Thursday, August 20, 2009

Kenyataan Media (18/8/2009) - Halangan dan cabaran PRM

Kenyataan Media - 18/8/2009

Halangan dan cabaran PRM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah mengadakan majlis “Malam Kemenangan PRM” baru-baru ini di Kuala Lumpur untuk meraikan usaha yang berjaya mempertahankan pendaftarannya.

Pada 16 Julai 2009 Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah menolak permohonan sebilangan bekas kepemimpinan PRM untuk membubarkan PRM, dan seterusnya mematahkan niat bekas kepemimpinan PRM yang diketuai oleh bekas presiden PRM Dr Syed Husin Ali untuk membubarkan PRM melalui mahkamah . Bekas ahli PRM ini telah menyertai Keadilan.

Menurut pengerusi majlis malam selaku Setiausaha Agung PRM Koh Swe Yong, majlis malam tersebut dijangka buka 8 meja, tetapi oleh sebab sambutan baik daripada ahli-ahli PRM, majlis akhirnya membuka 15 meja. Selain ahlil-ahli PRM, terdapat tetamu jemputan daripada PAS Bahagian Gombak yang diketuai Cikgu Ishak Surin, Setiausaha Agung Pertubuhan Sekerja Gopalan, Setiausaha Agung PSM Aru, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan lain-lain.

Pengerusi majlis menegaskan bahawa walaupun PRM sudah mengharungi masa yang susah dan sengit, mendapat pengakuan terhadap pendaftarannya sebagai sebuah parti politik berdaftar yang sah, akan tetapi dapat dijangkai PRM akan pada masa depan terus-menerus menghadapi keadaan terasing, di mana bekas pemimpin PRM mencuba mengguna apa-apa carapun untuk meminggirkan dan melenyapkan nama PRM secara politik.

Oleh itu, Koh Swe Yong menyeru kepada bekas pemimpin PRM itu supaya menerima hakikat bahawa PRM sebagai sebuah pertubuhan politik tidak pernah dibubarkan oleh ahli-ahlinya dan berhentilah segala tindak-tanduk yang sia-sia ini terhadap PRM. Penindas utama rakyat hari ini ialah parti pemerintah pusat iaitu UMNO-BN yang korup dan zalim. Demi kepentingan rakyat PRM bersedia bekerjasama untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

Pada malam kemenangan tersebut, yang berucap Presiden PRM Hassan Karim, Ketua PAS Gombak Cikgu Ishak Surin, Setiausaha Agung Pertubuhan Sekerja Gopalan, Setiausaha Agung PSM Aru, ahli Keadilan Siti Nor Hamid Tuah dan Ahmad Hamid Tuah, Naib Presiden selaku Ketua Pulau Pinang PRM Gary, dan Jalil Ahmad. Jalil Ahmad merupakan ahli PRM yang pertama menulis surat pada September 2004 kepada Setiausaha Agung ketika itu menanyakan bila akan diadakan Kongres Khas ahli PRM untuk membubarkan PRM kerana kononnya PRM telah bercantum dengan Keadilan pada 3 Ogos 2003. Selain itu, bekas tahanan ISA Yap Kok On serta anak perempuannya dari Negeri Sembilan bersama-sama mempersembahkan biola pada malam itu.

Dalam ucapannya, Presiden PRM Hassan Karim mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PRM serta panel peguam yang membela PRM iaitu Palaniandy, G. K. Ganesan dan Wee Choo Keong yang banyak berusaha secara profesionalisme atas pembelaan hak demokratik dan hak asasi kemanusiaan.

Apabila bersentuh tentang keadaan politik semasa tanah air, Hassan Karim menegaskan lagi, walaupun wujudnya perbezaan antara PRM dengan Pakatan Rakyat(PR) khususnya Keadilan, tetapi kesemua perbezaan bukannya pertentangan yang utama, penindas utama yang dihadapi oleh golongan bukan pemerintah pusat ialah UMNO-BN. PRM menyokong perjuangan PR untuk menegakkan demokrasi dan membela kepentingan rakyat walaupun PRM tidak dalam PR.

Sejak penubuhannya pada 11 November 1955, PRM tidak pernah berhenti daripada menentang dasar-dasar Barisan Nasional (BN) dan Parti Perikatan iaitu nama BN pada 1960an. Kemenangan PRM dari segi undang-undang hanya merupakan kemenangan kecil. Secara perbandingan, kemenangan yang bermakna dan besar ialah apabila pemerintah UMNO-BN yang berkuasa selama 55 tahun itu ditumbangkan dan dilucutkan kuasa pemerintah pusat. Bagi PRM, kemenangan menumbangkan kerajaan UMNO-BN ialah kemenangan yang besar.

Hassan Karim berkata, setelah mendapatkan pengakuan terhadap pendaftaran PRM, beliau berharap bekas pemimpin PRM menghormati hak kebebasan berpersatuan dan tidak merayu. Beliau berkata, selepas ini PRM perlu melipat-gandakan usaha untuk meneruskan tradisi PRM yang sediakala memberi khidmat

Cikgu Ishak menyatakan bahawa penubuhan PRM adalah untuk menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan Malaya, menentang sistem ekonomi kapitalisme dan feudalisme. Cikgu Ishak pernah bersama-sama dengan pengasas PRM seperti Boestamam, Pak Sako dan Dr. Burhanuddin Helmi mengasaskan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) selepas tamatnya Peperangan Dunia Kedua.

Setiausaha Agung Pertubuhan Sekerja Gopalan berkata pada ketika negara menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk, rejim autokratik UMNO-BN sedang mempertingkatkan cengkamannya terhadap rakyat, oleh itu rakyat harus bersatu-padu menentang rejim yang autokratik ini. Pertubuhan Sekerja ditubuhkan pada 1970an.

Manakala Setiausaha Agung PSM Aru mengucapkan tahniah kepada PRM kerana dapat mempertahankan pendaftarannya. Beliau berkata pengalaman PSM selama 10 tahun untuk mendapatkan pendaftaran menjadikan PSM cukup memahami dan menghayati makna hak kebebasan berpersatuan.

Siti Nor Hamid Tuah meluahkan buah fikirannya, beliau menyertai Keadilan dengan harapan semangat berkhidmat kepada rakyat jelata dan cita-cita perjuangan murni PRM dapat diterapkan dalam Keadilan. Walaupun bagaimanapun beliau membidas pucuk kepemimpinan Keadilan kerana mereka enggan menerima kritikan dan pandangan yang berlainan. Contohnya pada PRU 12, bekas pemimpin PRM yang menyertai Keadilan dan ada semangat berkhidmat tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum, sebaliknya orang-orang yang rapat dengan pucuk pimpinan dan merupakan kawan baiknya dilantik. Kesudahannya apabila pengundi ada masalah dan pergi keepaa mereka untuk mendapatkan bantuan, mereka tidak dibantu, bahkan penolong YB ini mengambil sikap acuh tak acuh. Keadaan macam ini sungguh mengecewakan.

Jalil Ahmad menegaskan bahawa PRM adalah parti berbilang kaum. Suasana macam malam ini jarang-jarang boleh didapati di perhimpunan lain. PRM akan terus berjuang untuk rakyat negara ini.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung, PRM

012-2766551

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia


PRM Membantah Tindakan Penutupan Pintu Kecil Keluar Masuk Pasar Borong Selayang

Kenyataan Media: 11-08-09

PRM Membantah Tindakan Penutupan Pintu
Kecil Keluar Masuk Pasar Borong Selayang


Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik memberi perhatian serta mengambil tindakan segera , membatalkan langkah yang dilaksanakan oleh pegawai baru Dewan Bandaraya K.L. di Pasar Borong Selayang. Langkah tersebut telah menutup pintu-pintu kecil keluar-masuk pasar tersedut dua hari yang lalu. Pintu-pintu telah dikimpal.

Pada masa yang sama, Menteri berkenaan harus memastikan perbuatan yang tidak munasabah dan menyusahkan pengguna itu tidak akan berulang lagi.

PRM berpendapat bahawa langkah pegawai DBKL di Pasar Borong Selayang itu telah membelakangkan slogan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu “rakyat didahulukan ” dan “ mengurangkan kes samun jalanan 20 % ”.

Menurut aduan yang diterima PRM, sebab musabab langkah menutup pintu tidak diketahui.

Akan tetapi, langkah tersebut telah menimbulkan banyak masalah dan kesusahan kepada pengguna. Orang ramai gelisah dan geram kerana sekarang pengguna mesti hendak berpusing jauh mengguna pintu besar untuk ke bank-bank, kedai makan dan kedai-kedai lain yang berada di luar pagar pasar borong, perbuatan ini membuang masa dan tenaga.

Apa yang lebih meresahkan lagi ialah kini keadaan keselamatan amat cemas, setiap hari berlakunya kes-kes samun dan rompak bunuh. Berpusing jauh ke bank-bank, kedai makan dan sebagainya hanya akan meningkatkan perasaan tidak selamat , seterusnya menaikkan peluang pengguna disamun.

Pada hal, semasa pasar borong itu dibina, pintu-pintu tersebut telah dibina untuk memudahkan pengguna yang menggunakan pasar itu. Sebaik saja pengguna keluar dari pasar ialah bank-bank, kedai-kedai makan dan sebagainya, orang ramai berlalu-lalang, keadaan begitu selamat dan memudahkan.

Oleh itu, pengguna mengesyaki langkah tersebut ada udang di sebalik batu, serta mempunyai bau penyalahgunaan kuasa. Apakah pihak berkenaan tidak tahu-mengetahui akan fungsi sebenar pintu-pintu yang dibina itu semasa pasar borong mula-mula didirikan?

Oleh itu, PRM menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik bersungguh-sungguh mengambil-berat akan masalah-masalah tertimbul. Jika tindakan tidak membetulkannya, akan meninggalkanlah kesan serius dan kegelisahan terhadap keselamatan harian pengguna serta kesusahpayahan kehidupan mereka. Tindakan hendak diambil segera untuk menyelesaikannya. Tindakan perlu dikenakan terhadap pegawai yang sewenang-wenangnya mengimposekan langkah yang menyusahkan rakyat serta memastikan perbuatan sedemikian tidak akan berulang lagi. Apa lagi langkah-langkah itu telah bertentangan dengan slogan perdana menteri bahawa “Rakyat didahulukan” dan “Samun jalanan dikurangkan sebanyak 20 %”.

Koh Swe Yong

Setiausaha Agung PRM

012-2766551


21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia



11-08-09


人民在先还是官老爷在先



马来西亚人民党总秘书辜瑞荣今天发表文告,呼吁联邦直辖区部长拉惹农吉关注并迅速采取行动,取消士拉央吉隆坡批发公市,俗称大巴杀,在新的一班官员掌管下,于前天开始实施,烧焊封闭出入大巴杀的几个小门的措施,并确保这类不合理并且为难人民的措施今后不再发生。



人民党指出,这样的措施违背首相那吉“人民在先,刚刚才宣布的六大执政纲要之一的“减少20巴先街头抢劫”的口号。



人民党接到公众人士投诉,有关当局为何封闭小门,原因不明。



不过,这个措施引起消费人许多麻烦和不便,也引起公愤。公众和业者要去大巴杀篱笆外的银行和饮食要绕个大圈,只能通过大门进出,费时费力。


更糟糕的是,当今治安严重败坏,谋财害命的犯罪事故一天发生多宗,大巴杀治安又非常不好,公众要绕大圈通过大门进出,只能令消费人更加不安全,被抢劫的巴先率也跟着提高。


其实,大巴杀在建筑时就已设计的那些小门,目的就是为了方便使用者出入。一出小门,就是银行,饮食店和其他商店,人来人往,十分方便和安全。



所以,新措施令人公众怀疑,这样的措施或者另有其他企图,并有滥用权力之嫌。然道这些新的官员不知道设计者当初设计建筑这些门的功能?



因此,人民党呼吁首相那吉和直辖区部长认真看待这类影响人民日常安全和方便作业问题,立刻加与解决,并严励对付有关官员,确保官员不再随心所欲,一上任就实施各种各样不利人民的措施,现在恰好与“人民在先”“减少20 巴先街头抢劫”等头号背道而驰.


马来西亚人民党总秘书

辜瑞荣

012-2766551

Hassan Karim: ISA PERLU DITENTANG DI DALAM PARLIMEN DAN DI JALANRAYA

ISA PERLU DITENTANG DI DALAM PARLIMEN DAN DI JALANRAYA

Ada seorang bekas menteri kabinet berkata, bahawa sekarang telah ramai ahli pembangkang di Parlimen Malaysia, jadi tidak kenalah ahli-ahli parlimen pembangkang menentang ISA di jalanraya. Pendapat bekas menteri kabinet itu boleh dibahaskan di sini.

Penulis berhujah bahawa mereka yang mahukan perubahan supaya ISA dimansuhkan telah kecewa dengan parlimen yang ada sekarang.

Walaupun kerajaan BN tidak mempunyai kuasa majoriti 2/3 di parlimen sekarang, tetapi dengan majoriti nipis yang ada BN tetap mahu bergayut berkuasa dengan mengekalkan ISA. BN buat-buat pekak terhadap jeritan rakyat yang mahu supaya ISA dimanushkan dalam bahasa yang halus atau dihapuskan dalam bahasa yang kesat.
Sesetengah undang-undang perlu dipinda kerana telah usang dan tidak sesuai dengan perubahan masa.

Sesetengah undang-undang yang lain perlu dipinda atau ditamatkan kerana tidak adil. Tetapi ISA lain dari undang-undang itu semua kerana ISA memiliki sifat-sifat yang mewajarkannya dimansuhkan kerana ia bukan sahaja telah usang, tidak sesuai dengan zaman, tidak adil tetapi ISA itu zalim sifatnya. Seorang remaja yang turut menyertai perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos lalu kerana ayahnya telah 7 tahun ditahan di bawah ISA tanpa bicara, sampai sekarang ayah remaja itu masih merengkok di penjara Kamunting.

Seorang pembunuh, seorang perogol, seorang penyamun semuanya mendapat peluang dibicarakan di mahkamah terbuka. Mereka boleh melantik peguam untuk membela kes mereka. Tetapi hak pembelaan itu tidak ada pada tahanan ISA. Inilah yang kita katakan zalim. Kalau tidak zalim, apa namanya menahan seseorang tanpa bicara?

Mengapa mesti berarak di jalanraya? tanya sesetengah orang. Lihat tentang hak-hak sivil dan asasi rakyat kulit hitam di Amerika Syarikat. Sehingga pejuang hak asasi Dr Martin Luther King Jr memimpin ratusan ribu orang di jalanraya Amerika barulah Kongres Amerika Syarikat tunduk kepada kehendak ramai supaya hak-hak kebebasan dan sivil orang kulit hitam diiktiraf di negara tersebut.

Undang-undang Apartheid yang diluluskan oleh parlimen kerajaan rasis kulit putih di Afrika Selatan adalah sah bagi rejim rasis tersebut walaupun satu dunia mengutuknya sebagai zalim dan tidak sah. Pendukung dasar apartheid berhujah bahawa undang-undang mereka sah kerana digubal oleh parlimen mereka. Tetapi bagaimana kerajaan apartheid dan undang-undang apartheid itu dikalahkan? jawapannya ialah dengan rakyat Afrika Selatan melawan rejim rasis apartheid itu di jalan-jalanraya. Masih ingatkan Steve Biko yang mati kerana bersuara menjatuhkan rejim apartheid dan Nelson Mandela yang 25 tahun merengkok dalam penjara dan kini masih hidup berjuang melawan undang-undang yang rasis, zalim dan tidak adil itu. Sebahagian besar medan perjuangan mereka ialah di atas jalan-jalanraya.

Apabila parlimen gagal kerana Speakernya dan ahli MP nya sibuk menjamu selera masing-masing dengaan durian dan Speaker parlimen bertindak macam guru besar sekolah rendah, apa yang boleh kita harapkan dari parlimen Malaysia untuk meruntuhkan akta seperti ISA itu?

Jangan berarak di jalanraya, tuntutlah cara yang betul, kata sesetengah orang pula. Lihatlah dulu semasa penjajah British pada tahun 1946 mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai jajahannya secara langsung di bawah undang-undang Malaysan Union. Tidakkan rakyat khususnya orang-orang Melayu dalam Umno atau di luar Umno berarak menentang undang-undang yang tidak adil yang hendak dipaksakan British ke atas negeri-negeri Melayu dan raja-raja Melayu waktu itu.

Jadi lihatlah sejarah. Bahawa ada ketikanya rakyat perlu bersuara dan berhimpun atau berarak di jalan-jalanraya untuk menuntut perubahan. Ini adalah sebahagian daripada ciri masyrakat sivil yang mengiktiraf hak rakyat untuk bersuara.

Penulis sendiri secara peribadi hadir dalam perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos lalu. Penulis mengikuti dari awal bahawa perhimpunan ini aman dan bertujuan untuk menyampaikan secara simbolik memorandum kepada Yang di Pertuan Agong selaku ketua negara. Jadi kenapa perlu menggunakan kekerasan polis untuk mematahkan hasrat sebahagian besar rakyat yang mahukan ISA dimansuhkan.Kami yang hadir pada 1 Ogos dalam perhimpunan itu kerana sedar perhimpunan itu bertujuan baik dan mahu dilakukan secara aman dan tertib, beradab dan amat menyedari hak kami di bawah Perlembagaan Negara bahawa rakyat punya hak untuk berhimpun dan menyatakan pendapat.

Telah hampir 50 tahun umur ISA berada dalam buku undang-undang Malaysia. Beribu-ribu orang telah menjadi mangsa. Tetapi sampai hari ini rakyat tidak boleh terima kehadiran ISA. Tidak pernah perhimpunan membantah ISA sebesar Sabtu 1 Ogos 2009 yang lalu. Ini menunjukkan gelombang mahukan supaya Akta ISA itu dimansuhkan semakin kuat. Jika tidak ada ugutan dan sekatan jalanraya serta ancaman tangkapan dan sebagainya penulis percaya bukan setakat 100,000 orang tetapi mungkin lebih dari itu yang akan hadir di ibukota Kuala Lumpur untuk mengkebumikan ISA.

Kesimpulannya penulis percaya ISA perlu ditentang di semua forum yang ada, terbuka atau tertutup, di parlimen ataupun di jalan-jalanraya sehingga ISA itu lenyap dari bumi merdeka Malaysia yang rakyatnya kini faham apa ertinya kebebasan, kemerdekaan dan keadilan.


Hassan Karim
Johor Bahru

6hb Ogos 2009