras 2,
Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839
H/P: 012-7931148
Email: hakarim2001@yahoo.com

Blog: http://hassankarim.blog.com

Wednesday, April 23, 2008

Parti Rakyat bantah usaha Pakatan Rakyat dapatkan wakil BN untuk lompat parti

Parti Rakyat bantah Pakatan Rakyat
Apr 23, 08 4:29pm

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah usaha beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti diuar-uarkan, khususnya oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

"PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa
diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

"Begitu juga PRM menyeru BN tidak mengganggu-gugat lima buah kerajaan di peringkat negeri yang kini diperintah oleh
Pakatan Rakyat."

Hassan berkata partinya percaya kacau-bilau dan huru-hara boleh terjadi jika kerajaan BN yang sah sekarang pilihan rakyat melalui pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat-melompat.

"Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat..., bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang," tambahnya dalam satu kenyataan.

"PRM amat yakin amalan politik lompat-melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakkan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di negara ini."

Former Parti Rakyat Malaysia (PRM) deputy president Rustam A. Sani passed away



Wednesday April 23, 2008 MYT 3:16:47 PM

Politician, scholar, blogger: Rustam Sani dies (updated)


PETALING JAYA: Former Parti Rakyat Malaysia (PRM) deputy president Rustam A. Sani passed away at his home in Gombak, Kuala Lumpur at 2.30am on Wednesday. He was 64.

The noted academician, newspaper columnist, poet and writer was early to the blogging scene with his Vox Populi and Suara Ku.

He was the vice-president of PRM when it merged with Parti Keadilan Nasional to form Parti Keadilan Rakyat (PKR), which saw him taking up the post of PKR information chief.

Described as one of Malaysia's leading intellectuals, he has served on Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya and the Institute of Strategic and International Studies.

In the late 1980s, he was awarded the prestigious Hadiah Sastera Negara (National Literary Award).

Blogger Anil Netto, in his tribute, noted that Rustam had just completed two books - Failed Nation: Concerns of a Malaysian Nationalist and Social Roots of the Malay Left.

"The book launch was actually scheduled for 26 April. These should be collectors’ items for all concerned Malaysians," Netto wrote.

The funeral will be held this afternoon after Zohor prayers.