Wednesday, April 23, 2008

Parti Rakyat bantah usaha Pakatan Rakyat dapatkan wakil BN untuk lompat parti

Parti Rakyat bantah Pakatan Rakyat
Apr 23, 08 4:29pm

Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah usaha beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti diuar-uarkan, khususnya oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak.

"PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa
diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

"Begitu juga PRM menyeru BN tidak mengganggu-gugat lima buah kerajaan di peringkat negeri yang kini diperintah oleh
Pakatan Rakyat."

Hassan berkata partinya percaya kacau-bilau dan huru-hara boleh terjadi jika kerajaan BN yang sah sekarang pilihan rakyat melalui pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat-melompat.

"Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat..., bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang," tambahnya dalam satu kenyataan.

"PRM amat yakin amalan politik lompat-melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakkan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di negara ini."

Former Parti Rakyat Malaysia (PRM) deputy president Rustam A. Sani passed away



Wednesday April 23, 2008 MYT 3:16:47 PM

Politician, scholar, blogger: Rustam Sani dies (updated)


PETALING JAYA: Former Parti Rakyat Malaysia (PRM) deputy president Rustam A. Sani passed away at his home in Gombak, Kuala Lumpur at 2.30am on Wednesday. He was 64.

The noted academician, newspaper columnist, poet and writer was early to the blogging scene with his Vox Populi and Suara Ku.

He was the vice-president of PRM when it merged with Parti Keadilan Nasional to form Parti Keadilan Rakyat (PKR), which saw him taking up the post of PKR information chief.

Described as one of Malaysia's leading intellectuals, he has served on Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya and the Institute of Strategic and International Studies.

In the late 1980s, he was awarded the prestigious Hadiah Sastera Negara (National Literary Award).

Blogger Anil Netto, in his tribute, noted that Rustam had just completed two books - Failed Nation: Concerns of a Malaysian Nationalist and Social Roots of the Malay Left.

"The book launch was actually scheduled for 26 April. These should be collectors’ items for all concerned Malaysians," Netto wrote.

The funeral will be held this afternoon after Zohor prayers.

KENYATAAN AKHBAR - 23/4/2008

KENYATAAN AKHBAR


Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru pihak-pihak tertentu di kalangan parti pembangkang, khasnya Pakatan Rakyat supaya menghormati keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) yang diadakan pada 8hb. Mac 2008 lalu.

Dalam PRU12, Rakyat telah membuat keputusan iaitu Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pusat Malaysia di peringkat nasional dan di lapan buah negeri di peringkat negeri.

Keputusan PRU12 juga menunjukkan BN telah hilang majorit 2/3 di Parlimen. Parti Rakyat mengalu-alukan keputusan itu kerana ia bermakna suara pembangkang kini lebih lantang dan berkesan diparlimen bagi memainkan peranan memeriksa dan mengimbangi (check and balance).

Bagi PRM, keputusan pilihanraya umum yang baru berlalu itu telah menghasilkan kesan yang positif kepada amalan demokrasi di Malaysia.

Ia adalah keputusan yang dibuat oleh Rakyat Malaysia sendiri dan perlu dihormati oleh semua pihak, sama ada di kalangan BN ataupun Pakatan Rakyat dan parti-parti pembangkang lain.

Kerana itu, Parti Rakyat membantah sebarang usaha yang ingin dilakukan oleh sesetengah pihak yang mahu menumbangkan kerajaan BN yang memerintah di peringkat pusat sekarang dengan cara tidak sah dan tidak beretika iaitu dengan cara menggalakkan ahli-ahli Parlimen BN sama ada di Semenanjung
mahupun di Sabah dan Sarawak berpaling tadah dengan melompat dari BN ke Pakatan Rakyat.

Keputusan PRU12 menunjukkan Rakyat memberi mandate kepada BN terus berkuasa untuk 5 tahun akan datang sehingga pilihanaraya umum ke-13. Jadi PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi 5 tahun lagi dengan aman dan tanpa diganggu-gugat secara yang tidak demokratis. Begitu juga PRM menyeru BN tidak mengganggu-gugat 5 buah kerajaan di peringkat negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Parti Rakyat percaya akan berlaku kacau bilau dan huru-hara sekiranya kerajaan BN yang sah sekarang yang dipilih Rakyat melalui pilihanraya ditumbangkan dengan cara yang tidak demokratik akibat amalan politik berpaling tadah dan lompat melompat yang cuba diperkenalkan oleh sesetengah pihak di kalangan Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang ditadbir oleh parti politik yang berprinsip yang benar-benar mendapat mandat Rakyat di dalam pilihanraya umum yang dilakukan secara adil dan telus, bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara pintas dan segera dengan melakukan tindakan seolah rampasan kuasa dari pintu belakang.

PRM amat yakin amalan politik lompat melompat untuk cepat berkuasa bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi tetapi ia juga menggalakkan amalan korupsi dalam politik dan pada akhirnya ia akan membunuh amalan demokrasi yang baru hendak hidup dan berkembang di Negara ini selepas PRU12 itu.

Tidak dinafikan parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat, malah Parti Rakyat juga sebagai parti pembangkang berhak untuk menyimpan hasrat untuk berkuasa dan menumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Tetapi usaha ke arah itu mesti dibuat secara yang sah bersesuaian dengan amalan demokrasi melalui proses pilihanraya yang bersih, adil dan telus.

Langkah sesetengah pihak yang seperti tidak sabar-sabar untuk berkuasa hatta sanggup menggunakan sistem pancing memancing sehingga ada ahli-ahli parlimen yang tergamak lompat melompat dan berakhir sebuah kerajaan yang sah tumbang hanya akan menjemput malapetaka berlaku di Malaysia dan akhirnya boleh menjadikan Negara kita yang aman dan damai sekarang berubah menjadi seperti apa yang berlaku di sesetengah Negara seperti di Haiti, Nigeria, Timor Leste, Somalia dan banyak lagi.



Hassan Bin Abdul Karim
Presiden Parti Rakyat Malaysia

Bertarikh 23hb April 2008