Saturday, November 28, 2009

PRM: Pelaksanaan GST untuk mengekalkan dasar bazir dan gemukkan kroni BN

PRM: Pelaksanaan GST untuk mengekalkan dasar bazir dan gemukkan kroni BN

Kerajaan Pusat BN mengumumkan akan  melaksanakan sistem cukai GST  sebanyak 4%   mulai bulan September 2011 dengan tujuannya menambah tabung pendapatan negara. Sekali lagi ini membuktikan dasar “ rakyat didahulukan” adalah gimik politik bagi meraih balik sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap BN yang telah lesap, mempakej semula elit BN-UMNO supaya mereka dapat terus memerintah dan berputar kepada  perbuatan memeras wang titik peluh rakyat untuk mengekalkan dasar pemerintahan  yang sekian lama ini   memboros dan membazir dengan sewenang-wenang, serta mengemukkan dan membuncitkan diri sendiri.

PRM hendak bertanya, bagi sepuluh  tahun yang berlalu, kenapa bajet kerajaan BN mengalami defisit? Jawapannya diketahui umum, kerajaan BN adalah “kerajaan cari makan”, dasarnya hanya menjaga kocek kroni dan saudara-mara di kelilingnya, membolehkan segelintir individu ini mengaut kekayaan dan cepat kaya menerusi cara tidak bermoral dan tidak mengikut peraturan.

Tak usahlah disebut rasuah dan salahguna kuasa berleluasa yang melibatkan beratus-ratus juta ringgit, tahun demi tahun  laporan auditor negara mendedahkan kecurangan-kecurangan, pembaziran dan penyalahgunaan yang melampau  dilakukan, ini sudah cukup jelas menunjukkan di mana terletaknya  masalah pendapatan negara tidak cukup untuk menampung perbelanjaan,. Walaupun setiap tahun pendedahan dibuat auditor negara, masalah yang sama tetap berulang, tiada sesiapa dikenakan tindakan,  mereka percaya sampai masanya pengundi akan memberikan sokongan kepada BN.

PRM berpendapat, sistem cukai GST yang akan dilaksanakan apabila  sumber-sumber alam kekayaan negara telah makin hari makin  kurang, elit pemerintah BN tiada pilihan lain jika mereka ingin menyambung dasar yang boros dan bazir serta menggemukkan kocek diri sendiri, mereka hanya boleh berputar kepada pemerasan rakyat jelata untuk mengaut dan mendapatkan wang ringgit  untuk membiayai tabiat membazir dan memboros  semasa sumber-sumber alam di negara melimpah. 

Sebelum cukai GST dilaksanakan, antara 27 juta penduduk di negara ini,  tidak samapi 3 juta penduduk dikenakan membayar cukai pendapatan, kerana pendapatan yang lain rendah atau kanak-kanak atau pesara, tidak sampai jumlah yang boleh dikenakan cukai. Jika cukai GST berkuatkuasa, kesemua 27 juta pendudduk di negara ini dikenakan cukai, tidak ada sesiapa dikecualikan, bahkan termasuk bayi yang baru dilahirkan.

Ini bukan sahaja akan membebankan rakyat golongan bawahan, yang selama ini tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah. Pada masa yang sama, kerajaan BN akan menurun kadar cukai pendapatan individu dan syarikat, ini akan melebarkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Sekiranya jurang ini terus melebar, akan timbullah ketidak-stabilan dalam masyarakat. Sistem cukai ini akan mengakibatkan yang miskin menjadi lebih miskin, dan juga melenyapkan pekedai-pekedai kecil yang sedang ditolak ke pinggir kelenyapan oleh  pasaraya raksasa yang berasal dari negara  asing.  Kedai-kedai kecil ini akan  tutup kedai kerana tidak berupaya bersaing dengan pasaraya yang mendapatkan barangan mereka langsung daripada pengeluar. Bilangan penganggur di negara ini akan bertambah. Inflasi dan kesusahan yang mengikutinya pasti berlaku.  

PRM berpendapat,  dalam keadaan begini,  pelaksanaan sistem cukai ini harus ditentang. PRM meramal bahawa  pilihan raya umum ke-13 akan diadakan selewat-lewatnya sebelum September 2011.  Di samping GST, dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan ditamatkan   di darjah 1 pada 2011. Rakyat harus mengguna undi dalam tangan mereka untuk menolak BN dan dengan penolakan BN menolak sistem cukai GST.


Yang benar,


Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
012-2766551


PRM already has an acting President since 23/11/2009 - so Star's report is wrong.

From my inquiries, PRM has already chosen an acting President. See earlier posting :- PRM melantik pemangku Presiden Baruon  on 23/11/2009.

One wonders whether the error in the Star report is intentional, or they were misled by S.K. Song? Wonder why the Star did not carry the earlier statement issued by the Sec-Gen on or before 23/11/2009. The media must refer to the principal office bearers before putting out reports about any political party, society or organisation. From, the report, it is clear that the person referred to as the source seem to be not aware of recent developments in PRM - for he is still talking as though there is not yet an acting President of PRM, in light of the resignation of Hassan Karim.


PRM to pick new leaders after president's resignation


JOHOR BARU: Parti Rakyat Malaysia (PRM) will undergo a reshuffle in the next four to six weeks in the wake of president Hassan Abdul Karim’s resignation.

Party Central Committee (CC) member S.K. Song said that the reshuffle would also see the appointments of a new president and deputy chairman.

“All state liaison committees have been directed to hold meetings to discuss the appointment of new people for these two posts,” he told The Star yesterday.

“The CC will meet to make a final decision in four to six weeks.” Song said the party needed capable leaders to fill the top two posts but refused to divulge the names of those who had been considered.

On Nov 17, Hassan resigned after 80% of the 100 party delegates who attended the PRM congress in Kuala Lumpur rejected his proposal for the party to join Pakatan Rakyat.
Hassan has since applied to join PKR. He submitted his form to party leader Datuk Seri Anwar Ibrahim at a convention in Kluang on Nov 22.

Song said he respected Hassan’s decision and his contribution to the party.

“However, he (Hassan) put forth the proposal to join Pakatan without discussing with the CC first,” he said.

“The members were caught by surprise. That’s why it was rejected.”

Hassan, he added, should have discussed the matter thoroughly before proposing such a drastic move.

“The party will survive without him.” Song also clarified that though he pulled out as deputy chairman, he was still the party’s Johor chairman and CC member.

“I pulled out to give way to other leaders about three months ago.” - Star, 28/11/2009, PRM to pick new leaders after president's resignation

Monday, November 23, 2009

PRM melantik pemangku Presiden Baru

PRM melantik pemangku Presiden Baru


Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan hari ini bahawa Naib Presidennya Ariffin Salimon telah dilantik Pemangku Presiden untuk mengisi kekosongan setelah Presiden PRM  Hassan Karim meninggalkan PRM. Pada masa yang sama, Goh Chuin Loon dari ranting PRM Sungai Petani Kedah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat (AJKP).


Hassan Karim meninggalkan PRM kerana lebih daripada 80% wakil PRM yang menghadiri Kongres Nasional ke-41 yang diadakan pada 15 November 2009 telah menolak  usul Hassan Karim. Usul itu adalah untuk  memohon secara bertulis menyertai Pakatan Rakyat. Oleh sebab ini perkara yang strategik dan serius, sebelum sebarang keputusan dibuat, perkara ini perlu masa untuk berbincang. Wakil berpendapat buat masa ini adalah tidak sesuai memohon, apatah lagi Pakatan Rakyat masih dari segi peraturan belum berdaftar.

Kenyataan PRM juga menjelaskan satu kesilapan yang ada dalam laporan the Star hari ini. S.K. Song telah meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada Januari tahun ini dan diterima JKP, tetapi beliau masih AJKP dan Pengerusi PRM Johor.

Parti Rakyat Malaysia ialah parti  politik terbuka kepada warganegara Malaysia, PRM mengalu-alukan  sesiapa untuk berjuang bersama, jika bersetuju dengan cita-cita dan konsep memperjuangkan kepentingan rakyat jelata khususnya mereka daripada golongan pertengahan bawah 

Akan tetapi, sekiranya ada mana-mana anggota PRM mendapati, PRM bukannya wadah yang sesuai lagi untuk bergerak, dan memenuhi kehendaknya,  memilih untuk meninggalkan PRM, pilihannya dihormati dan diterima. Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, bagi PRM ini hal biasa.

Walau bagaimanapun PRM mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hassan Karim, pada masa beliau memimpin PRM selama 5 tahun , Hassan Karim telah sedaya-upaya dan dengan jujur ikhlasnya mempertahankan hak kewujudan PRM  sebagai satu parti politik berdaftar, serta mengucapkan maju jaya dan good luck kepada Hassan Karim dalam endeavour dengan wadah yang lain.

Yang benar,


(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung
012-2766551

Sunday, November 22, 2009

PRM EX-chief joins PKR

PETALING JAYA: Parti Rakyat Malaysia (PRM) president Hassan Abdul Karim has resigned from the party to join PKR.

Hassan submitted his membership application form to PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Johor PKR convention in Kluang yesterday.

Hassan had announced his intention to resign as president during the PRM congress in Kuala Lumpur on Nov 15.

“In the policy speech, I proposed that the party join Pakatan Rakyat. But more than 80% of the 100 delegates rejected the idea.


“As my proposal to set new directions for the party was strongly opposed, I had no other option but to announce that I was relinquishing all posts,’’ he said when contacted yesterday.

Hassan submitted his letter of resignation to party secretary-general Koh Swe Yong on Nov 17.
“I have relinquished all my posts in the party and am quitting as a member,’’ he said.

Hassan, 58, was among a few who fought hard to save PRM from being dissolved after former leaders decided to merge the party with Parti Keadilan to form PKR on Aug 3, 2003.

Those who opposed the merger held a congress in Johor on April 17, 2005 and elected Hassan as the new president.

This prompted former PRM president Dr Syed Husin Ali, former vice-president R. Sivarasa and former secretary-general Dr Sanusi Othman to file a petition in court to dissolve the party.

However, the High Court ruled on July 16 that the dissolution of the party could only take place if at least 60% of the members voted for it during a congress.

Hassan said he still loved PRM.

“But if the party operates in isolation, it is difficult to bring about changes. That is why I proposed that the party join the Pakatan Rakyat coalition,’’ he said.

PRM deputy chairman S.K. Song said most of the members rejected the idea because they thought Hassan had wanted to merge the party with PKR.

“We were shocked when Hassan put forward the idea as he was among those who had worked hard to stop the party from being dissolved,” he said. - Star, 23/11/2009, PRM chief joins PKR

Thursday, November 5, 2009

Parti Rakyat on road to expansion (Malay Mail)

Parti Rakyat on road to expansion

Thursday, November 5th, 2009 05:44:00

Parti Rakyat

EXPANDING: Hassan speaking at the opening of the PRM Sungai Petani branch. The others are (from left) Koh, Sungai Petani branch chairman Lim Pok Long, Teh Soon Ming and Workers' Organisation chairman Thiagaraja

PARTI Rakyat Malaysia (PRM) is on the move. Established in 1955, PRM has begun to become more active in the political arena and is moving to rebuild its ties with the grassroots, its president Hassan Karim said.

“We will begin to play a wider role, now that the court has legitimised our position,” Hasan said of the July 16 High Court decision that PRM remained a legitimate entity under the Societies Act.

That was the day the High Court sitting at Jalan Duta in Kuala Lumpur ruled against PRM’s dissolution, sought by eight former members of the party who were key players in its merger with Parti Keadilan, which since the merger has become Parti Keadilan Rakyat.

Hassan said there was little opportunity for PRM to work with the Barisan Nasional as the BN considered PRM's socialist stance as completely alien.

However, the party was willing to work with Pakatan Rakyat and all other organisations legitimately struggling for the welfare and rights of the people, he said at the opening of PRM's Sungai Petani branch in Kedah last Sunday.

Hassan also said PRM has received feelers from Pakatan to join the coalition. This, he said, would be discussed at PRM’s 42nd National Congress, which will be held at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall in KL on Nov 15.

He added the next area of PRM’s expansion in the country would be Johor and that in the years to come, the party would also expand to Sabah and Sarawak.

Also speaking during the launch, PRM secretary-general Koh Swe Yong said the party was in the process of re-registering its members and revamping the party structure and organisation, as the current leadership has not received any party documents from those behind the move to dissolve it. - Malay Mail, 5/11/2009, Parti Rakyat on road to expansion